Secubit rahsia @ Secukup rasa
Memasaklah dengan hati yg Ikhlas & penuh Kasih Sayang untuk Orang2 yang Anda sayangi, Anda akan merasakan kebahagiaan tersendiri bila masakan anda di sukai.
About Me
- Inur
- Penang, Malaysia
- Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.
Members
Saturday, 15 November 2014
Friday, 24 October 2014
Apple pie
Sumber: DTS
BAHAN INTI EPAL :-)
2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula peerang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh)
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung
Secubit garam
BAHAN LAIN :-)
Puff pastry secukupnya (mat guna jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula peerang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
- UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan
Thursday, 16 October 2014
Fritters kentang
Sumber: Bicara Kak Noor
BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
sedikit garam dan ciliflakes
CARA NYA
1. Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2. Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3. Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4. Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5. Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan.
Saturday, 27 September 2014
Sayur lemak udang
resepi : DJ@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
* 10 ekor udang basah (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu)
* 1 batang serai (diketuk) - optional
* 1 keping asam gelugur - optional
* sedikit garam dan gula
* santan secukupnya - ikut selera masing-masing
* hirisan sayur campur (buncis, kobis, karot dsb)
bahan-bahan kisar :
* 4 biji cili api atau 2 tangkai cili merah(dibuang biji)
* 1 sudu makan udang kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm kunyit hidup (boleh juga pakai serbuk kunyit)
* 1 cm halia
Cara-cara :
1- Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga terbit bau.
2- Masukkan sayur campur, santan dan bahan-bahan selebihnya. Boleh tambah air jika perlu.
3- Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan udang goreng tadi. Kacau sebati.
4- Tutupkan api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dsbnya.
Baby kailan masak lemak dgn suun
Gambar: Resepi nannei blogspot.com
Bahan2:
kobis/baby kailan
suun secukupnya
ikan bilis/udang kering
santan
b.merah/b.putih/halia dihiris nipis.
klu nak digiling lumat lg sedap tambah sedikit kunyit, cilipadi 2 biji dan sedikit tomatto.
Cara: tumis bahan yg dihiris/giling hingga harum lepas tu masukkan semua bahan didihkan. kemudian sesuaikan rasa.
Tauhu berinti
Inilah dia tauhu telur tu....sedap |
sejukkan dulu barulah dipotong..kalu tak nak potong dulu pun boleh....terus goreng....potong selepas digoreng.... |
BAHAN A
4 keping tauhu putih
2 bungkus tauhu telor
4 biji telor (2 untuk dikisar dan 2 lagi untuk menggoreng)
minyak bijan
1 ketul dada ayam atau udang atau yang seumpamanya ikut citarasa
*semua bahan di atas dikisar tanpa air
BAHAN B
bawang goreng
daun bawang
sedikit garam
cili jika mahu
carrot jika mahu
sedikit lada putih
*dicampur dengan bahan kisar di atas
Caranya
campurkan semua bahan di atas perasakan....kena cukup masin, kalau tidak tak berapa sedap jadinya. selepas itu kukus selama 30 minit....sejukkan sebentar....potong.....dan akhir sekali sebelum menggoreng celupkan dalam telur....pastikan api besar dan minyak menggoreng betul-betul panas....jaga....kerana ia cepat masak....apabila sudah kekuningan angkat....siap.....sedia untuk dimakan......
Puff inti cream custard
by : Yani
Skodeng dari: AZLITA@Masam Manis
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
- Masukkan telur, kacau cepat-cepat
- Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.
CREAM CUSTARD
by : Honey
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
CREAM CUSTARD
by : Honey
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
Wednesday, 24 September 2014
Tuesday, 16 September 2014
Chili Chicken
Saturday, 6 September 2014
Ayam masak beriyani
Sumber : Dapur tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1+ kg), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca besar kunyit serbuk*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 genggam kismis
1/2 cawn susu sejat IDEAL
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)
5 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar tomato puree
5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 biji cili hijau
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa..
Subscribe to:
Posts (Atom)