About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Monday, 2 January 2012

Mie bandung

MI BANDUNG
RESEPI ASAL : Chef Nazri

1/2 kg mee kuning
2 senduk pes cili kering
3 ketul ayam - potong kecil
4 sudu sos tomato dan sos tiram
1 mangkuk sederhana udang - buang kulit
1 mangkuk sederhana sotong
2 keping fish cake - hiris nipis
2 buku keledek sederhana besar - direbus & dilecek
1 batang lobak merah - potong bulat
1/2 cawan kacang tanah - blend
4 biji telur
4 sudu besar udang kering - tumbuk
Sedikit bancuhan tepung jagung
Air rebusan kulit udang

Bahan Tumbuk/Blend :
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci belacan

Bahan Tabur :
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cili merah
Sawi di celur
Limau kasturi

CARA :
1. Tumis bahan yang di tumbuk.
2. Bila wangi, masukkan cili blender. Bila cili dah garing, masukkan ayam.
3. Biar air ayam kecut. Masukkan sos tomato & juga sos tiram.
4. Masukkan udang & juga sotong, bila udang & sotong masak, masukkan air rebusan kulit udang. (Kuah tu agak2 la, dalam 1/2 periuk sedang)
5. Masukkan pula fishcake.
6. Masukkan pula keledek yang telah dilecek, lobak, kacang tanah,gula & garam secukup rasa.
7. Bila kuah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji & udang kering.
8. Masukkan pula air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

* 1) Kalo nak kuah merah, tak perlu letak kacang tanah..
2)Kuah biar ada rasa manis sedikit, tapi jgn la manis sangat...

Sunday, 25 September 2011

Mie Rebus


Dulu saya x berapa minat makan mie rebus ni tp skrng ni mie rebus adalah antara makanan kegemaran saya. Akhirnya saya pun berusaha belajar memasaknya sendiri. lepas buat research kat internet saya dapatlah resepi ni dan memang menjadi. sesiapa yg nak cuba silalah...

Bahan2 untuk kuah:

100gm Udang Kering halus Di rendam dan bersihkan dan blend
  •  1 kg ubi keledek/ kentang. rebus dan blend halus semasa panas.
  • Bawang merah/putih /sedikit halia/kunyit/ lengkuas/serai di tumbuk lumat dan ditumis*
  • Pes cili kering*
  • segenggam kacang parpu (dhal) dan digoreng garing kering ( sebagai pemekat kuah saja )
  • sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus 
  • Udang segar. blend isi asingkan dan kemudian blend kulinya lalu tapis air dari kulit tu dan guna balik
  • jintan manis/putih/ketumbar blend kering
  • sedikit air asam jawa
 CARA BUAT KUAH:
Tumiskan bahan yg bertanda * kemudian tumis sekali dgn rempah kering yg dah di kisar lumat.

Masukkan air kulit udang dan isi udang ke dalam periuk kemudian masukkan ubi keledak yg dah lumat. klu kuah kurang pekat tambahkan lebih keledek.

Tambahkan air sesuai yg di ingini, masukkan lah kacang tanah, udang kering, air asam jawa, gula, garam dan penyedap rasa. masakan mie ini mestilah agak manis.

klu nak pedas buat sambal asing: tumiskan b.merah/putih dan pes cili kering sekali ndan udang kering( goreng garing kemudian tumbuk lumat). klu nak lg sedap boleh jg gantikan udang segar ngan ketam.

Mie ini bolehlah dihidangkan ngan cucur udang rangup, telur rebus,tauhu goreng,bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, tauge dicelur, fishball/fishcake dan perahan limau kasturi. ada jg orang letak  isi kacang tauchu yg diblend campur kedalam kuah

Untuk cucur udang pula,



Bahan2:

3 cawan tepung gandum di ayak

2-3camca tepung beras
1camca tepung jagung
4 cawan air sejuk

secubit kapur supaya cucur keras
300 gram udang sederhana
Taugeh dan kucai secukupnya
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Bancuhan buat agak cair, bila pekat cucur akan tebal and x rangup


Cara:
Masukkan dan gaul semua bahan cucur, rehatkan sekejab bolehlah goreng.

Wednesday, 21 September 2011

Resepi Mie Hailam





Bahan-bahan (4-5 orang)
500 g mee kuning/koew teow/bihun
100 g daging ayam/daging/udang/sotong
3 ulas bawang putih (ditumbuk) klu nak sedap bakar dulu
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar stok udang ( goreng garing kulit dan kepala udang kemudian rebus dng air kemudian tapis)
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Minyak masak
untuk sayur boleh letak: sawi/cendawan/brokoli/carrot/kubis/tauge
4 biji cili padi (diketuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan udang, sotong dan ayam. Goreng selama 2 minit.
  3. Masukkan air, sos tiram, kicap pekat dan stok udang.
  4. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong atau dihiris. Masak selama 5 minit. Jika perlu, tambah sedikit air.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sekata.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng (optional).





Saturday, 17 September 2011

Membuat laksa sendiri

 
Bahan2:
 (sukatan terpulang atas diri sendiri)
  1. 2 cawan tepung beras
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. air panas
  4. acuan laksa
cara membuat: 

  1. ayak tepung beras dan tepung gandum...gaul bersama.
  2. masukkan sedikit demi sedikit air panas. gaul dan uli hingga menjadi doh, jangan terlalu lembik or keras. sedang2 jer.
  3. masukkan adunan tadi di dalam acuan laksa sedikit demi sedikit,kemudian celur laksa tersebut kedalam air yg sedang mendidih.
  4. laksa akan timbul maknanya dah masakla tu dan sedia di hidangkan bersama kuah laksa kesukaan korang.

hah, nie lah salah satu acuan yang boleh buat laksa...acuan neh serba guna, boleh wat muruku, putu mayam, n macam2 lagi terpulang atas kepingan acuan yg terdapat di atas...kalau laksa, blh guna acuan yang lubang nya besar n bulat2 cam lam gmbr tuh...

Thursday, 15 September 2011

Mee kari sedap...

.
Gambar: Potret kasih

Bahan2:

Kerang secukupnya
udang basah secukupnya
udang kering/ikan bilis segenggam secukupnya
1 paket fiss ball
1 paket fish cake
2 sudu besar cili kisar
2bungkus kari Babas  dibancuh dgn sedikit air
santan secukupnya
minyak, gula, garam, penyedap rasa secukupnya
daun kari


Bahan assesori Mie kari:
Tauhu kering
Telur rebus
kerang rebus
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis
Tauge dicelur

Bahan kisar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
buah keras
halia
kunyit hidup
lengkuas
serai diketuk
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan assesori

Tuesday, 13 September 2011

Jom membuat mee kuning sendiri, lagi sedap dan selamat untuk dimakan



Bahan-bahan:
350g tepung high protein
2 biji putih telur - boleh juga ganti kpd 1 biji telur
1 sudu kecil air kapur ( air abu )
100 ml air
sedikit pewarna kuning ( bancuh dgn air agar warna lebih sekata )
1 sudu kecil garam (paras rata)
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya

2. Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati

3. Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.

4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental

5. Bahagi doh kpd 4 bahagian

6. Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)

7. Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan

8. Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini

9. Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee

10. Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi

11. Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut

12. Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)

13. Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak

14. Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.