About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Wednesday, 19 October 2011

APAM LENGGANG (APAM MANIS)






Sumber: Setulus hati semurni kasih

BAHAN:

3 cwn beras - cuci bersih )
4 1/2 genggam nasi baru masak - sejukkan dulu) rendam selama 6 jam
1 1/2 genggam sagu biji )
4 1/2 camb tepung beras
750ml air
3 camt yis kering - bancuh dengan sedikit air
350ml santan (RM1.00 @ 1/2 bj kelapa parut-ambil santan)
1 1/2 cwn gula (ikut rasa)
Garam
1 bj telur - pukul

CARA:

1. Rendaman beras tadi hendaklah ditapis dan masukkan air serta tepung beras. Kemudian kisar halus dan ditapis(jangan guna penapis santan, boleh juga guna pengayak tepung sebab nakkan tepung yg sehalusnya) ke dalam besen besar.
2. Masukkan yis, kacau rata dan peram lagi. Tutup dengan tudung periuk. (selalunya ina buat waktu malam, esok pagi baru masak).
3. ESOK PAGI masukkan santan, gula, garam dan telur. Kacau sebati. Adunan agak pekat spt roti jala.
4. Biarkan 1/2 jam.
5. Panaskan kuali (seeloknya guna kuali non-stick atau kuali yg selalu guna dan dah tak melekat lagi. Ina guna kuali yg selalu guna je..). Sapu sedikit minyak (macam buat kuih ketayap), bubuh sesenduk adunan dan lenggang sedikit je. Tutup dengan tudung periuk. Dengan sendirinya kelihatan gelembung di tengah-tengahnya.
6. Apabila di bahagian tepinya garing, bolehlah diangkat.

*Tips: (Cara yg selalu Ina buat)
- Mulakan rendaman pada jam 3.30ptg, kisar jam 10.00mlm
- Mengadun dan menggoreng jam 9.00pg esoknya
- Dapat lebih kurang 35 keping
- Kalau guna kuali non-stick, tak perlulah dimasukkan TELUR

* memang agak rumit nak membuatnya tapi tak mengecewakan...cubalah!

Sunday, 9 October 2011

Serabai


Serabai

.
Sumber: CMG

BAHAN SERABAI :-)
500 gr tepung beras
300 gr nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA :-)
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris
2 helai daun panda, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang aduana tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan keriang, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...
  2. UNTUK KUAH GULA :-) Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!

Thursday, 29 September 2011

Apam kukus

Sumber: Resepi Sumbangan JY

Bahan2:
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
pewarna


caranya:
1.pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu
2.masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
3.masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata
4.bahagi kepada 3 warna yg kita suka tuangkan selapis selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak..

Sunday, 25 September 2011

Apam balik

Apam Balik
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
1/2 cawan jagung cream
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1 1/4 senduk nasi, rata dan dia biar sekejap.
  3. Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan...

Apam gula hangus

apam gula hangus

Sumber: Aku adalah aku

Bahan-bahan ( dalam 10biji kecil )

  • 150gm gula dan 100 ml air-dibuat gula hangus
  • 70gm butter-cairkan
  • 75gm susu cair
  • 1 biji telur dipukul
  • 150gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • secubit garam
  • 75gm gula

Cara-cara

  1. Masukkan butter, susu cair dan telur kedalam gula hangus.
  2. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan kedalam loyang yg dialas kertas dan di gris. Kukus selama 30min atau lebih.

Apam tepung beras


Sumber: Dari dapur CT
Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
3/4 cwn gula pasir/brown sugar
2 1/2 cwn air
1-2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)

2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

5. Perap selama 3-5 jam.

6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain, agar wap v menitik kat atas apam.

7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil

8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.

9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Tuesday, 13 September 2011

Belajar membuat waffle sendiri hu hu uu

Resepi 1 Bahan:

  • 140ml susu segar
  • 100gm tepung roti
  • 100gm tepung gandum
  • 25gm granulate sugar
  • 20gm butter (potong kiub kecil2)
  • 1/2 sudu teh dry yeast
  • secubit garam
  • gula kasar (optional - saya guna gula perang untuk coffee)

Cara-cara 

  1. Didalam bowl tahan panas, panaskan susu dengan microwave (600watt, 1 min) suam2 kuku. Masukkan butter, kacau sampai butter cair
  2. Masukkan dry yeast dan gula kedalam 1. kacau. tambah garam.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung roti dan kacau sehingga tiada tepung tertinggal.
  4. Tutup bowl dengan plastik wrap, microwavekan (low/170watt, 30 sec). biarkan dia naik selama 15 minit.
  5. Panaskan waffle maker. ambil doh tadi sebesar 2 sudu besar, leperkan sedikit, tabur permukaannya dengan beberapa ketul gula kasar sebelum diletak ke atas waffle maker. Doh ini seperti doh roti, tapi lebih lembut. bila tekan dia akan membentuk sendiri dan bakar sampai perang.
  6. Kalau nak guna BM pun boleh. 

RESEPI 2:

1 ¾ cawan tepung gandum 

2 camca Gula halus secukup rasa/ ikut selera nak manis mcm mn
3 camca kecil serbuk penaik
½ camca kecil garam
1 ½ cawan susu segar
2 biji kuning telur
2 camca besar mentega/butter dicairkan & biar sejuk
2 biji putih telur, dipukul kental -pastikan bila terbalikkan mangkuk, ia tidak mengalir

1 sudu minyak sayur di campur kedalam adunan

Cara membuat:

1. Ayak 3 bahan pertama.
2. Campurkan susu, kuning telur dan mentega dlm mangkuk kecil.
3. Masukkan ke dalam bahan kering sambil dipukul sebati.
4. Bubuh putih telur perlahan-lahan hingga rata.
5. Lengser acuan waffle dan masak seperti biasa
6. Setelah masak sapukan perasa  koko, strawberi dan lain lain ikut cita rasa.