About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

Gulai daging salai

Sumber: homekreation-recipes.blogs


By: AlongRoz@HomeKreation


BAHAN2:
~500g Daging Batang Pinang - hiris nipis selari dgn urat panjang 
2-3 sb Olive Oil
2 sb Lada Hitam*
1 sb Jintan Manis*
5 batang Serai*
5 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
2-3 ketul Kunyit Hidup*
2" Halia* (* blend halus) 
2 helai Daun Kunyit - hiris halus 
2 keping Asam Kering
Santan secukup nya
Garam

CARA2:
1.  Lumur daging dgn garam & kunyit hidup/serbuk sehingga rata.
Gaulkan daging dgn olive oil.
Panaskan griddle & sedikit olive oil.
Salai daging sehingga garing bahagian bahagian bawah nya (jgn balikkan sehingga betul2 garing supaya daging tidak liat).
Balikkan & masak sehingga betul2 garing.
Angkat & koyak2an daging mengikut urat panjang nya.
2. Letakkan kesemua bahan2 ke dlm periuk dan masak sehingga mendidih dan sebati rasa.
3. Hidangkan dgn nasi putih. 

Gulai daging salai dengan pucuk ubi.


Gambar dari sarfaeiz.blogs adalah untuk inspirasi semata resepi saya reka sendiri mengikut citarasa saya. klu nak tngk resepi asal sila lihat di blog berkenaan.



Bahan-bahan: 

#Daging di salai ( perap dulu daging dgn b.putih/ halia/ cili kering/ sedikit serbuk kari/ garam dan penyedar rasa sebelum disalai ) bila dah masak hiris nipis2

* bawang merah
* bawang putih
* halia
* kunyit
* cili padi
* serai diketuk
* tommatto
# pucuk ubi 
# santan pekat
# garam dan penyedap rasa

Cara memasak: 
kisar halus semua bahan bertanda* kemudian tumis hingga harum. kemudian masukkan pucuk ubi dgn sedikit air tumiskan hingga pucuk ubi lembu. bila dah rasa pucuk ubi cukup lembut masukan daging salai dan santan masak hingga mendidih sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidang.


Monday, 24 June 2013

RESEPI KARI DAGING KAMBING




Bahan-Bahan:
  • 2 kilo daging kambing tanpa tulang di potong kiub 1″.
  • 2 biji bawang besar (dikisar dan jadikan pes pekat).
  • 2 biji tomato dibelah empat (boleh gunakan puree tomatao).
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 6 kuntum cengkih.*
  • 2 keping kayu manis pajangnya dlm 1 inci.*
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.*
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.*
  • 1 sudu besar biji rempah (corriander seeds).*
  • 1 sudu kecil (tsp) biji jintan manis.*
  • 1/2 sudu kecil buah pelaga hijau (pelaga putih kualitinya rendah).
  • 1 sudu (tsp) Garam Masala.
  • 2 sudu besar (tbsp) serbuk cili ( ikut suka kepedasan).
  • 2 sudu kecil (tsp) garam atau secukup rasa.
  • 2 sudu besar cuka tiruan makanan.
  • 1 1/2 cawan santan.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • 10- 20  helai daun kari.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan cuka, serbuk kunyit, garam 1/2 sudu kecil, serbuk cili dan pes halia bawang putih, sebatikan bahan-bahan ini dan sapukan kepada permukaan (gosokan)daging kambing.

2. Peramkan daging yang telah diadunkan semalaman dalam peti sejuk. Kalau terpaksa buat dengan kadar segera, peramkan sekurang-kurangnya dua (2) jam.

3. Kisar bawang dan jadikan pes agak pekat. Biji-biji rempah yang bertanda*, goreng kering (roast) dan sejukkan sebelum kisar serbuk halus. Ini rumusan rempah kari daging kambing yang buat sendiri.

4. Pilihan khusus pilihan alat masak kari kambing ini perlu ambil perhatian. Kita perlu masak kari kambing seperti, “ayam masak kurmak” dalam posting yang sebelum ini. Masak kari ini masak mengikut teknik “simmering”. Anda boleh gunakan “Pot” yang bertudung masak kari kambing ini. Pilih  ”pot” yang bahagian bawah “pot” itu tebal. Tetapi kaedah masak kambing atau daging lembu paling mudah dan cepat ialah dengan menggunakan “pressure cooker”.

5. Masukkan minyak  dalam periok pressure cooker, bila minyak panas, masukan daun kari, pes bawang yang telah kisar dan serbuk kunyit. Apabila pes bawang mula sejatkan air dan mula bertukar warna dengan minyak mula pecah (api dapur dalam keadaan sederhana panas (low-medium).

6. Masukkan  serbuk cili dan cuma masak dalam 30 saat.

7. Masukkan pes halia bawang putih dan masak cuma seminit.

8.Masukkan semua rempah yang telah dikisar serbuk yang telah sediakan.

9. Biarkan semua campuran ini di masak sehingga pecah minyak (kelihatan minyak akan ke tepi) menunjukkan semua kandungan air dalam pes itu telah sejat dan tersedia masak.

10. Masukkan daging kambing yang telah diperam. Sebatian dengan semua rempah dalam kuali. Biarkan 5 minit supaya dagingnya masak sdikit dengan haba dan minyak.

11. Masukkan sedikit air sekiranya diperlukan. Perlu di ingat, air daging juga akan dihasilkan semasa daging sedang masak dengan itu jangan terlalu cair kepekatan kuah. Sekiranya kuahnya pekat kita boleh tambah air sedkit tetapi kuahnya cair sukar kita nak pekatkan kembali.

12. Tutup tudung pressure cooker dengan ketat. Dari pengalaman mamak haji takat masak daging itu ditentukan dengan bunyi “wisel” tiga kali. Masak dengan dengan “stock pot” perlu jaga paras air dan juga masa daging masak itu masa yang lama 45minit ke 60 minit dan tahap masak daging itu ditentukan dengan siat daging itu.

13. Bila daging telah empuk, buka tudung pressure cooker dengan terlebih dulu menyejukkan dengan lalukan air paip di atas tudung periok itu selama tiga – 5 minit. Buka tudung dengan berhati-hati.  Hidupkan kembali api dapur sederhana dan masukkan santan dan kacau perlahan supaya daging yang telah masak tidak terurai. Masukkan “garam masala”.

14. Bila kuah mula mendidih tutup api dapur. Masak kari kambing anda telah siap. Bolehlah dihingkan dengan potongan tomatto dan daun saderi.

Tuesday, 28 February 2012

Daging goreng kunyit.












Sumber: Farra Diaries

Masakan ni memang favorite my husband. masakan ni simple je cuma klu masak daging kunyit ni hari2 pun dia x kisah. jom kita layan resepinya...

Bahan2;
  • Daging hiris kemudian gaul dgn serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa
  • Bawang besar/putih dihiris
  • Cili padi/ cabai merah dihiris
  • asam keping ( x letakpun x apa )
  • kacang panjang/kacang buncis/bendi
Cara memasak:
klu nak daging tu liat semasa dimakan caranya tumiskan dulu bahan2 yg di hiris bila dah layu baru masukan daging, kemudian biarkan hingga air dari daging tersebut kering. masa ni bolehlah letak gula sikit lalu biar hingga daging garing kemudian bolehlah angkat. klu cik abg saya suka yg liat klu saya suka yg lembut sbb x larat nak kunyah.

Tapi klu nak daging tu lembut caranya masak daging tanpa minyak hingga kering airnya, tutup kuali agar ia lembut dan cepat masak.
Bila dah kering airnya bolehlah masukkan sedikit minyak dan bahan2 yg di hiris tadi serta asam keping.

Bila daging dah agak garing bolehlah campurkan sayur yg kita suka, masak sekejab aja lg. tp jgn lama sangat nanti sayur tu jd lembik kita nak sayur tu rangup je bila makan. tp klu tak nak letak sayur pun x apa ikut selera masing2...

Daging goreng jintan

Sumber: Potret kasih

Resepi Daging Goreng Jintan
Bahan-bahannya
300 g daging lembu ( gaul dgn serbuk kunyit & sedikit garam)
3 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
6-8 biji cili padi*
1 sudu kecil ketumbar biji ( ditumbuk kasar )
1 sudu kecil jintan manis biji ( ditumbuk kasar )
1 batang serai ( potong2 bahagian yang muda dan di tumbuk halus )
2 sudu besar kicap manis
garam & serbuk perasa
Cara membuatnya…
1. Masak daging yang telah dicampur dengan garam dan kunyit hingga kering airnya
2. Tuang sedikit minyak di dalam daging dan goreng seketika kemudian angkat.
3. Kemudian tumiskan jintan dan biji ketumbar yg dah ditumbuk kasar hingga wangi kemudian barulah masukan bahan2 lain seperti b.putih dgn halia, bawang besar, cili padi, dan serai.
4. Masukkan daging tadi kemudian tambahkan kicap manis dan sesuaikan rasanya
5. Bila sudah agak kering dan masak… angkat.
Masakan ini saya dah cuba masak dan saya menyukai rasanya. bila kita makan terasa wangi jintan, serai dan rasa rempahnya yg lemak dgn bawang besar yg dah layu tu memang menyelerakan. anak2 saya pun menyukai masakan jenis ni sbb masakan ni memang sesuai untuk budak2 sbb rasanya yg lemak2 manis dan tidak pedas cubalah.....

Saturday, 25 February 2012

Daging goreng Halia



bahan-bahan yang telah sedia...

goreng halia dan bawang putih sampai garing ketepikan. guna minyak ni blk untuk goreng daging agar wangi..


goreng hirisan daging...


masukkan cili padi dan bawang merah...


masukkan halia dan bawang putih goreng...
Sumber: Badrul after six

back to the recipe, bila bawang merah dah agak garing, masukkan kembali halia dan bawang putih yang kita goreng earlier... masukkan satu sudu besar kicap pekat manis dan gaul rata-rata... oh lupa pulak nak cakap satu benda lagi, since daging nih dah memang masak dari awal, i goreng semua benda pakai api besar kerana nanti daging akan garing di luar dan lembut di dalam, and semua bawang-bawang garing dan sedap...



daging goreng halia...


Note: untuk daging rebus dulu dengan serbuk kunyi dan hirisan halia serta bawang putih.


Daging goreng masak Pedas

Sumber: Cahaya chenta

Bahan2:
200 gram daging
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia - di hiris halus
pes cili kering
cili padi/ cabai besar dihiris
3 helai daun limau purut
serai - di hiris
4 sudu air asam jawa
gula/garam


:: daging yang sudah di goreng ::


Cara-cara
1) Daging di potong nipis dan di goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
2) Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah di mesin halus. Bila dah terbit bau, masukkan hirisan halia, serai, dan daun limau purut. Goreng sebentar...
3) Masukkan cili kering yang telah di mesin tadi. Tumis hingga pecah minyak.
4) Masukkan air asam jawa, cili benggala, cili padi dan cili merah. Kemudian masukkan daging tadi.
5) Kacau sebati dan perasakan dengan gula dan garam...






Daging masak halia


Sumber: Jintan manis
Bahan-bahan
- daging yang di rebus lembut dan di hiris
- 4-5 biji bawang putih *
- 4 inci halia (hiris kecil memanjang) - macam batang mancis
- bawang besar (hiris kasar)
- serbuk lada hitam
- kicap
- sedikit sos tiram
- sedikit sos sotong thai
- sedikit tepung jagung bancuh dgn air
-2 pokok daun bawang potong kasar
- kacang panjang/ kacang buncis
- cili padi (3-5 biji)
.

Cara-cara

- tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan daging dan gaul sebati.
- masukkan semua bahan kecuali bawang besar, daun bawang, cili padi, kacang panjang
- sebatikan kuahnya, then masukkan bawang besar. rasakan garamnya.
- akhir sekali masukkan kacang panjang. Then, daun bawang, Terus matikan api.
- masak dengan api besar, dan masak dengan cepat

Saturday, 18 February 2012

LEMPAP HATI LEMBU

Lempap Hati Lembu
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg hati lembu, hiris nipis, cuci dan toskan
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
2-3 camca besar kicap cair
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Sedikit gula
4 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 camca teh lada hitam*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan kasar*
1/3 camca besar jintan halus*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan hati lembu, bahan kisar halus dan kicap cair. Gaul rata dan perap sekurang2nya 3 jam (simpan dalam peti sejuk). Kalau perap semalaman lagi sedap..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan hati lembu yang diperap tadi bersama jusnya sekali, kacau rata dan tambah sedikit air (anggaran 1/2 cawan). Masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah belahan bawang besar dan gula, gaul rata dan masak hingga kering sedikit.
  3. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi kicap cair (kalau tak cukup masin) dan masak sekejap lagi. Matikan api dan alih ke dalam bekas sesuai, tabur hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan sebelum dihidangkan...

Wednesday, 21 September 2011

Daging Masak Dendeng



Bahan2:

  • 1 kg daging lembu
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 15-20 biji cili kering *dikisar kering
  • 3-4 biji bwang besar*
  • 6-8 ulas bawang putih* 
  • 1inci halia*
  • lengkuas*
  • serai *
  • jintan manis/putih/ketumbar di kisar kering
  • air asam jawa
  • sedikit serbuk kari daging

Cara-cara:-



  1. Cuci dan toskan daging Rebus sehingga empuk.
  2. Kemudian potong daging nipis-nipis.
  3. Tumbuk daging sehingga pecah-pecah.
  4. Goreng daging dengan minyak banyak sehingga garing.
  5. Blend bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis bahan blend ni sehingga naik bau.
  6. Masukkan cili kering, masak lagi sehingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan daging. Goreng sekejap sehingga daging serasi dengan bahan-bahan tumis tadi. Rasakan daging.. kalau kurang masin boleh tambah kicap lagi.