About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Monday, 10 October 2011

Kubis Cina Gulung Keju


           
             Sumber; Dari dapur madiha


Bahan2 Inti
2 ketul dada ayam dibuang tulangnya. (dadukan)
1 biji bawang besar didadu.
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato didadu
sedikit capsicum hijau didadu (MaDiHaA tak letak sebab takde stok)
2 pokok daun bawang ~ dipotong halus (MaDiHaA tambah sebab kebetulan ada stok)
sedikit air
garam secukupnya

Bahan Sayuran
5 helai kubis cina yang agak lebar (MaDiHaA punya dah tinggal yg tak berapa lebar sebab yg lebar bahagian luar dah dibuat sup... huhu... Nota: MaDiHaA dpt 8 ketul gulungan ayam ni mungkin sebab tu MaDiHaA guna isi ayam lebih sikit agaknya... Jadi daun kubis yg MaDiHaA gunakan ialah 8 helai yer..)
1/2 batang carrot dihiris memanjang
Beberapa batang kacang buncis dipotong dua

Bahan2 Sos
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil gula
Stok ayam (kalau tak ada, 1 cube ayam campur dengan secawan air)

Mozarella cheese secukupnya

Cara Menyediakan
1. Kubis cina dicuci bersih & dicelur supaya batangnya lembut sedikit. Angkat, tos & biarkan ia sejuk.

2. Ayam dan bawang diblender kasar. (MaDiHaA kisar menggunakan pengisar kering.. Kisar sikit2 ye.. kalau letak banyak2.. berat pulak matanya nak berputar nnt..) Bubuh sedikit air. Sedikit saja. Masukkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam. Masukkan tomato, capsicum & daun bawang. Bubuh tepung jagung dan gaul rata. Ketepikan.

3. Panaskan butter dalam kuali. Masukkan tepung. Kacau hingga berbuih. Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air. Masukkan tomato puree. Masukkan gula dan rasakan garam. Bila kuah pekat, padamkan api. Ketepikan.


4. Ambil sehelai kubis cina yang dicelur tadi. Bentang dan letak dua sudu besar adunan ayam di atas permukaan yg berdaun.


5. Letakkan hirisan carrot & potongan kacang buncis & tekan sikit supaya berada ditengah2 inti.


6. Kemaskan inti dengan menutup hirisan carrot & kacang buncis dengan inti ayam tadi supaya sayur tersebut berada ditengah2.. jadi nampak cantik bila dipotong nanti.


7. Gulung kubis cina seperti gulung kuih ketayap hingga ke bahagian batangnya.




8. Letak di dalam caserol & tuangkan sosnya. Taburkan mozarella cheese & bakar selama 15 minit.




Nota MaDiHaA : Sebelum dituangkan sosnya... MaDiHaA tutup kaserol dengan aluminium foil kemudian kukuskan kubis gulung tadi selama 10 minit (tempoh masa dari air kukusan mulai mendidih). Kemudian buka aluminium foil & buangkan air dalam kaserol tadi sekiranya ada. Lepas tu barulah dituangkan sos, ditabur mozarella cheese & bakar selama 15 minit dengan suhu oven 180C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Tujuan dikukuskan tu bukannya apa.. MaDiHaA nak pastikan yang inti ayam tu betul2 masak je.. Kepada yang nak mencuba boleh ikut cara Ibundo yer.. ini cuma catatan peribadi MaDiHaA.

Ok... selamat mencuba yer!

No comments:

Post a Comment