Sumber: Moments in Mylife
Bahan-bahan
A
3 cawan air
1 paket serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
B
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
1/2 sk garam [sy tambah]
C
2 sudu besar butter/marjerin [cairkan]
D
pewarna merah, kuning dan hijau atau terpulang pd citarasa masing2
Cara-cara memasak puding:
Mula2...didihkan 3 cwn air bersama serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan air [1/2 cwn], kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih, pastu matikan api.
Cara-cara mencorakkan puding:
- Bahagi adunan kpd 3 bahagian...masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
- Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang...kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi...biarkan puding gerak sendiri ke tepi..dan tak payah ratakan atau kacau...pastu, ambil pula adunan berwarna kuning dan tuang di atas merah tuu.
- Ulang semula step 2 hingga habis!
- Simpan dalam peti air sekurang-kurangnya 2 jam...enak dimakan ketika sejuk.
Peringatan:
proses melapis @ me'marble'kan puding kena buat cepat2 sbb puding @ agar2 nih mudah sejuk @ membeku.
bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk
No comments:
Post a Comment