About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Wednesday 7 March 2012

My Favorite Char koew teow


Nak sembang pasal Char koew teow Penang ni memang kecur air liur saya dibuatnya. Klu makanan kat Malaysia ni no.1 yg saya minat ialah Char koew teow. Klu di bagi pilihan antara McDonald`s ke.., Kfc ke.. di banding dengan Char koew teow Penang ni saya boleh letak Mcd ngan Kfc kat tepi jgn marah he e e e.

Entah sejak bila yg saya ni begitu meminati Char koew teow penang ni saya x tau , tapi seingat saya mula2 saya makan CKT ni kat SANY Char koew teow kat depan USM Penang terus saya meminati makanan ni.

Klu kat area Penang ni bersepah orang berniaga CKT ni tp bukannya semua sedap. tp entahlah ikut selera masing2 tp bg saya Sany Ckt adalah yg paling sedap. klu yg kat tempat lain tu kadang boleh makan je lah... tp setengah tempat lg teruk tak sedap langsung pun ada.
tapi x mau cite la kat mana yg tak sedap tu , tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang pula sat g.

kadang setengah orang yg berniaga tu tak faham CKT tak sama dengan Koew teow goreng/kerang. klu CKT dia basah dan berkuah dengan rempah yg pekat, klu Koew teow goreng/kerang dia kering. Kadang2 peniaga cakap jual CKT tp bila beli tengok dia buat Koew teow goreng/kerang je kecewa sangat rasanya.

Sesiapa yg menjadi peminat setia masakan CKT ni mesti tau kat mana yg sedap. saya ni klu boleh tiap2 hari makan CKT ni pun tak apa he e e.

Alhamdulillah saya dapat seorang suami yg pandai memasak Char Koew Teow ni, suami saya ni dapat resepi CKT ni dengan usahanya sendiri. CKT yg cik abg saya masak boleh lawan lah dengan Sany CKT.

Bukan nak cakap besaq, bukan kerana suami saya yg saya ckp mcm tu. saya cakap hanya sebagai orang awam yg begitu meminati masakan CKT.
Dah banyak tahun kami ni laki bini punya impian nak buka kedai CKT ni, tapi apakan daya ada masalah dan halangan lain disamping anak2 kami pun masih keciq. Insyallah tahun depan saya berazam nak memulakan bisnes CKT ni. kadang tengok orang dok berniaga CKT ni hati rasa bila la aku ada kedai nak beniaga CKT ni. berniaga CKT ni klu buat sedap orang mesti ulang dok beli. gaji orang yg berniaga CKT ni klu berjaya mengalahkan gaji ENGINIER kat kilang.
lagipun perniagaan ni klu berjaya Insyallah boleh diwariskan turun temurun.

Ya allah kabulkan doaku, permudahkanlah urusanku untuk memulakan perniagaan CKT ni. jadikanlah perniagaanku ini berjaya. dan walaupun aku nnt menjadi orang yg berjaya, jadikanlah aku sentiasa menjadi hamba yg engkau redhai dunia dan akhirat, Amin......

Anyway sapa sapa yg nak minta resepi tu minta maaf ye tak dapat nak bg, rahasia perniagaan he e e. tp klu rajin search kat uncle google lu bolehlah nak buat setakat untuk makan sendiri. saya pun jarang masak CKT ni kat umah sebab renyah banyak sangat kj nak buat sos dan kuahnya. klu nak makan pun kena goreng sepinggan sepinggan je. x boleh goreng sekali banyak terus leceh...

Selalunya saya pun beli kat kedai je walaupun tak sesedap mana bolehlah daripada kempunan hee. ok lah takat ni je lah saya cite bye..... nnt klu saya dah buka kedai saya cite lg ok... jgn lupa sapa2 yg tinggal berdekatan kedai saya nnt jemputla singgah, siap saya bg discount lg hee .

No comments:

Post a Comment