About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Sunday 25 September 2011

Apam tepung beras


Sumber: Dari dapur CT
Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
3/4 cwn gula pasir/brown sugar
2 1/2 cwn air
1-2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)

2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

5. Perap selama 3-5 jam.

6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain, agar wap v menitik kat atas apam.

7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil

8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.

9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

No comments:

Post a Comment