About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Sunday 25 September 2011

Mie Rebus


Dulu saya x berapa minat makan mie rebus ni tp skrng ni mie rebus adalah antara makanan kegemaran saya. Akhirnya saya pun berusaha belajar memasaknya sendiri. lepas buat research kat internet saya dapatlah resepi ni dan memang menjadi. sesiapa yg nak cuba silalah...

Bahan2 untuk kuah:

100gm Udang Kering halus Di rendam dan bersihkan dan blend
  •  1 kg ubi keledek/ kentang. rebus dan blend halus semasa panas.
  • Bawang merah/putih /sedikit halia/kunyit/ lengkuas/serai di tumbuk lumat dan ditumis*
  • Pes cili kering*
  • segenggam kacang parpu (dhal) dan digoreng garing kering ( sebagai pemekat kuah saja )
  • sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus 
  • Udang segar. blend isi asingkan dan kemudian blend kulinya lalu tapis air dari kulit tu dan guna balik
  • jintan manis/putih/ketumbar blend kering
  • sedikit air asam jawa
 CARA BUAT KUAH:
Tumiskan bahan yg bertanda * kemudian tumis sekali dgn rempah kering yg dah di kisar lumat.

Masukkan air kulit udang dan isi udang ke dalam periuk kemudian masukkan ubi keledak yg dah lumat. klu kuah kurang pekat tambahkan lebih keledek.

Tambahkan air sesuai yg di ingini, masukkan lah kacang tanah, udang kering, air asam jawa, gula, garam dan penyedap rasa. masakan mie ini mestilah agak manis.

klu nak pedas buat sambal asing: tumiskan b.merah/putih dan pes cili kering sekali ndan udang kering( goreng garing kemudian tumbuk lumat). klu nak lg sedap boleh jg gantikan udang segar ngan ketam.

Mie ini bolehlah dihidangkan ngan cucur udang rangup, telur rebus,tauhu goreng,bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, tauge dicelur, fishball/fishcake dan perahan limau kasturi. ada jg orang letak  isi kacang tauchu yg diblend campur kedalam kuah

Untuk cucur udang pula,



Bahan2:

3 cawan tepung gandum di ayak

2-3camca tepung beras
1camca tepung jagung
4 cawan air sejuk

secubit kapur supaya cucur keras
300 gram udang sederhana
Taugeh dan kucai secukupnya
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Bancuhan buat agak cair, bila pekat cucur akan tebal and x rangup


Cara:
Masukkan dan gaul semua bahan cucur, rehatkan sekejab bolehlah goreng.

No comments:

Post a Comment