Gambar: Daun kari masakan malaysia
Bahan Utk Kulit
300gm tepung pulut
150gm keledek ungu klu nak guna yg orange pun boleh rebus - dilecek
100ml atau lebih air -nie tergantung kepada adunan
1 sd besar gula halus
4camca pati santan
2 sd besar minyak masak
sedikit pewarna merah
CARA:
1. Satukan tepung pulut,gula halus dan sedikit air dlm mangkuk adunan.Masukkan keledek,sedikit minyak dan pewarna.
2. Gaulkan sebati dan bahagikan adunan ini kpd bbp bahagian yg sederhana besar atau bersesuaian dgn acuan angku.
3. Masukkan inti kacang ke dalam satu bahagian dan bulatkan.
4. Kemudian masukkan ke dalam acuan angku dan tekan kuat supaya coraknya jelas dan timbul.
5. Keluarkan kuih dr acuan dan alaskan dgn daun pisang.Kita pakai kertas minyak je...
6. Kukus selama 10 minit.
Nota: Sebelum masukkan adunan ke dlm acuan angku,acuan tersebut perlu lah disapukan dgn minyak atau ditaburkan supaya adunannya senang keluar dr acuan.
Bahan Utk Inti:
300gm kacang hijau
125gm gula halus
3 sd kecil tepung kastard
100gm minyak masak
Daun pisang
CARA:
1. Rendam kacang pea hijau selama 4 jam.Toskan dan rebus sehingga lembut dan kisar hingga lembut.
2. Goreng inti kacang tanpa minyak hingga berbau.Masukkan gula halus dan tepung kastard dan kacau hingga sebati,Biarkan sekejap.
Nota: Kita tak pakai inti kacang di atas krn kita lebih suka buat inti kacang tanah. klu suka boleh juga tukar isi dengan inti kelapa. klu pakai inti kacang tanah Senangje....kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk bersama gula dan letakkan sedikit minyak supaya tak terlalu kering.
kuih angko ni boleh dibuat dari keledek, ubi kayu, keladi dan juga labu.
acuan Kuih Ang ko Gambar:Rose's kitchen
No comments:
Post a Comment