About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Friday, 16 August 2013

Yg ni bukan masak2 tau... layan budak2 buat origami.


 Ni buat anak2ku nak bagi depa kreatif kat umah, bukan takat tengok kartun dan main games kat internet. ni mak simpan cara2 buat Origami Musang dan Katak lompat. saya coppy/paste dari : Blog Murabbikah Aku...( tima kasih kepada tuan empunya blog ni sbb sedia berkongsi ilmu buat origami ni...) bagi sapa2 yg minat nak ajar anak sendiri buat origami ni cubalah......

1.Musang


  1. Peralatan seperti kertas, pisau, gunting, marker pen dan lain-lain yang dirasa perlu.
  2. Lipat kertas menjadi bentuk segitiga tu, ala macam buat perahu la untuk mendapatkan garisan.
  3. Lipat kertas yang di bahagian bawah ke atas.
  4. Kemudian kertas yang dilipat di bahagian bawah tu dipotong lurus, mengikut garisan.
  5. Kertas yang berbentuk segitiga dan segiempat tepat yang dipotong tadi.
  6. Kertas berbentuk segitiga tu dibuka dan buat lipatan ke atas mengikut takat garisan.

7. Lipat kertas tersebut menjadi empat lipatan.
8. Kemudian, terbalikkan kertas yang dah siap dilipat, dan lipat lagi sekali.
9. Lipat kertas kepada empat lipatan.
10. Kemudian terbalikkan lagi sekali dan lipat lagi.
11. Lipat kepada tiga lipatan sahaja.
12. Kemudian terbalikkan lagi.
13. Buka dua lipatan kertas sahaja untuk dijadikan telinga.
14. Terbalikkan lagi sekali, rupa musang semakin kelihatan.



15. Buka lipatan kertas yang di bahagian bawah tadi, dan akan kelihatan badan musang yang memanjang.
16. Ambil kertas yang berbentuk segitiga tepat yang dipotong tadi.
17. Lipat kepada beberapa lipatan, menjadi bentuk tali leher.
18. Kemudian lukis mata, lidah dan baju musang mengikut citarasa anda. Tali leher itu pada bahagian hujung atas dilipat sedikit untuk diletakkan di bawah dagu musang nanti.
19. Jeng... jeng... jeng si musang dah siap! Encem sungguh... haha. Tali leher tu nanti diletakkan di bawah dagu si musang tu. Bertujuan untuk ditarik-tarik, nanti nampak macam musang tu bercakap-cakap gitu. Sesuai untuk kanak-kanak sahaja!!


2.Katak


  1. Asas origami, lipat kertas membentuk segitiga.
  2. Kertas tersebut dilipat kepada dua-dua belah, untuk menampakkan garisan apabila dibuka.
  3. Lipat kertas mengikut garisan seperti ini.
  4. Lipat kertas le bahagian atas.
  5. Lipat ke dua-dua belah.
  6. Lipat lagi sekali kertas sebegini.


7. Lipat kedua-dua belah. Siap bahagian kaki depan.
8. Terbalikkan kertas tadi.
9. Lipatkan kertas tersebut dari kanan ke kiri.
10. Buka kembali kertas yang dilipat tadi, dan akan membentuk satu garisan di tengah.
11. Lipat kertas dari bahagian kanan dahulu ke garisan tadi.
12. Lipat kertas dari bahagian kiri pula ke garisan yang sama, menjadi begini.



13. Terbalikkan lagi sekali ketas tersebut.
14. Lipatkan kertas dari bawah ke atas.
15. Lipat lagi kertas tersebut dari atas ke bawah pula menjadi begini.
16. Lagi sekali terbalikkan kertas tersebut.
17. Haaa, ape lagi lukis le ape-ape yang patut kat badan katak tu... Ha kalau nak main lompat-lompat katak pun boleh juga, tekan bahagian hujung tu, nanti akan toing-toing, macam spring gitu...

3. Bunga 

Cara membuat Origami bunga ni saya coppy/paste dari blog Nurfara Hani, comel kan jom cuba buat....
 




1. Guna kertas A4.
 Kalaw korang nak gune kertas lain pon boley.
2. Ukur macam gambar kat atas tu okay.

3. Pastu potong jadik cmni.
4. Lipat die jadik camni pastu potong.
Die akan jadik empat segi tepat.
5. Potong jadik lima helai untuk jadik sekuntum bunga.
6. Lipat tiga segi
7. Lepas dah lipat macam step 6 tadi, lipat lagi jadi camni.
7. Bukak lipatan tadi lepastu buat macam gambar di atas ni pulak.

8. Bukak jugak lipatan tadi. Nampak kan macam ade bekas lipatan?
Seterusnya lipat macam ni.
9. Lipat atas nye macam sampul surat,
10. Lipat menjadi gambar kat atas ni.
Lepastu gamkan kedua bahagian.Pakai gam biasa pon boleh.
11.  Ni baru jadi satu sahaja. Korang buat 5 baru dapat
sekuntum.
12. Untuk jadik camni, korang kene gam pakai gam uhu.
Kalaw pakai gam biase susah nak lekat.
13. Kalaw korang nak buat camni, kene gune 12 kuntum bunga.
Korang gabungkan lah pakai gam uhu jugak.
Aku buat pakai 3 warne.
Terpulang kat korang nak gune bape warne.
 
Buat jd bunga hiasan kat meja belajaq pun boleh...
 

No comments:

Post a Comment