Sumber: Sajian dapur bonda
Bahan-bahan yang digunakan:
Halia dibuang kulit. Cincang kasar jadikan 1 cawan.
Bawang putih Cincang kasar jadikan 1 cawan
1/4 sudu kecil serbuk kunyit ( kalau x pakai pun x apa).
3/4 sudu minyak masak dan sedikit garam agar pes tidak basi
Cara-caranya:
Kisar halia hingga lumat dengan minyak dan serbuk kunyit.
Selepas itu masukkan bawang putih dan kisar sehingga lumat dan halus.
Masukkan dalam botol saiz jem dan simpan di dalam peti sejuk. Ia boleh digunakan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekiranya digunakan dengan cara yang baik.
Nota:
Semasa kisaran atau menggunakan pes tersedia ini, jangan menggunakan tangan. Gunakan sudu yang bersih.
No comments:
Post a Comment