Sumber : Dari Dapur Maklong
Bahan:
1kg tepung gandum (9 cawan)
3 cawan susu cair atau susu segar
6 cawan air biasa
1 cawan minyak jagung atau butter/margerin yg dicairkan
6 biji telur
3 sudu teh garam
pewarna secukupnya
klu nak lg lembut letak 1/2 camca teh baking powder
Masukkan semua bahan2 kedalam blender.. blend hingga bancuhan sebati..
oleh kerana blender maklong kecik.. maklong bahagikan kepada 3 bahagian.. kemudian tapis..
kemudian rehatkan 1/2jam.
Mula2 tu wajiblah panaskan kuali non-stick ni.. nak sapu minyak boleh.. tak nak pun tak apa.. sebab grenti tak melekat.. pastu picitkan acuan yang dah diisi dengan adunan berwarna kuning.. buatlah garisan lurus macam kat atas tu..
Kemudian ambil acuan yang yang telah diisi dengan adunan yang berwarna hijau.. picitkan secara melurus juga.
Buat sampai habis.. laju2 sikit.. kalau lambat2 nanti.. yang kuning tu dah garing.. yang hijau belum siap diacu.. hehe.. biarkan hingga masak.. dalam 1 minit macam tu..
Bila dah masak letakkan dekat pinggan.. telentangkan.. yang masa masak tadi sebelah atas.. bila nak gulung letakkan sebelah bawah.. supaya nampak cun gitu.. lipatkan..
maklong tumbukkan sedikit udang kering dan tumiskan bersama bawang merah dan bawang putih dlm kari udang.
No comments:
Post a Comment