About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Tuesday 20 September 2011

Resepi kaya dan Gula/karamel hangus

Sekadar gambar hiasan

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
1 ½ cawan santan
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air

Cara
1. Masukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.

2. Kalau nak wangi, bubuh 2 helai daun pandan... disimpulkan.


3. Masukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)


4. Akhir sekali masukkan sedikit pewarna yg digemari, masak lagi lebih kurang 5 minit.



Cara penyediaannya:

Pertama sekali, kita perlulah buat gula hangus/karamel terlebih dahulu. Goreng gula di dalam periuk tanpa minyak, kemudian tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi warna keperangan. Cukup setakat golden-golden gitu, jangan lama sangat nanti pahit pula.

Kemudian, di dalam periuk yang lain, campurkan gula dan telur. Kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan daun pandan yg telah dicarik-carikkan, santan serta karamel/gula hangus tadi. Masakkan di atas api yang perlahan, sehingga sebatian menjadi pekat dan berkilat. Jangan berhenti kacau!

Setelah itu, siap! Terpulanglah anda hendak makan dengan roti sementara masih panas-panas, atau anda ingin sejukkan dahulu. Tahniah, lepas ni tentu anak/suami/adik-beradik anda kagum dengan kebolehan anda membuat kaya sendiri!




Masukkan gula pasir dalam periuk tebal


Gula hangus yang telah cair sepenuhnya


Setelah dimasukkan air atau mentega mengikut resipi


Ada banyak resipi kek , kuih-muih dan pencuci mulut yang menggunakan gula hangus atau karamel dalam bahan-bahannya. Umpamanya kek gula hangus, apam gula hangus,kek buah kukus, puding kastad karamel dan lain-lain lagi. Hidangan yang dihasilkan dari karamel ini sangat istimewa rasanya kerana rasa gulanya yang sedap dan wangi . Memang menjadi kegemaran saya terutama puding kastad karamel yang dinikmati semasa ia sudah disejukkan. Ada karamel yang perlu dicampur air dan ada pula yang digunakan pekat2.Bagaimanapun cara membuatnya adalah sama. Berikut adalah panduan menyediakan gula hangus atau karamel ini.


1. Saya lebih suka gunakan gula pasir biasa, tapi gula kastor juga boleh digunakan. Masukkan dalam periuk yang agak tebal dan bertangkai supaya mudah dipegang. Senduk pula gunakan senduk kayu yang panjang.

2. Panaskan atas api yang sederhana. Jangan gunakan api yang besar kerana gula akan cepat hangit. Bila hangit, karamel kita jadi pahit.

3. Apabila sudah nampak ia mencair, kacau perlahan-lahan sehingga semua gula itu cair.

4. Apabila ia cukup cair, ia akan mewarna perang muda dan bertukar perlahan-lahan kepada perang tua.

5. Diperingkat ini, anda boleh memasukkan air atau mentega mengikut resipi anda. Di peringkat ini juga anda boleh angkat dan tuangkan kedalam adunan kek buah yang telah tersedia

6. Apabila memasukkan air biasa atau air didih, anda hendaklah berhati-hati kerana wap dari gula itu akan naik ke atas dan boleh mencederakan anda. Apabila air telah dimasukkan, kacau perlahan-lahan hingga semuanya mencair. Angkat dari api dan sejukkan. Ia boleh digunakan mengikut resipi anda.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment