About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Tuesday, 20 August 2013

kerepek dan minuman dingin dari Sengkuang cina



X pernah makan benda ni tp tengok kat blog2 masakan kat tenet ni banyak yg buat benda ni jadi kerepek ataupun jadi campuran minuman dingin. nampak menyelerakan. ada yg panggil benda ni dengan nama sengkuang cina atau ubi arrowhead. nampak sungguh meyelerakan. nnt bila2 nak cari benda ni nak cubalah sbb depa kata klu sedap. ok kat sini saya ada copypaste dari blog my colorful jurney cara membuat minuman dingin dengan menggunakan sengkuang cina. saja simpan untuk rujukan masa hadapan.



Bahan2 :
1. Sengkuang Cina.
2. Pewarna Merah.
3. Santan.
4. Air Gula.
5. Ais Ketul.
6. Buah kabung / Jagung / Kacang Merah / Nangka etc - mengikut kesukaan masing-masing.

Cara2 membuatnya :-


Potong sengkuang cina bentuk dadu.
Rendam dalam pewarna merah lebih kurang 30 minit - 45 minit atau agak2 sengkuang dah bertukar menjadi warna merah. air dalam 1 cawan je

Toskan kemudian masukkan dalam plastik bersama-sama dengan tepung ubi/jagung. Balik2kan plastik biar kesemua sengkuang tadi telah disaluti dengan tepung ubi.


Setelah semua dah sebati. Keluarkan dan tapis dengan menapis untuk asingkan tepung2 yang berlebihan. Hentak2 sedikit utk keluarkan lebihan tepung.


Dalam air panas mendidih, masukkan sengkuang yang telah ditapis dan kacau-kacau dengan sudu supaya sengkuang tidak melekat antara satu dengan yang lain. Agak2 dalam 5-8 minit atau sengkuang dah naik ke permukaan air, senduk dengan penapis dan masukkan dalam air sejuk. Biarkan sengkuang berendam dalam air sejuk (jangan taruk banyak sangat air nanti sengkuang jadi semakin kembang).

Untuk hidangan :

Masukkan kuantiti yg nak dihidang dalam mangkuk bersama dengan santan, air gula (atau kalau pakai susu cair tak perlu lagi santan dan air gula), ais ketul, nangka / jagung / laici atau mengikut kesukaan masing2.

Note: klu nak gunakan santan boleh masak santan + t.beras 50gr + secubit garam tp jgn sampai mendidih

klu nak buat kerepek ikut cara ni:

Gambar dan resepi: blog Ilahmasakanku

Cara membuat kerepek: 
beberapa biji sengkuang cina
dibersihkan kulitnya menggunakan pengupas keledek.
tinggal kan tangkainya supaya senang memegangnya semasa memarut
rendam kan sengkuang2 cina tadi dalam air garam +- 15 minit.
tos kan dan parut terus dalam kuali yg sedang panas minyaknya.
goreng sehingga kekuningan. toskan dan sedia utk dimakan.. manis rasanya mcm pisang pun ada mcm keledek pun ia...lemak2 gitu.



 Klu sengkuang cina jenis ni saya biasa makan, sengkuang ni boleh makan terus macam tu je. sedap rasa dia manis dan ranggup je. dulupun x tau makan senkuang ni encik abang lah yg bagi kenal dengan senguang cina ni terus saya menyukai rasanya.


No comments:

Post a Comment