Saya suka sangat makan nasi ulam ni tp klu kalau nak buat leceh sikit nak cari daun2 ulam tu 
semua. klu duduk kat kampung ok lah senang nak dapat klu dok taman ni Faham2 je lah. nak buat 
nasi ulam ni memerlukan banyak jenis daun ulam2an, semakin banyak jenis daun ulam yg kita boleh 
letak semakin sedaplah nasi ulam tu sbb perisa dan aroma dari pelbagai jenis daun ulam tsb. kat 
bawah ni antara jenis2 daun ulam2an untuk membuat nasi ulam. klu x dapat nak kumpulkan semua 
sebahagiannya pun  x apa. kira jadilah, janji boleh makan jg nasi ulam he e.
Klu saya suka buat nasi ulam ni daun2 tu dihiris sehalus mungkin hingga  rasa dan aromanya sebati 
dgn nasi . klu potong kasar2 rasa mcm nasi tu banyak sampah saraplah ha a a tp setengah orang x 
kisah, ikut selera masing2 la.
tp saya pelik kan pasal apa nasi ulam ni jarang ada orang jual x macam nasi lemak padahal sedap. 
kemungkinan masalah untuk mendapatkan daun ulam2an tu kod.
BAHAN2:
500 gram nasi hangat sejukkan sekejab
1 inci ikan kurau masin/ikan talang , rendam 20 minit, goreng dan tumbuk hingga gebu
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
BAHAN2( semua mesti di hiris sehalus mungkin klu x daun2 tu x kan sebati dgn nasi )
 pucuk mengkudu
 daun kunyit
 daun cekur
 daun kesom
daun kadok
pucuk daun kari 
pucuk daun kunyit 
daun selasih
daun lemuni
daun pudina
daun bebuas 
daun ketumbar 
pucuk gajus
daun sekentut 
 pegaga
 daun selom
 ulam raja
pucuk beluntas
pucuk pala
pucuk cengkih
daun medang
daun kemangi
daun putat 
kacang botol 
 daun limau purut klu boleh yg muda 
 bunga kantan
 batang serai, ambil bahagian putihnya
 bawang merah
1 inci halia muda
lengkuas muda 
bawang putih 
hirisan cili padi klu suka
dll daun ulam2 an yg lainnya 
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam satu bekas, masukkan bahan2 ulam yang dihiris halus, dan isi ikan kurau masin yang telah ditumbuk halus. Masukkan lada hitam Gaul rata.
- Masukkan nasi, kerisik dan sedikit garam. Gaul hingga semua rata dan mesra. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Gaul rata dan Selamat menjamu selera!!...

 
No comments:
Post a Comment