About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Friday 7 October 2011

Jenis2 Acuan kuih muih


Botol ni boleh digunakan untuk membuat Roti jala. dengan menggunakan acuan ini roti jala akan berbentuk 4 segi.
















Ni acuan Kuih semperit (yg berbentuk bunga) jika di indonesia Acuan ini dipanggil dgn nama acuan biskut Dahlia & acuan Tart gulung (yg berbentuk bergerigi panjang) klu di Indonesia Acuan inilah yg dipanggil Acuan semperit. pelik kan jd tertukar2 nama pula he e e








Acuan alumunium berlubang2 ni sesuai untuk semua jenis2 apam kerana lubang2 tsb memudahkan wap memasak apam sehingga apam boleh mekar dengan cantiknya.















Yg kuning ni pun Acuan Roti jala. jika menggunakan acuan ini roti jala akan berbentuk bulat.








Acuan Alumunium berbentuk cawan2 kecil ni pun sesuai untuk Apam beras dll.












Acuan ini antara kegemaran saya sbb ianya adalah Acuan tart gulung. walaupun harga acuan tembaga tart gulung ni mahal jika dibandingkan yg terbuat dari plastik. tp jika menggunakan acuan tembaga ini bentuk corak pada tart pasti tidak mengecewakan.









Yg berbentuk bunga ini adalah Acuan bahulu cermai.










Ini acuan kuih cara tp boleh jg digunakan sebagai acuan bahulu ataupun kuih akok ( kuih tradisi orang kelantan).











Acuan alumunium ni pun boleh jg di gunakan untuk semua jenis apam dan muffin.

6 comments:

  1. salam

    Bagaimana saya boleh dapatkan acuan kuih semperit

    ReplyDelete
  2. wassalam, Najib Norhan awak bolehlah pergi ke kedai yg menjual brg brg kek. segala macam bahan2 untuk membuat kek, biskut, roti dan segala acuan kuih muih ada jual kat sana. harap ini boleh membantu awak..

    ReplyDelete
  3. klu dekat pasar raya besar pun ada jg menjual acuan kuih muih ni, awak pg k bahagian brng2 dapur dan peralatan memasak kek dan biskut.

    ReplyDelete
  4. Baguslah info ni. Tq. Nk tny org segan. Xreti. Dengan info mcm ni senang sikit

    ReplyDelete
  5. Kat mane nak beli acuan semperit tembaga area kl selangor?

    ReplyDelete
  6. kat mana saya boleh dapatkan acuan apam yg berlubang tepi

    ReplyDelete