About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

Sayur lemak udang




resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
* 10 ekor udang basah (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu)
* 1 batang serai (diketuk) - optional
* 1 keping asam gelugur - optional
* sedikit garam dan gula
* santan secukupnya - ikut selera masing-masing
* hirisan sayur campur (buncis, kobis, karot dsb)

bahan-bahan kisar :
* 4 biji cili api atau 2 tangkai cili merah(dibuang biji)
* 1 sudu makan udang kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm kunyit hidup (boleh juga pakai serbuk kunyit)
* 1 cm halia

Cara-cara :

1- Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga terbit bau.
2- Masukkan sayur campur, santan dan bahan-bahan selebihnya. Boleh tambah air jika perlu. 
3- Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan udang goreng tadi. Kacau sebati. 
4- Tutupkan api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dsbnya.

Baby kailan masak lemak dgn suun

Gambar: Resepi nannei blogspot.com

Bahan2:
kobis/baby kailan
suun secukupnya
ikan bilis/udang kering
santan
b.merah/b.putih/halia dihiris nipis.
klu nak digiling lumat lg sedap tambah sedikit kunyit, cilipadi 2 biji dan sedikit tomatto.

Cara: tumis bahan yg dihiris/giling hingga harum lepas tu masukkan semua bahan didihkan. kemudian sesuaikan rasa. 

Wednesday, 17 July 2013

Tumis pucuk manis dgn daging






Bahan2:
100 gr daun pucuk manis
500 gr daging lembu tetel
4 lbr daun limau jeruk purut
2 lbr daun salam
2 cm lenguas ketuk
2 buah tomatto,dipotong-potong
1000 ml air /seperlunya
3 sdm minyak goreng
2 buah kentang ukuran sedang
100 gr carrot

Bumbu halus:

- 5 buah cabai merah
- 8 btr bawang merah
- 2 siung bawang putih
- 5 btr buah keras
- 1 cm jahe
- 3 1/2 sdt garam 
- 1/4 sdt gula pasir

Cara membuat:

1. Rebus daging lembu hingga lembut
2. Tumis  asing bumbu halus,daun limau purut ,daun salam,dan lengkuas sampai harum.tambahkan tomatto,aduk hingga layu.
3. Tuang kedalam rebusan daging
4. Masukkan Kentang dan carrot setelah kentang dan carrot agak setengah masak masukkan daun pucuk manis ,masak sampai bumbu meresap
setelah masak angkat sajikan....

selamat mencoba.....

Pucuk manis masak lemak dgn tempe



Bahan:
150  gr  sayur pucuk manis
250  gr    Tempe, potong dadu
    1  btg   Serai di ketuk
   2   cm   Lengkuas diketuk
   1   bh   Tomatto, kupas dan potong dadu
   2  lbr    Daun Salam
150  ml   Santan kental

Bumbu yang dihaluskan

20  gr      cabai kecil dan cabai merah
10  gr      Bawang merah
  2 siung  Bawang putih
50  gr      Udang Kering/ikan bilis
3biji buah keras
halia
kunyit


Cara memasak
  •  Rebus air hingga mendidih besar, masukkan sayur ( agar daun tetap hijau). Rebus sampai lunak. Tiriskan. 
  • Tumis bumbu yang telah dihaluskan sampai harum dan masak, tambahkan daun salam, serai / lengkuas dan tempe. Aduk sampai tempe masak.
  • Masukkan air, biarkan mendidih
  • Masukkan daun katuk dan tomat, aduk sebentar, masukkan santan sekali-sekali aduk sampai daun sayur matang.
  • Siap disajikan

Thursday, 24 May 2012

Coleslaw



Bhn2:

Kobis putih
Lobak merah 
 Mayonis ( klu tak nak guna mayonis boleh ganti dgn bhn kat bawah ni)
Susu segar - 4 s/b
Gula pasir - 5 s/b
Garam - 1s/t
Perahan limau nipis /kasturi / cuka - 1s/b

cara2:
- kobis dan lobak merah dibersihkan dan sejat kering.
- hiris nipis2 kobis dan carrot dan masukkan semua ke dlm mangkuk bertutup dan biar sebentar.
- masukkan bhn2 lain ke dlm mangkuk dan gaul hingga sebati, baru tuangkan ke atas bhn2 yg telah dihiris td.
- kacau hingga semua ramuan td sebati dgn sayuran dan tutup bekas.
- simpan di dlm peti ais.
- coleslaw akan 'matang' selepas 12 jam,tanda coleslaw dah ready utk dimakan ialah ia berair dan 'smooth'...

Wednesday, 9 November 2011

Acar Nenas, Timun dan Carrot



Sumber: Hasue: I Love My Life

Bahan2:
  • Nenas-kupas,potong kecil memanjang
  • Timun-potong kecil memanjang
  • Lobak merah(optional)-potong kecil memanjang
  • Cili merah/ cili hijau hiris
  • jus Limau kasturi/ sedikit cuka
  • Bawang merah/ bawang besar hiris nipis
  • Bawang putih( klu suka ) hiris nipis
  • Sedikit halia muda ( klu suka ) hiris nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan2 dan sebatikan semua rasa.

Thursday, 20 October 2011

Sayur goreng kucai & Tauge
















Kucai bukan saja sedap untuk buat jemput2 tp sedap gak tuk dijadikan sayur makan dengan nasi.
Sayur ni kucai sedap gak klu di masak goreng campur sekali ngan tauge. Jom Layan resepinya....

Bahan2:
- Seikat daun kucai, klu nak lebihpun boleh...
- Tauge ikutlah nak banyak mana
- 1biji cabai merah dihiris/b.putih diketuk
- klu nak letak udang /ayam/tauhu pun boleh gak
- Garam/gula/serbuk perasa & kicap manis.

Caranya: Tumiskan kesemua bahan sekali sehinga cukup masak. sesuaikan rasanya bolehlah dihidangkan dengan nasi

Monday, 10 October 2011

Kubis Cina Gulung Keju


           
             Sumber; Dari dapur madiha


Bahan2 Inti
2 ketul dada ayam dibuang tulangnya. (dadukan)
1 biji bawang besar didadu.
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato didadu
sedikit capsicum hijau didadu (MaDiHaA tak letak sebab takde stok)
2 pokok daun bawang ~ dipotong halus (MaDiHaA tambah sebab kebetulan ada stok)
sedikit air
garam secukupnya

Bahan Sayuran
5 helai kubis cina yang agak lebar (MaDiHaA punya dah tinggal yg tak berapa lebar sebab yg lebar bahagian luar dah dibuat sup... huhu... Nota: MaDiHaA dpt 8 ketul gulungan ayam ni mungkin sebab tu MaDiHaA guna isi ayam lebih sikit agaknya... Jadi daun kubis yg MaDiHaA gunakan ialah 8 helai yer..)
1/2 batang carrot dihiris memanjang
Beberapa batang kacang buncis dipotong dua

Bahan2 Sos
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil gula
Stok ayam (kalau tak ada, 1 cube ayam campur dengan secawan air)

Mozarella cheese secukupnya

Cara Menyediakan
1. Kubis cina dicuci bersih & dicelur supaya batangnya lembut sedikit. Angkat, tos & biarkan ia sejuk.

2. Ayam dan bawang diblender kasar. (MaDiHaA kisar menggunakan pengisar kering.. Kisar sikit2 ye.. kalau letak banyak2.. berat pulak matanya nak berputar nnt..) Bubuh sedikit air. Sedikit saja. Masukkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam. Masukkan tomato, capsicum & daun bawang. Bubuh tepung jagung dan gaul rata. Ketepikan.

3. Panaskan butter dalam kuali. Masukkan tepung. Kacau hingga berbuih. Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air. Masukkan tomato puree. Masukkan gula dan rasakan garam. Bila kuah pekat, padamkan api. Ketepikan.


4. Ambil sehelai kubis cina yang dicelur tadi. Bentang dan letak dua sudu besar adunan ayam di atas permukaan yg berdaun.


5. Letakkan hirisan carrot & potongan kacang buncis & tekan sikit supaya berada ditengah2 inti.


6. Kemaskan inti dengan menutup hirisan carrot & kacang buncis dengan inti ayam tadi supaya sayur tersebut berada ditengah2.. jadi nampak cantik bila dipotong nanti.


7. Gulung kubis cina seperti gulung kuih ketayap hingga ke bahagian batangnya.




8. Letak di dalam caserol & tuangkan sosnya. Taburkan mozarella cheese & bakar selama 15 minit.




Nota MaDiHaA : Sebelum dituangkan sosnya... MaDiHaA tutup kaserol dengan aluminium foil kemudian kukuskan kubis gulung tadi selama 10 minit (tempoh masa dari air kukusan mulai mendidih). Kemudian buka aluminium foil & buangkan air dalam kaserol tadi sekiranya ada. Lepas tu barulah dituangkan sos, ditabur mozarella cheese & bakar selama 15 minit dengan suhu oven 180C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Tujuan dikukuskan tu bukannya apa.. MaDiHaA nak pastikan yang inti ayam tu betul2 masak je.. Kepada yang nak mencuba boleh ikut cara Ibundo yer.. ini cuma catatan peribadi MaDiHaA.

Ok... selamat mencuba yer!

Menghias carrot


Bunga Wortel:
- Wortel
- Keju (opsional)
[Bunga Wortel # 1]
1. Potong wortel dan buat sayatan terbalik berbentu V di sekitar wortel.
*)Tidak harus dibagi menjadi 8 bagian V, bagilah menjadi berapapun yang Anda inginkan
2. Jika Anda tidak suka dengan kulit wortel, Anda dapat memotong bagian luarnya.
[Bunga Wortel # 2]
1. Potong wortel, dan gunakan cookie cutter berbentuk bunga untuk memotong wortel. * Anda bisa cukup berhenti di sini, dan wortel Anda sudah terlihat lebih manis dari wortel membosankan biasa.
2. Gunakan sedotan untuk membuat lubang untuk bagian kelopak bunga dan pusat bunga.
Bunga Wortel # 1 terlihat sangat menggemaskan ketika digunakan pada brokoli. Saya biasanya menggunakan baby carrot untuk ini, tetapi Anda juga dapat menggunakan sebagian kecil dari wortel.
Dan senjata rahasia untuk membuat sederhana namun tampak mewah pada Bunga Wortel # 2 adalah sedotan! Anda juga dapat membuat bunga dari keju, apel, ham, apapun yang cukup lunak untuk membuat lubang dengan sedotan. Pada gambar di bawah, saya membuat bunga dengan keju, dan bit wortel & bit keju.
Jika Anda tidak memiliki cetakan kue, jangan khawatir. Anda dapat membuat Bunga Wortel # 1, dan menggunakan sedotan untuk memotong lubang (seperti yang di bagian kanan bawah). Jika Anda memiliki kesulitan untuk mengeluarkan sepotong sayuran keluar dari sedotan, tiup dari ujung yang lain.
Saya menyimpan bit wortel yang saya dapatkan dari pemotongan wortel dengan sedotan. Anda dapat menggunakan mereka sebagai mata atau pipi (jika Anda membuat binatang atau orang), atau hanya menaburi mereka di dalam bento Anda!
Tulip Wortel lebih berbentuk 3D, sehingga Anda dapat menempelkannya di sudut kotak bento Anda seperti sayuran tongkat.
[Tulip Wortel]
- Wortel
- Mentimun
1. Potong mentimun dengan tebal sekitar 3 / 4 inci , dan dipotong menjadi dua.
2. Potong V-bentuk untuk di bagian benihnya.
3. Potong wortel seperti tulip.
4. Tusuk mentimun dan wortel, dan selesai!

Kerabu Taugeh Dan Kacang Panjang






BAHAN

  • 150 gram kacang panjang dipotong kecil2
  • 250 taugeh dicelur sekejap
  • 2 batang serai dihiris nipis
  • segenggam daun ketumbar dipotong
  • sedikit daun bawang dipotong
  • 8 ulas bawang merah ditumbuk
  • 4 ekor ikan rebus atau bakar, diambil isinya dan ditumbuk
  • 1 biji cili ditumbuk
  • 10 biji cili api ditumbuk (jika tak suka pedas boleh dikurangkan)
  • 1 biji cili dihiris nipis
  • 5 camca besar kerisik ditumbuk
  • 1 camca besar lada hitam ditumbuk
  • sedikit belacan ditumbuk
  • 4 camca besar santan
  • sedikit perahan air asam limau
  • garam dan gula secukupnya
CARA
  1. Potong kacang, taugeh, serai, daun ketumbar, daun bawang, cili dan masukkan di dalam mangkuk yg agak besar.
  2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk, santan, air asam limau, garam dan gula secukup rasa.
  3. Sedia untuk dihidang :)

Kerabu telur ala Nyonya




Bahan-bahan:

3 biji telur
1 biji bawang besar Holland (kuning)
1 biji tomato
1 kuntum bunga kantan
3 biji cili padi
sedikit daun kesum (K.An tak ada stok, ganti dengan 3-5 tangkai daun selom)
1 biji besar limau nipis diperah airnya (mat guna limau kasturi)
garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk Halus:

1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan dibakar

Cara membuatnya:

1. Dadar nipis telur satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2 sm lebar.
2. Tomato dibelah 4 dan buang bijinya. Hiris nipis-nipis. Hiris kecil bunga kantan, daun selom, cili padi, cili merah dan bawang besar.
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Masukkan bahan ditumbuk , garam, gula dan perahan limau nipis. Gaul rata dan sedia dihidang.
A

Urab Pucuk ubi & Tauge

Urap Pucuk Ubi & Taugeh

Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi pulut
2 cawan taugeh
1 cawan kelapa parut putih, pilih yang kulit basah
Sedikit garam dan gula
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
1 1/2 camva besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
2 biji cili merah*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pucuk ubi hingga lembut, toskan dan biar sejuk, perah airnya dan hiris sederhana halus. Taugeh dibuang ekor cuci dan toskan.
  2. Gaul kelapa parut bersama bahan2 tumbuk lumat, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan no 1 dan dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit, gunakan api sederhana besar. Alih ke dalam bekas dan boleh dihidangkan.

Urap pegaga

P1290888

Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g pegaga yang telah siap di bersihkan, cuci dan tosk kering
10 helai daun cekur yang muda, cuci, tos dan dimayang halus
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit, toskan*
3 biji cili merah*
3 cm isi cekur*
1 cm kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pegaga tadi dibuang akarnya, hiris kasar. Daun cekur dimayang halus. Ketepikan. Kelapa parut tadi disatukan bersama bahan tumbuk lumat dan gaul rata2, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam.
  2. Gaul kelapa tadi bersama pegaga dan daun cekur, rata2. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Urab pedas Beremi

Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g pokok beremi
1 cawan kelapa parut putih
1 biji bawang besar hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
2 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pokok beremi, dibersihkan, tosk hingga betul2 kering, hiris tapi jangan terlalu halus, ketepikan. (kalau boleh, cuci dan toskan beremi hingga betul2 kering).
  2. Kelapa parut digaul bersama bahan2 tumbuk lumat hingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan beremi dan hirisan bawang besar, gaul hingga mesra.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit. Angkat dan boleh hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 yang lain. Selamat mencuba...

kerabu Daun Selom




Sumber: Periuk tanah

Resepinya: Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 ikat selom (kalau beli kat pasar le... kalau petik sendiri anggaran 2 cekak)- hiris halus
10 sen taugeh/kacang panjang/bunga kantan
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris
**5 biji cili padi
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis direbus sekejab

***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati, sedia dihidang

Pucuk ubi goreng pedas


RESEPI PUCUK UBI GORENG PEDAS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Seikat pucuk ubi
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sejemput ikan bilis kopek - cuci
  • 10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 1 tangkai lada merah
  • minyak utk menumis secukupnya
  • garam dan perisa jika suka
Cara-cara
  • Celur pucuk ubi sehingga lembut. Toskan, basuh dan perah. Kemudian cerai2kan. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi dan juga lada merah.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan naik minyak.
  • Perasakan dengan garam dan perisa secukup rasa.
  • Masukkan pucuk ubi yg telah dicelur tadi. Gaul mesra. Biarkan sebentar. Matikan api dan siap dihidang dengan nasi putih hangat.

Brokoli Goreng Bawang Putih




Sumber: Hana family,s

Bahan-bahan

  • 200g brokoli
  • 5 ulas bawang putih ~ potong dadu
  • 1 sudubesar pes bawang(resepi sila lihat dibawah)-hana tk buat.cincang bwg besar&putih je
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam - hana tak buh sbb sos tiram dah masin
  • Air sedikit
  • 1 sudu besar minyak.
Cara-cara
  • Potong brokoli dan bersihkan.
  • Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
  • Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
  • Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.
RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya brokoli nih sangat sedappp! bila geget2 sama si bawang putih tuh mmg syokk sangat! akceli aku suker bawang putih goreng.. hehe
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Kailan Sos Tiram



Sumber: Hana family,s

Bahan-bahan
  • seikat sayur kailan
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa - jika suka
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur kailan jgn potong dulu... panaskan air. celur kailan ngan btg2 skali.
  • angkat dan toskan. potong lebih kurang 3inci. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur kailan tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Siew Pak Choy with Oyster Sauces



Sumber: Hana family,s

Bahan-bahan
  • seikat sayur siew pak choy ( sawi pendek)
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia - cincang
  • air sedikit
  • serbuk perisa@gula - jika suka
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah - hana x ltk sbb dh pekat
  • bwg putih goreng/bwg goreng - utk hiasan
Cara-cara
  • sayur jgn potong dulu... panaskan air. celur ngan btg2 skali/di stim pun boleh
  • angkat dan toskan. potong bhgn yg ujung. susun dlm pinggan dan ketepikan.
  • panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.
  • didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
  • hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng. dah siap!

Tuesday, 13 September 2011

Cendawan Goreng Celup Tepong So Crispy


Sumber: Dari dapur madiha

Bahan2


250 gm cendawan (guna cendawan tiram)
6 s/b tepung gandum
4 s/b tepung beras
1 s/b serbuk kari
½ s/k serbuk jintan manis
½  s/k serbuk jintan putih
½ s/k serbuk ketumbar
garam secukup rasa
2 biji telur
Cara2:
 1. Basuh cendawan kemudian perahkan air yg meresap agar cendawan x jd lembik.

2. campurkan kesemua tepung dan bahan2 rempah

3. pecahkan telur kedalam cendawan kemudian angkat satu persatu cendawan sbt golekkan kedalam tepung kemudian goreng dalam minyak yg btl panas dan banyak.

bila dah garing sedia di hidang, erm rasa macam ayam goreng. klu buat sepinggan ratah mcm tu je, x sempat nak buat jd lauk...