About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Aneka Cucur. Show all posts
Showing posts with label Aneka Cucur. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Fritters kentang


Sumber: Bicara Kak Noor

BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
sedikit garam dan ciliflakes

CARA NYA
1.  Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2.  Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3.  Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5.  Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, 24 June 2013

RESEPI CUCUR UDANG PASSEMBUQ



Sumber: blog Mamak Haji

BAHAN-BAHAN:
  • 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
  • 1 cawan tepung beras.
  • 3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
  • 3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
  • 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
  • 1/2 sudu kecil baking powder brand royal
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
  • 3/4 sudu kecil (tsp) garam.

  • Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.  Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup.  kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.
CARA MEMBUATNYA:
1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali.

5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.  Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan.  Wassalam.

ni pula resepi untuk kuah:
RESEPI KUAH PASSEMBUR:
  • 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada,  kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).

  • 125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus. Di Pulau Pinang kini banyak guna sotong kering untuk buat kuah. Sotong kering agak-agak se gumpal tangan sudah memadai. Sotong ini tujuan untuk safe kos kerana sedikit saja sudah kuat baunya. Tapi mamak haji syorkan agar guna udang. Udang terutamanya perasa udang terletak dikepala udang atau otaknya yang berwarma kuning, kalau cabut kepala tentukan jangan buang yang berwarna kuning dikepala udang itu. Cara ini anda gunakan dalam semua masakan. Kalau ingin warna udang merah dan kepala udang sukar nak tanggal semasa masak, goreng dulu udang itu 1/4 masak. Bila buat udang masala atau kari udang atau sambal udang ia lebih menarik. Mamak haji syorkan udang kertas kerana kulit dan kepalanya lembut, mudah untuk kisar. Kalau guna sotong kering kuah nanti jadi kehitaman sedikit. Tapi tak apakan hitam itu menawan. Rendam sotong kering semalaman dan buang air rendaman, awas pasir dibawahnya dan basuh sekali lagi. lepas itu boleh kisar.

  • 125gm.  kacang tanah. Kacang tanah digoreng. jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak memudahkan, lagi pun anda perlu goreng cili kering. Gunakan minyak sama. Anda boleh buang kulitnya atau pun biarkan saja. kalau 125gm oklah kalau 5 kg nak buang kulit?. Ada yang nak cepat, beli kacang sedia digoreng tapi kacang seperti ini bukan saja tak ada kualiti kerana dibantai masuk kulit sekali tapi ia berbau hapak kerana entah bila tarikh dibungkus. Tujuan kita masukan kacang untuk dapat bau haruman dan lemak kuah. Kacang ini kalau ingin berbiji seperti peanut butter, asingkan sedikit kacang dan tak perlu kita kisar. Yang selebihnya kita kisar halus, yang sedikit itu kita cuma masukkan masa terakhir kisaran dan kita kisar sekali saja.

  • 10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup. Jangan jadikan terlalu hitam.  Kepedasan cili kering biasa tertakluk pada jenis cili kering. Pilih yang kerinting yang licin kilat itu amat pedas dan tidak sesuai untuk sambal tumis atau pun masakan mamak. Ia sesuai dibuat cili flake.  kisar sekali dengan kacang tanah tadi.

  • 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

  • 2-3 bawang besar. Sebenarnya masakan ini kalau guna bawang merah  (15-20 biji) memang wangi dan sedap. Tapi untuk berniaga kita tak mampu membelinya kerana mahal sangat. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.

  • Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.

  • Anda mesti rasa pelik bukan kenapa mamak haji goreng bawang, kacang, bawang putih, cili kering, kita tidak akan tumis kuah ini. Kita nak “oil free” ..hahaha, bila masa mamak ini jaga minyak dalam masakan?. sebenarnya kuah ini kalau berminyak anda rasa bosan. Mee Kuah Pulau Pinang pun kita tak tumis.

  • Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh. caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan. Sekiranya nak kuah berwarna oren mengancam, gunakan pewarna magic mamak


  • Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas untuk lepas makan passembuq, jangan lupa sembuq. Sebenarnya passembur ini “salad” mamak, maka jangan lupa taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan. Wassalam

Sunday, 16 October 2011

Cucur Tauhu






Sumber: Resepmasakan.biz
Bahan 2:
3 keping tauhu lembut
200 gram udang [buangkan kulit]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 tangkai cili merah [cincang]
2 pokok daun bawang/daun sup/ daun kucai/tauge( pilih mana satu yg suka kemudian potong pendek2)
2 cawan tepung gandum ]
1 cawan tepung naik sendiri ] ayak
air secukupnya
Garam secukupnya
bahan2 dikisar: bawang putih, bawang merah dan udang kering/ udang kepal



Cara2:
1. Tauhu lumatkan dan udang dipotong kecil2
2. campurkan semua bahan
3. Panaskan minyak dan sudukan adunan dalam kuali.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran anda

Cucur Kucai

 Sumber: Eksperimenacu cuba try test resepiku

Bahan2:

1 ikat kucai - dipotong pendek
tepung gandum
sedikit air
1 biji telur
1 sudu makan soda bikarbonate
1 labu bawang besar - dihiris nipis
sedikit garam
penyedap rasa
minyak untuk menggoreng

Cara:
Semua bahan disatukan. jadikan adunan seperti cucur biasa.  Adinan jangan terlalu pekat ataupun cair. Panaskan minyak, Sudukan adunan dan goreng dengan minyak yang penuh. Bila sudah kekuningan, angkat. Hidangkan dengan sos. Tapi kalau makan gitu pun sodaaap.

Cucur/ martabak Maggi



Sumber: Resepmasakan.biz
  

BAHAN :

  • 1 bungkus maggi kegemaran anda
  • 2 butir telur ayam
  • Bawang merah, bawang putih, cabai merah dihiris secukupnya
  •  udang basah/daging kisar/ isi ayam disiat2 dipotong kecil-kecil
  • letak tepung jagung sikit untuk melekatkan maggi

Cara memasak:1. Rebus mi maggi sekejab saja/jgn terlalu lembut dan toskan.
2. Campurkan dengan kesemua bahan, gaulkan rata
3. Kemudian masukkan tepung jagung dan perencah maggi. Gaul sekali. Bentukkan adunan.
4. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng adunan tadi sehingga kekuningan.
5. Angkat dan bolehlah dinikmati.

Cucur kentang


Sumber: Diary Ummi Hafiey

Bahan 2:



  •  tepung gandum
  • 1 labu bawang besar [dadukan]
  • 2-3 biji kentang [dadukan]
  • air / garam secukupnya
  • penyedap rasa secukupnya
  • sebiji cili merah dihiris
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. campur semuanya dan tuang air sedikit demi sedikit. saya selalu menggunakan air suam untuk ini. dan juga menambahkan sedikit minyak semasa mengaul kerana dapat meranggupkan lagi..
  2. tambah garam secukup rasa.
  3. panaskan minyak dan gorenglah
  4. bila dah garing angkat, toskan dan sedia untuk dihidang

CUCUR UDANG GERAGAU/ Udang Kepal


Sumber: Secubit Garam

CUCUR UDANG GERAGAU 

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering/basah 
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru.

Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.

Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.

Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.

Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....

Cucur Nasi ikan bilis





Cucur Nasi Ikan Bilis
Sumber : Kak Yatie

Bahan :
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis ( jika suka )
  • Daun sup / bawang/ cabai merah( di hiris halus )
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng


Cara membuatnya :
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja untuk men=jemput cucur ini....pastikan hujung  jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba..

Cucur Bawang



Sumber: Gerbang wanita Blogspot.com

Bahan 2:

Tepung Gandum
Kacang Dhal ( klu x suka x yah letak )
Bawang
Ikan Bilis
Daun bawang, daun sup/kucai
Air panas
Garam/gula dan serbuk perasa


Cara2 :
1. Rendam kacang dhal sebentar
2. Blend kacang dhal, Masukkan dalam mangkuk adunan.
3. Hiris bawang besar ni.
4. Campurkan semua bahan - tepung gandum, dhal sudah diblend, bawang besar, daun bawang, daun sup dan ikan bilis.
5. Masukkan air dan adunkan sehingga jadi batter yg boleh digoreng. Kalau nakkan cucur yg lembut (garing luar, lembut dalam) biarkan adunan cair sedikit.
6. Biar sebentar, dia akan naik sedikit (ada buih-buih). Kalau terus goreng nnt keras pula sebab tak letak baking powder/soda.
7. Panaskan minyak dan goreng.
8. Hidangkan panas dengan sos cili.

CUCUR JAGUNG

sidrak | 09.24 |
 
Sumber: tipstrikmasakan blogspot.com

Bahan2:
1 cawan isi jagung ( tumbuk setengah hancur )
1/2 cawan isi udang yg dipotong kecik
2 cawan tepung gandum
1 telur
1 sudu teh yis/sodabicarbonat/baking powder
garam/ gula/serbuk perasa
daun saderi / daun bawang/ cili merah~ dihiris

labu bawang besar ~ didadu
3/4 cawan air suam
minyak secukupnya




 cara membuat:

1. Masukkan kesemua bahan2 
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
5. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda..
6. Selamat mencuba...

Cucur Ikan Bilis




Sumber: boooemmafahreinn blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
  • 500 gram tepung gandum
  • 3 batang cili merah/kucai dihiris
  • Ikan bilis ( ditumbuk hampir lumat )
  • 2 biji bawang besar didadu ( Klu nak letak lebih pun ikut suka )
  • garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • airsuam
CARA MEMASAK :
  1. campurkan kesemua bahan kemudian bancuhkan dengan air suam2 sedikit demi sedikit
  2. Biarkan sehingga adunan sejuk. pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
  3. Panaskan minyak
  4. Gunakan sudu makan atau tangan untuk masukkan adunan kedalam minyak yang telah panas. masukkan satu persatu.
  5. Goreng hingga kekuningan (pastikan api sederhana)
  6. Tos cucur yang telah masak.
  7. Boleh dihidang dengan sos

RESIPI CUCUR UDANG



Sumber: Akusukatulisblog.blogspot.com

Bahan2:
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram udang kertas yang jenis kecil (buang kepala dan janggutnya)
2 biji bawang besar, hiris
1 genggam taugeh/kucai/carrot/kobis cuci dan tos ( letak jenis sayuran yg anda suka je)
1 putih telur
1 camca besar minyak masak
serbuk perasa secukupnya
1 camca teh cuka makan
 tepung gandum
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan air secukupnya
Minyak untuk goreng terendam
klu indonesia punya resepi tambahkan bahan kisar kedalam adunan: b.putih/b.merah, buah keras dan sedikit udang kepal
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, air dan minyak untuk menggoreng. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi satu adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Tambah garam secukup rasa, gaul rata2...rehatkan sekejap.
 2. klu nak cucur yg leper dan rangup, tuangkan aduan secara leper kat tepi kuali. adunan akan melekat kat tepi kuali biarkan sekejab lepas tu siram2 kan dengan minyak goreng yg panas tu aduan akan pelan2 akan tanggal dengan sendirinya.

3. Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan, sedia untuk dihidang

Wednesday, 7 September 2011

Resepi cucur jawa


Sumber: Mokwonik blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • sedikit garam
  • air (lbh krg 2 cawan)

Cara-cara

  1. campurkan gula pasir dan gula merah bersama  2 cawan air.masak hingga mendidih.biarkan sejuk/suam.
  2. tuangkan air gula tadi kedalam adunan tepung gandum dan tepung beras.tambahkan garam.Gaul ikut likat dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.
  3. peram adunan td semalaman.
  4. ambil sesenduk adunan dan digoreng dgn minyak yg secukupnya.