About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Tuesday, 18 October 2011

Kek Karamel







Sumber: Periuk tanah

Bahan-bahannya:

I) karamel- 3 sudu besar gula pasir halus atau gula kastor. (boleh tambah jika suka banyak) Taburkan di dalam loyang berukuran 8 inci. Hidupkan api dapur perlahan dan Letakkan loyang.

Biarkan gula cair dan bertukar perang. Goyang/ gelekkan loyang kekiri -kanan agar karamel rata di permukaan. Ketepikan dan sejukkan

Sediakan Bahan II)

Puding Karamel

1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

***Masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau dengan whisk hingga gula larut dan semua sebati. Ketepikan sebentar.

Bahan III) Kek Span:

A) 3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor

B) 140 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder

Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan B dan kacau rata.

Bahan III-meringue

6 biji putih telur (diasingkan daripada telur puding dan bahan A)
1 sudu teh cream of tartar- dapatkan daripada kedai bahan-bahan kek
70 gm gula kastor

***pastikan semua peralatan betul-betul kering. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk. Pukul dengan kelajuan tinggin hingga gebu. Masukkan gula dan cream of tartar sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, meringue tidak jatuh.

Cara menyediakan kek Karamel.

1. Sediakan oven dan loyang besar berisi air mendidih kerana kita akan memasak kek menggunakan teknik steam-bath. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius api bawah sahaja.

2.Tapiskan adunan puding karamel ke dalam loyang. Tak perlu masak dulu kerana puding dimasak sekaligus bersama kek.

3. Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan kek (B). Kaup-balikkan menggunakan senduk agar rata. Masukkan baki meringue dan gaul adunan kek perlahan-lahan hingga sebati. Bahagikan kepada warna kesukaan. K.an bahagi kepada 3 warna.1 - pink, 2. hijau dan 3-dibiarkan kosong (k.An campur sedikit esen vanilla.

4. Masukkan 1 senduk adunan kosong di bahagian tengah loyang (yang telah diisikan bancuhan puding karamel). Masukkan pula 1 senduk adunan pink ditengahnya. Kemudian masukkan 1 senduk adunan hijau di tengan adunan pink. Ulang proses hingga adunan habis. Jika loyang tidak cukup dalam, jangan isi adunan kek hingga penuh kerana kek akan naik ketika dimasak. Tinggalkan lebih kurang 1 cm ruang loyang untuk kek naik. Lihat gambar. Lorekkan permukaan kek dengan lidi ikut citarasa.

5. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan masak kek selama 1 jam menggunakan api bawah. Setelah 50 minit, K.An onkan api atas dan masak lagi 10 minit agar kek masak elok di permukaannya dan lebih harum.


Sejukkan kek dan biar kek renggang daripada tepi loyang. Sisikan tepi kek menggunkan pisau hingga keseluruhan kek tidak melekat pada loyang sebelum diterbalikkan ke dalam bekas yang sesuai..

Monday, 10 October 2011

Swiss roll pelbagai corak




SWISS ROLL BATIK
Sumber resepi;Mamafami Fotopages
Sumber ; Dapurmamasya

Bahan-bahan : (loyang 8 x 11 inci)
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung (ini sekiranya nak buat swissroll batik/coklat guna serbuk koko jika tidak tak perlu keluarkan)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko - hanya perlu jika nak buat swissroll batik,boleh ganti pewarna.
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)

- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.

**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.

- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.

***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.

- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang

- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi

- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.

- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.

- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.



Pastikan adunan dipukul gebus/kembang hingga gini...

Swissroll boleh dicorakkan mengikut kreativiti masing-masing.Ni hasil yg mama buat....

1. Swiss roll batik...



Ambil 2-3 sudu besar adunan yg telah dicampurkan serbuk koko.Paipkan melintang diatas adunan asal.



Gunakan lidi dan ditarik dari atas dan kemudian dari bawah pada jarak yg sama



Siap dibakar, guna api atas dan bawah. Biarkan sejuk sebelum dibalik.



Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan perlahan-lahan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat...jari kena lembut nak gulung kek ni.



Inilah hasil swiss roll batik yg telah siap digulung....

2. Swiss roll polkadot besar....



Ambil 3-4 sudu besar adunan. campurkan pewarna. Buat beberapa tompok besar atas adunan asal.Step seterusnya sama spt di atas.



Inilah swiss roll polkadot ...

3. Swiss roll swirl....



sama spt swiss roll polkadot, cuma utk dapatkan corak ini gunakan lidi utk tarik dari tengah bahagian dot2 berkenaan dan dibuat dlm satu hala...



Hasil swiss roll swirl yg telah siap...



Inipun swiss roll swirl warna-warni

4. Swiss roll swirl batik



Sama spt swiss roll swirl di atas cuma guna serbuk koko. Tompokkan dulu bahagian berwaran koko atas adunan asal.



corak gunakan lidi utk tarik dari tengah bahagian dot2 berkenaan dan dibuat dlm satu hala...



siap dibakar. tunggu sejuk barulah diterbalikkan .



Hasil corak swissroll swirl batik setelah siap...



Lagi swissroll swirl



Ni hasil swissroll yg dipotong utk mkn di rumah. Swiss roll yg pertama dibuat ni... kulitnya ada tertanggal sbb hanya guna api bawah, sepatutnya guna api atas dan bawah.

Persoalan dan Jawaban mengapa Kek yg kita masak tak menjadi





  • Kek mentega( butter cake) yg tak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari dalam oven => Jawaban: Kek belum masak betul.
  • Sewaktu dibakar kek tenggelam dibahagian tengah => Jawaban: suhu oven terlalu panas yg menyebabkab kek dipaksa untuk naik dgn cepat yg menyebabkan kek tenggelam di tengah.
  • Pada keliling kek terdapat kerak yg bergula=> Jawaban: Mentega dan gula tidak dipukul dgn sempurna.
  • Terdapat tompok2 putih pada permukaan kek => Jawaban: gula tidak dipukul dengan sempurna( gula tidak larut dgn sempurna) gunakan gula castor ia cepat larut.
  • Kek tenggelam atau bantat => Jawaban: suhu oven terlalu panas, kek terlalu lama dibakar, bahan kek tidak dipukul dgn sempurna( tak cukup kembang ).
  • Kek berderai bila dipotong => Jawaban: Mentega dan telur dipukul terlalu lama ataupun telur dimasukkan terlalu awal sedangkan gula dan mentega blm cukup kembang.
  • Kek melekat pada loyang pembakar => Jawaban: terlalu banyak gula ataupun jika menggunakan loyang yg baru sebaiknya sapukan loyang dgn mentega atau lapisi dgn kertas kek.
  • Kek naik dan pecah dipermukaan => Jawaban: Loyang terlalu kecil, suhu oven terlalu panas.
  • Keliling kek menjadi keras => Jawaban: Adunan dipukul terlalu lama sebenarnya setelah mentega dan gula cukup kembang kemudian masukkan tepung kaupbalikan saja sehingga sebati. ataupun suhu oven terlalu panas
  • Kek hampir hangus tp bahagian tengah tetap tidak masak => Jawaban: Suhu oven terlalu panas, kek dibakar terlalu lama, loyang terlalu kecil.
  • Kek pucat dibahagian tengah => Jawaban: Loyang terlalu besar

Tips2 dari Chef Wan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kekyg cantik.
  1. Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega/telur Jika terus digunakan dari peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.
  2. Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
  3. Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
  4. Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, kaupbalikkan saja adunkan tepung hingga ia sebati . Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
  5. Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?


Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

- Kek Terlalu Lembap dan Leper
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
- Kek Merekah di Atas
  • Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan loyang terlalu kecil.
- Kek yang Mendap di Tengahnya
  • Ukuran acuan tin tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
  • Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Soalan ini sering kali diajukan : " kenapa kek tak menjadi seperti yang ada pada gambar resepi?"

Berikut adalah kesalahan-kesalahan biasa yang menyebabkan kek tak menjadi dengan sempurna dan sebab-sebabnya: ( hasil rujukan dari pelbagai sumber dan sumber sendiri)

Kek Tidak Naik Sekata
  • Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
  • Bancuhan tepung tidak sebati
  • Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
  • Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
  • Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
Kek Menjadi Bantat
  • Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
  • Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
  • Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
  • Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
  • Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
  • Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
  • Suhu ketuhar terlalu rendah.
Kek Mendap pada Bahagian Tengah
  • Ketuhar yg digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
  • Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
  • Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
  • Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
  • Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.

Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
  • Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
  • Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul2 gebu dipukul.
  • Mentega dan gula tidak betul2 sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
Kek Terlalu Lembab dan Leper
  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Kek Terlalu Berat
  • Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
  • Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
  • Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
  • Serbuk penaik tidak sesuai dgn sukatan tepung
  • Gula yang digunakan melebihi sukatan
  • Terlalu banyak cecair
  • Suhu ketuhar terlalu rendah
Kek Merekah
  • Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
  • Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
  • Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan / loyang terlalu kecil.
  • Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
Kek Buah Mendap
  • Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
  • Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
  • Terlebih serbuk penaik
  • Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
  • Adunan tidak dipukul sebati
Kek Menjadi Keras
  • Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
  • Terlalu banyak tepung gandum.
  • Tidak cukup cecair
  • Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
  • Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
  • Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
  • Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
  • Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yg boleh dipercayai.
Kek Menjadi Kering
  • Selalunya, dengan menambah 2 - 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
Kek Menjadi seperti Roti
  • Sukatan serbuk penaik tidak tepat
  • Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
  • Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
  • Tepung tidak sesuai
  • Adunan tidak dipukul dgn sebati
Kek Menjadi seperti Bingka
  • Bancuhan tidak dipukul sebati
  • Terlampau banyak cecair
  • Tepung terlalu sedikit
  • Suhu ketuhar tidak cukup panas
Semoga kek anda menjadi.. :)

Sunday, 9 October 2011

Swiss roll Batik













Sumber : Dari dapur madiha


Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B (MaDiHa guna gred B)
4oz gula castor (MaDiHa kisar gula pasir)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco /serbuk koko

Bahan sapuan/filling (terpulang anda mahu gunakan apa2 perisa / cream yg disukai)
Blueberry filling & Kiwi filling

Loyang yang MaDiHa gunakan ialah loyang shortbread yg ada 100 petak tu.. ukurannya 12" x 12"

Caranya
1.Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dimasukkan dalam bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)

2.Adunan dah gebu akan bertukar menjadi warna putih.

3.Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata ngan sudip kayu.

4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je dlm setengah senduk setakat nak buat line) ke dalam bekas lain yg lebih kecil

kemudian bancuh dengan sedikit coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag. Potong sikit sj hujung piping bag utk buat line.

5.Tuangkan adunan yg byk tadi ke dalam loyang shortbread td yang telah dialas dengan kertas kuih (MaDiHa guna kertas minyak) kemudian ratakan permukaannya

6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang mengikut kreativiti anda sendiri.

7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah atau ikut kreativiti anda sendiri.

8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.

9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan filling/ cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2.

10.Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Nota mklang : >>very2 usefull tips...

- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll.

- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti.

- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE

- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!

- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp

- pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih

- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..

- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..

- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...

- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak

-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je... dpt 2 swissroll...loyang tu kan pelbagai guna ~ (MaDiHa guna loyang shortbread 100 petak.. dapat 1 swissroll yang besar & panjang

Serikaya

Seri Kaya

sumber : Ngah2 dari melayu.com

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang
20 minit)

• Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(maklang letak pewarna kuning skit)..ngancam kaya den..

• Kalau tidak biarkan warna asli saja.

• Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.

* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak

* bila ngah dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka
manis...

* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...

* nak wangi,boleh letak daun pandan

Kek gulung batik



KEK GULUNG/SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek

Loyang 12 x 12 inci - Dapat 2 Swissroll utk 1 adunan ini

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco [serbuk koko]
Blueberry filling secukupnya

Caranya
1.Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)

2.Adunan dah gebu akan jadi camni (sehingga warna bertukar putih)

3.Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudip kayu

4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag

5.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]

6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang

7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah

8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.

9.Apabila kek sudah masak dan sudah betul2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2

10.Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Kek Karamel

Sumber: Hana,s Family


Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air - yang nih hana tambah
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Kek Karamel pelangi


Gambar; Teratak mutiara kasih

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

* saya tambah satu sudu besar kastard di sini.

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...


* Saya masak menggunakan api bawah sahaja. Loyang tak perlu digriskan terlebih dahulu.

* Kek ini akan menjadi sedikit mendap bila terkena udara luar, tapi jangan risau. Ia still menjadi. Untuk elakkan ia mendap secara tiba-tiba, jangan dikeluarkan dari oven serta-merta. Biarkan kek berada di dalam oven, sementara pintu oven dibuka sedikit.

* Lapisan merah jambu itu berperisa strawberi.

Thursday, 22 September 2011

KEK MARBLE TRIO




Sumber: Kak ina kl

BAHAN-BAHANNYA:-
  • 300 g mentega
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan, gaul dan ayak)
  • 5 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 250 g gula halus-lain kali kena kurangkan sikit pasal rasanya manis sesangat. Tapi anak akak kata okeylah pulak.
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g gliserin-tukar ke whip cream
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh strawberry emulco- akak gunakan pewarna merah aje
  • 1 camca teh chocolate emulco-tukar ke pewarna hijau

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega hingga kembang dan putih, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Ketepikan.
  2.  Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan telur, gula dan ovallate. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan baulu. Perlahankan speed dan masukkan adunan no.1 sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga semua sebati.
  3.  Kemudian masukkan air dan gliserin dan gaul hingga semua sebati. Bahagi adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dimasukkan esen vanilla, satu lagi dengan strawberry emulco dan satu lagi dengan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4.  Dalam bekas berukuran ( 8 x 8 x 3 ) inci, (tapi dalam gambar akak guna acuan bulat berlubang tengah, acuan yang orang guna untuk buat kuih bingka). Lenser acuan dengan mentega dan alas dasar dengan kertas. Masukkan setiap adunan berselang-seli hingga habis dan buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
  5.  Hentak tin 2 – 3 kali dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 – 40 minit. Sejukkan kek 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek atas jaringan hingga betul2 sejuk.

Tuesday, 20 September 2011

Resepi kaya dan Gula/karamel hangus

Sekadar gambar hiasan

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
1 ½ cawan santan
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air

Cara
1. Masukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.

2. Kalau nak wangi, bubuh 2 helai daun pandan... disimpulkan.


3. Masukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)


4. Akhir sekali masukkan sedikit pewarna yg digemari, masak lagi lebih kurang 5 minit.



Cara penyediaannya:

Pertama sekali, kita perlulah buat gula hangus/karamel terlebih dahulu. Goreng gula di dalam periuk tanpa minyak, kemudian tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi warna keperangan. Cukup setakat golden-golden gitu, jangan lama sangat nanti pahit pula.

Kemudian, di dalam periuk yang lain, campurkan gula dan telur. Kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan daun pandan yg telah dicarik-carikkan, santan serta karamel/gula hangus tadi. Masakkan di atas api yang perlahan, sehingga sebatian menjadi pekat dan berkilat. Jangan berhenti kacau!

Setelah itu, siap! Terpulanglah anda hendak makan dengan roti sementara masih panas-panas, atau anda ingin sejukkan dahulu. Tahniah, lepas ni tentu anak/suami/adik-beradik anda kagum dengan kebolehan anda membuat kaya sendiri!




Masukkan gula pasir dalam periuk tebal


Gula hangus yang telah cair sepenuhnya


Setelah dimasukkan air atau mentega mengikut resipi


Ada banyak resipi kek , kuih-muih dan pencuci mulut yang menggunakan gula hangus atau karamel dalam bahan-bahannya. Umpamanya kek gula hangus, apam gula hangus,kek buah kukus, puding kastad karamel dan lain-lain lagi. Hidangan yang dihasilkan dari karamel ini sangat istimewa rasanya kerana rasa gulanya yang sedap dan wangi . Memang menjadi kegemaran saya terutama puding kastad karamel yang dinikmati semasa ia sudah disejukkan. Ada karamel yang perlu dicampur air dan ada pula yang digunakan pekat2.Bagaimanapun cara membuatnya adalah sama. Berikut adalah panduan menyediakan gula hangus atau karamel ini.


1. Saya lebih suka gunakan gula pasir biasa, tapi gula kastor juga boleh digunakan. Masukkan dalam periuk yang agak tebal dan bertangkai supaya mudah dipegang. Senduk pula gunakan senduk kayu yang panjang.

2. Panaskan atas api yang sederhana. Jangan gunakan api yang besar kerana gula akan cepat hangit. Bila hangit, karamel kita jadi pahit.

3. Apabila sudah nampak ia mencair, kacau perlahan-lahan sehingga semua gula itu cair.

4. Apabila ia cukup cair, ia akan mewarna perang muda dan bertukar perlahan-lahan kepada perang tua.

5. Diperingkat ini, anda boleh memasukkan air atau mentega mengikut resipi anda. Di peringkat ini juga anda boleh angkat dan tuangkan kedalam adunan kek buah yang telah tersedia

6. Apabila memasukkan air biasa atau air didih, anda hendaklah berhati-hati kerana wap dari gula itu akan naik ke atas dan boleh mencederakan anda. Apabila air telah dimasukkan, kacau perlahan-lahan hingga semuanya mencair. Angkat dari api dan sejukkan. Ia boleh digunakan mengikut resipi anda.

Selamat mencuba

Friday, 16 September 2011

Brownies cokelat



Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
50 gram serbuk almond (aku tambah sendiri)

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KRIM COKLAT
Bahan
250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Kek batik biskut marie



Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.
  •  Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.

Gambar: Hana Familys

Tips Resepi Kek Batik Lapis yang cantik dan tidak melekit-lekit ( untuk resepi yang nih yer):
  • Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik wrap supaya senang nak potong dan keluarkan dari loyang.

  • Sebelum matikan api, pastikan tekstur adunan bukan sahaja pekat tapi KASAR berbintil2 seolah menggerutu. Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi tekstur yang sebegitu. sesudah itu br boleh matikan api dan angkat.

  • Untuk lapisan pertama dan kedua susun biskut berlainan arah.. 

  • Selepas siap melapis ratakan permukaan kek dengan plastik wrap atau lebihan kertas minyak supaya licin.. Jangan tekak kuat sangat, nnti lapisan biskut akan pecah dan lari dari kedudukan asal.

  • Seelok2nyer sejukkan dalam peti ais semalaman. (biasa hana buat mlm, so keesokannya dah bleh mkn dan kek nmpk cantik sbb lg padat

  •  Potong menggunakan pisau yang tajam dan di basahkan terlebih dahulu dan lap.. untuk potongan kedua lapkan dulu pisau dengan kain@tisu basah dan ulangi proses memotong seperti tadi.




Thursday, 15 September 2011

Kek gula hangus

P4250586


Sumber: Sudip kayu
Bahan2:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam . Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam..