About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Wednesday 16 October 2013

Ikan Kembung Masak Asam Pedas

"asam pedas"
Sumber : Wana Yusuf
 Petua untuk membuat asam pedas yang sedap 
1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana  rasanya tak sedap)
4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungiLikopen ( antioksida ).
5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
8. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.
Selamat mencuba!
"asam pedas ikan kembung"
Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Bahan-bahannya
3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.
Cara membuatnya
1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato  kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.

18 comments:

  1. Salam..thanks for sharing the recipe. Saya mmg mencari resepi asam pedas yg simple. Almaklumlah duk kat negara org payah skit nak dpt bahan2 exotic yg ada kat malaysia. Hari ni saya akan cuba resepi puan. Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  2. terima kasih puan kongsi petua.. saya nak cubalah.. =)

    ReplyDelete
  3. dah cuba..semua kate sedap....thanks for sharing..semoga Allah berkati ilmu ni....=)

    ReplyDelete
  4. Jika ikan digoreng sikit ok x?

    ReplyDelete
  5. Salam semua.. sy nk kongsi skit je pasal asam pedas ni. Kesukaan sy mmg asam pedas ikan pari la.. mak sy masak fuhh terbaik ..dr ay kecik hingga 2009.. pastu mak sy meninggalkan sy sekuarga... arwah ni ade ckp klu nk sedap lagi masuk kan daun limau purut ianya akan menaik kan lagi aroma asam pedas ..comfirm bertambah nasi.. tak caya.. try asam pedas ikan pari ..fuhh terbaik toq.. ape pun aku rindukan asam pedas ikan pari arwah mak aku skang ni huhu sedey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...mmg ltk daun limau sdp...tetapi hnye sesuai tuk daging sje,.klo ikan mmg tdak sesuai :-)

      Delete
  6. Thanks sharing resepi asam pedas..simple dn sedap..yummy👍

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. terbaik.... trima ksh, semoga ilmu memasak ni pahalanya hingga ke akhirat kelak....amin😀

    ReplyDelete
  9. Sy da masak ikut resepi ni, suami sy suka n suruh masak lg.. Baru tahu yg tomato ni kene blend..

    ReplyDelete
  10. Terima ksih untuk resepi.. Macam menarik... 😊

    ReplyDelete