About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Tauhu. Show all posts
Showing posts with label Tauhu. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

Tauhu berinti

Inilah dia tauhu telur tu....sedap 



sejukkan dulu barulah dipotong..kalu tak nak potong dulu pun boleh....terus goreng....potong selepas digoreng....
Sumber: sitiannallyssa.blogspot.com

Bahan-bahan:
BAHAN A

4 keping tauhu putih
2 bungkus tauhu telor
4 biji telor (2 untuk dikisar dan 2 lagi untuk menggoreng)
minyak bijan
1 ketul dada ayam atau udang atau yang seumpamanya ikut citarasa
*semua bahan di atas dikisar tanpa air

BAHAN B
bawang goreng
daun bawang
sedikit garam
cili jika mahu
carrot jika mahu
sedikit lada putih
*dicampur dengan bahan kisar di atas

Caranya
campurkan semua bahan di atas perasakan....kena cukup masin, kalau tidak tak berapa sedap jadinya. selepas itu kukus selama 30 minit....sejukkan sebentar....potong.....dan akhir sekali sebelum menggoreng celupkan dalam telur....pastikan api besar dan minyak menggoreng betul-betul panas....jaga....kerana ia cepat masak....apabila sudah kekuningan angkat....siap.....sedia untuk dimakan......

Tuesday, 1 October 2013

Taufu pok isi ( Tauhu poket ).



 dari Blog: mayarahayu54.

Bahan:

Taufu pok
150 gr isi ayam dikisar
50 gr udang dikisar
2 butir telur ( 1 tuk adonan, 1 lg tuk bhn pencelup) 
50 gr tepung gandum
penyedap rasa
Garam secukupnya
1 sdt gula putih
1/2 sdtlada sulah
1 batang daun bawang hiris halus

Bahan yg dihaluskan
1 siung bawang merah
2 siung bawang putih

Caranya : 
1. Campur ayam dan udang yg sdh diblender dengan bumbu halus, lada sulah , gula, garam, penyedap rasa aduk rata.
2. Kmdn masukkan tepung gandum, aduk rata kembali  dan jgn terlalu diaduk ( nnt liat) aduk guna spatula asal tercampur rata saja, terakhir masukkan hirisan daun bawang aduk kembali sebentar saja. Sisihkan adonan
3. Setelah tahu dibelah buat lubang ditengah nya  lalu masukkan adonan lakukan sampai habis setelah itu kukus selama 20  - 25 menit hingga matang. Angkat sisihkan biarkan dingin.
4. Kocok telur kmdn celupkan tahu yg sdh dikukus lalu goreng dengan minyak yg sdh dipanaskan. Goreng sampai kekuningan lalu angkat sedia dihidang dgn sos kegemaran anda.

Sunday, 11 August 2013

Tauhu pok/tauhu kering sumbat

Bahan2: Tauhu kering secukupnya potong kemudian terbalikan mcm gbr diatas



Campurkan: Tepung gandum, hirisan daun sup, jejari ketam, hirisan cabai merah, sebiji telur, isi ayam dicincang, garam dan serbuk perasa. boleh juga letak bahan2 lain yg anda sukai



Kemudian isikan kedalam tauhu yg dah diterbalikkan tadi kemudian goreng hingga garing. goreng bahagian yg ada isi dulu bahagian kulit tu goreng sekejab je supaya x rentung.



sedia di makan dengan sos kegemaran anda


Gambar dan resepi: Deeamor kitchen

Friday, 19 July 2013

Tauhu sumbat Daging/ Ayam




Sumber: Memoryku

Tauhu Sumbat Daging/ Ayam

Bahan-bahan: (2 org mkn)
2 keping tauhu 
2 keping dada ayam / daging

1/2 biji cili besar
daun sup
1/4 bawang besar
garam
lada sulah

telur




cara masak:
1. Goreng tauhu, potong dua dan biarkan sejuk, bila dah sejuk keluarkan isi tauhu pelan2

2. goreng dada ayam (Jgn terlalu garing)

3. tumbuk isi tauhu bersama ayam sampai lumat. lepas tu campur cili daun sup,bawang, garam, lada sulah.

4. sumbatkan bahan2 tadi dalam kulit tauhu tadi

5. pukul telur n celupkan tauhu tadi

Sunday, 3 June 2012

Kacau Goreng Tofu & Leek
























By: Dari dapur Madiha

Bahan2:

3 silinder tofu (MaDiHaA guna tofu udang) ~ potong 6 setiap silinder & lalukan dengan air sebelum digoreng
2 batang leek ~ potong 1 inci
1 batang carrot saiz kecil ~ potong ikut suka
4 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
1/2 biji cili merah ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepong jagung ~ bancuh sikit dengan air
minyak utk menumis
garam (jika perlu)
air untuk kuah

Cara2
1. Panaskan minyak untuk menggoreng tofu.  Tofu yg dah dilalukan air (kalau MaDiHaA panggil cucur air lalu) digoreng kedua2 belah hingga kekuningan. Angkat & ketepikan.
2. Kurangkan minyak dalam kuali tadi lalu tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan lobak merah & cili merah & kacau.  Tambahkan sedikit air & biar mendidih.
3. Masukan sos tiram & kicap cair. Masukkan leek & tofu dan kacau perlahan.  Renjiskan dengan sedikit serbuk lada putih. Tambah garam jika perlu & akhir sekali masukkan air tepong jagung yang dibancuh & biarkan hingga pekat sambil dikacau perlahan.  Jika terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit air ikut kesesuaian.

Tofu telur ngan kentang


by: Dari dapur Madiha

Bahan2:

3 tiub tofu telur – dipotong pendek2, letak dlm tapis & lalukan air paip
2 biji ubi kentang – dikupas & potong wedges
½ biji cili capsicum (optional - ku punya capsicum hijau dah nak masak..hihi..)
2 pokok daun bawang - dipotong2 1 ½ inci
1 ½ cawan air
1 sudu besar rata tepong jagung – bancuh dengan sikit air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos hoisin
1 sudu kecil rata serbuk lada hitam (yg tumbuk/kisar sendiri) (kalau nak lebih hangat boleh lebihkan)
Garam (jika perlu)
Minyak masak secukupnya

Bahan didadu halus
½ biji bawang besar (kalau saiz kecik letak je sebiji)
1 ulas bawang putih

Cara menyediakan:

1.       Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng kentang & tofu.  Goreng kentang yang dipotong wedges hingga masak & kekuningan. Angkat & tos. Goreng pula tofu telur hingga garing kedua2 belah. Angkat & tos.

2.      Kurangkan minyak dalam kuali tadi & tinggalkan sikit untuk menumis.  Tumiskan bahan yang didadu hingga layu & wangi.

3.      Tambahkan sos tiram & sos hoisin. Masukkan air & serbuk lada hitam.  Bila mendidih masukkan cili capsicum.

4.      Masukkan bancuhan air tepong jagung & kacau rata sehingga agak pekat.  Tambah garam jika perlu.

5.      Akhir sekali masukkan daun bawang, kentang & tofu telur & masak hingga daun bawang nampak layu sedikit. Padamkan api & bolehlah dihidangkan.
S