About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Puding karamel

Agar-Agar Karamel

Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly (boleh beli kat pasaraya)
600 ml air
300 ml susu cair
120 g gula halus
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir (mat guna 3/4 cawan)*
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.
  2. Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.
  3. Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

Puding Buih







PUDING BUIH
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 paket agar2 serbuk  (1pkt 10gm)
1.2 liter air
6 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
4 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste/emulco ikut citarasa

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 4 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/4 sudu kecil garam

Cara membuat puding:

Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.

Bila dah mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.

 ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya). 

Bagi yg cuma ada mixer biasa or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. 

Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian jika nak buat 2 lapisan/kaler puding. Masukkan pewarna dan paste yg disukai dan kacau hingga sebati.

Basahkan acuan dgn air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit dibahagian atas.

Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dgn perlahan2 ditepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tak jerlus kedalam lapisan sebelumnya.

Bila puding dah tak panas lagi, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Cara membuah kuah:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. 

Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.

Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Sedap dimakan masa sejuk.

Puding karamel






PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg Hana

sumber : K.Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

Wednesday, 12 October 2011

Puding cendol


Sumber: Secubit garam

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

Lapisan Bawah:

  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam

Lapisan Bawah :
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  4. Bagi Lapisan Atas
  5. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  6. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  7. Kocok kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  8. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  9. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..

## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.

Monday, 10 October 2011

Rainbow marble pelangi



Sumber: Dari dapur madiha

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.

5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.

6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Note: MaDiHa menggunakan acuan 10" x 10" x 3"

Puding Roti Karamel



Sumber: Hana familys

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

Puding roti pelangi





Sumber:  Moments in Mylife

Bahan-bahan
A
3 cawan air
1 paket serbuk agar-agar
1/2 cawan gula

B
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
1/2 sk garam [sy tambah]

C
2 sudu besar butter/marjerin [cairkan]

D
pewarna merah, kuning dan hijau atau terpulang pd citarasa masing2


Cara-cara memasak puding:
Mula2...didihkan 3 cwn air bersama serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan air [1/2 cwn], kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih, pastu matikan api.


Cara-cara mencorakkan puding:
  1. Bahagi adunan kpd 3 bahagian...masukkan warna pilihan dan kacau sebati.
  2. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang...kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi...biarkan puding gerak sendiri ke tepi..dan tak payah ratakan atau kacau...pastu, ambil pula adunan berwarna kuning dan tuang di atas merah tuu.
  3. Ulang semula step 2 hingga habis!
  4. Simpan dalam peti air sekurang-kurangnya 2 jam...enak dimakan ketika sejuk.

Peringatan:
proses melapis @ me'marble'kan puding kena buat cepat2 sbb puding @ agar2 nih mudah sejuk @ membeku.
bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk

PUDING SAGU PELANGI



sumber : Stories of life

Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair/santan
3 jenis pewarna kegemaran
( saya tambah lg air dlm 1tin susu td )





Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.

2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.

3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api

5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.

6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

pastu utk setiap lapisan sebelum dilapis dgn yg lain jgn lupa cakar2 sikit ngn garpu. klu skip part nih, nati puding tak kan bercantum tau.. a

Puding bertaut kasih




sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut, Kecilkan api.

Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu.

Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!).

Setelah mendidih, tutup api.

Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa.

Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka.

Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

K.Nor buat:

Yg berwarna pink k.nor letak paste strawberi
Yg berwarna oren, letak paste pandan
Yg purple, letak paste blueberi

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.