About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Tips dan Petua Masakan. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua Masakan. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

Petua menghilangkan pelbagai jenis noda yg terkena pada pakaian



1. Petua membersihkan  Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


2. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Karat 

Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


4. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Minyak

Kesan tompokan minyak pada pakaian terutama berwarna putih memang sukar dihilangkan. Penggunaan bahan peluntur boleh memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak masih tidak hilang. Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit margerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


5. Petua menghilangkan kesan dakwat .

 Memang sukar menghilangkan kesan dakwat  pada pakaian jika anda tidak tahu cara yang betul membersikannya. Cuba mana-mana petua ini untuk menanggalkan kesan degil dakwat pada pakaian.

1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian tenyeh2  dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.

6. Petua menghilangkan tahi lalat pada pakaian 

Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian tersebut, cuba dulu petua ini.

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

7. petua menghilangkan gam kuat ( Brand gajah dll )

petua ni saya dah praktikkan sendiri dan ianya berhasil. beli tinner di kedai hardware. kemudian basahkan baju yg terkena gam tadi kemudian tenyeh2 berulang kali hingga kesan gam itu hilang. buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.

8. Petua menghilangkan kesan darah pada pakaian

* basahkan pakaian yg terkena darah kemudian letak garam halus banyak2 kemudian tenyeh hinga kesan itu hilang
* rendam dengan air coca cola
* sapukan dengan sabun mandi ketul/cair kemudian tenyeh hingga kesan darah hilang

9. Petua menghilangkan kesan peluh dikolar ataupun lengan baju

tenyeh dengan syamphoo ataupun sabun mandi ketul kemudian berus pelan2 hingga kesan hilang.

10. petua menghilangkan lunturan dibaju berwarna.

* didihkan air  di dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan pakaian yg terkena luntur.

* rendam dengan air dan cuka makan

11. petua menghilangkan kesan chewing gum pada pakaian

* letak tinner pada pakaian yg terkena chewing gum td kemudian tenyeh2 hingga kesan td hilang
* tenyeh dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2 kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang ( letak di frezeer dlm 30 menit pun blh jg )

12. petua menghilangkan getah pisang pada pakaian

* tenyeh dengan kapur makan biarkan sekejab kemudian basuh seperti biasa bersama detergen.

13. Petua menghilangkan kesan kopi/teh pada pakaian

rendam dengan air hangat dan detergen dan perahan limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder

Wednesday, 9 November 2011

Petua dari Dapur


Sebahagian petua orang2 lama untuk tatapan dan panduan buat kita semua....moga ianya dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita.

  • . Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air yg diletak dengan sedikit cuka dan masukkan dalam beg plastik. Simpan dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.

  •  Hilangkan hanyir ikan   
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis / limau kasturi selama 30 minit.

  • . Ikan atau ayam tak lekat di kuali.
*Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan / ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

*Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

  • . Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak/ sabun cream cuci pinggan pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

  • . Bawang yg dah kupas tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

  • . Memudahkan telur dikopek
Telur hendaklah  direbus dengan sedikit garam

  •  Membasuh buah2an/ sayur2an
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah atau sayur hendaklah rendam dengan air garam lalu basuh dengan air biasa.
                                                                                                                                                           
  • . Elakan getah nangka 
sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.


  • . Bersihkan pengisar

Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.



 Mencuci Kerang / Siput sedut Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.


Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama


Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.


• Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang

• Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

• Merasa Makanan di Bulan Puasa
  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis

  • Memutihkan nasi

Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

• Mengelakkan Bau Hangit Nasi
  1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.
  2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
  3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

• Nasi Lambat Basi
  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

• Telur Tahan Lama
  1. Bersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
  2. Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.


  • Kacang bendi tetap segar

Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.


• Cili Mesin Boleh Tahan Lama

Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan. Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

• Menghilangkan Lendir Pada Ubi Keladi

Caranya, kupas ubi keladi dan potonglah mengikut keperluan masakan. Sediakan bekas yang berisi air yang telah dicampurkan dengan satu sudu teh kapur (makan) sirih. Masukkan ubi keladi berkenaan dan basuhlah sehingga lendir-lendir berkurangan. Toskan dan bilas denga air bersih.

• Agar Sayuran Celur Kelihatan Segar

Caranya, campur sedikit minyak masak ke dalam air yang digunakan untuk merebus, sebelum sayur-sayuran dicelur. Setelah dicelur, toskan sayuran dari air rebusan dan hidang. Sayur-sayuran tersebut akan sentiasa nampak segar dan berkilat.

Melemakkan Masakan Pulut


Untuk menyedapkan pulut yang dimasak. Caranya, rendam pulut semalaman kemudian masak denga air kelapa.

• Menanggalkan Kerak Nasi


Caranya, rebus kulit kentang di dalam bekas yang mengandungi kerak tersebut selama beberapa minit. Setelah air panas, kerak tersebut akan tanggal dengan sendirinya.

• Harumkan Bawang Tumis


Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya .

• Mengelakkan Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang

Untuk mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang. Simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.
Bawang akan lebih mudah dan cepat disiangkan selepas dikeluarkan dari peti sejuk.
atau; pedih mata boleh juga dielakkan dengan cara mengupas bawang di dalam air.

Merangupkan Kentang Goreng
Caranya, setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1 - 2 jam hingga kentang kering. Selepas itu gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api sederhana agar betul-betul rangup. Pasti rangupnya seperti yang dibeli dari kedai makanan segera.


  •  Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.
* Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian rendam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

* Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

* Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.


  • Mengelak Ikan Masin Hancur

Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.



  • Mengelak Minyak Memercik

Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.

Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.



  • hilangkan Bau Nasi Hangit
 Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.



  • Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. Insya Allah nasi lemak cepat dimasak.





Friday, 16 September 2011

petua untuk memasak nasi lemak


1. Rendam beras yg dah dibasuh semalaman(12 jam) atau 10 menit pun cukup.

2. Didihkan dahulu santan baru letak kedalam beras kemudian masak.

3. letakkan 1camca mimyak masak/ sedikit margerin.

4. letakkan seketul halia yg diketuk/ daun pandan/ halba/ serai yg diketuk/ daun salam

Thursday, 15 September 2011

petua untuk membuat pisang goreng menjadi lebih rangup


Tips ni saya copy dari internet untuk rujukan, sesiapa yg nak cuba sila la....

1. guna tepung beras + tepung gandum sikit je + air kapur makan sikit

2. campurkan kelapa parut sikit dalam adunan tepung ( menurut pengalaman member saya peniaga pisang goreng )

3.letak sedikit backing powder dalam adunan tepung.

4. letakkan 4camca minyak panas dalam tepung baru bancuh tepung dengan air.

5. campurkan sedikit coffemate kedalam bancuhan tepung.

6. campurkan margerin/butter yg dicairkan kedalam adunan

7. Resepi dari hotel: 2cwn Tepung beras + 1cwn tepung gandum +  5 sudu santan pekat + 1/2 camca backing powder + serbuk kunyit + 1 telur + air + garam + 2 sudu margerin yg di cairkan. 
apapun bancuhan tepung jangan telalu pekat ataupun cair.

Bancuhan ini boleh untuk guna pisang goreng ataupun untuk roti celup tepung then goreng.