About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Snek dan minuman dingin. Show all posts
Showing posts with label Snek dan minuman dingin. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

kerepek dan minuman dingin dari Sengkuang cina



X pernah makan benda ni tp tengok kat blog2 masakan kat tenet ni banyak yg buat benda ni jadi kerepek ataupun jadi campuran minuman dingin. nampak menyelerakan. ada yg panggil benda ni dengan nama sengkuang cina atau ubi arrowhead. nampak sungguh meyelerakan. nnt bila2 nak cari benda ni nak cubalah sbb depa kata klu sedap. ok kat sini saya ada copypaste dari blog my colorful jurney cara membuat minuman dingin dengan menggunakan sengkuang cina. saja simpan untuk rujukan masa hadapan.



Bahan2 :
1. Sengkuang Cina.
2. Pewarna Merah.
3. Santan.
4. Air Gula.
5. Ais Ketul.
6. Buah kabung / Jagung / Kacang Merah / Nangka etc - mengikut kesukaan masing-masing.

Cara2 membuatnya :-


Potong sengkuang cina bentuk dadu.
Rendam dalam pewarna merah lebih kurang 30 minit - 45 minit atau agak2 sengkuang dah bertukar menjadi warna merah. air dalam 1 cawan je

Toskan kemudian masukkan dalam plastik bersama-sama dengan tepung ubi/jagung. Balik2kan plastik biar kesemua sengkuang tadi telah disaluti dengan tepung ubi.


Setelah semua dah sebati. Keluarkan dan tapis dengan menapis untuk asingkan tepung2 yang berlebihan. Hentak2 sedikit utk keluarkan lebihan tepung.


Dalam air panas mendidih, masukkan sengkuang yang telah ditapis dan kacau-kacau dengan sudu supaya sengkuang tidak melekat antara satu dengan yang lain. Agak2 dalam 5-8 minit atau sengkuang dah naik ke permukaan air, senduk dengan penapis dan masukkan dalam air sejuk. Biarkan sengkuang berendam dalam air sejuk (jangan taruk banyak sangat air nanti sengkuang jadi semakin kembang).

Untuk hidangan :

Masukkan kuantiti yg nak dihidang dalam mangkuk bersama dengan santan, air gula (atau kalau pakai susu cair tak perlu lagi santan dan air gula), ais ketul, nangka / jagung / laici atau mengikut kesukaan masing2.

Note: klu nak gunakan santan boleh masak santan + t.beras 50gr + secubit garam tp jgn sampai mendidih

klu nak buat kerepek ikut cara ni:

Gambar dan resepi: blog Ilahmasakanku

Cara membuat kerepek: 
beberapa biji sengkuang cina
dibersihkan kulitnya menggunakan pengupas keledek.
tinggal kan tangkainya supaya senang memegangnya semasa memarut
rendam kan sengkuang2 cina tadi dalam air garam +- 15 minit.
tos kan dan parut terus dalam kuali yg sedang panas minyaknya.
goreng sehingga kekuningan. toskan dan sedia utk dimakan.. manis rasanya mcm pisang pun ada mcm keledek pun ia...lemak2 gitu.



 Klu sengkuang cina jenis ni saya biasa makan, sengkuang ni boleh makan terus macam tu je. sedap rasa dia manis dan ranggup je. dulupun x tau makan senkuang ni encik abang lah yg bagi kenal dengan senguang cina ni terus saya menyukai rasanya.


Sunday, 11 September 2011

Telur gabus cheese

TELUR GABUS keju


Makanan ringan yg satu ni memang sedap. tidak memerlukan banyak bahan dan cara membuatnya yg mudah.
Untuk resepinya ada kat bawah ni cuba tau, memang sedap...
 

Bahan2:
- 250 gr tepung Ubi kayu/kanji
- 2 btr telur kacau sekejab dgn garfu
- 50 ml air/santan cair/ susu cair
- 100 gr cheese disagat halus ( klu x mau gunakan cheese pun x apa )
- 1/4 secubit garam/serbuk perasa
- minyak goreng

Cara membuatnya:
1.Campur tepung ubi kayu, cheese, garam/serbuk perasa aduk rata.

2. Masukkan telur & air sedikit demi sedikit sambil diuleni hingga terbentuk adonan.


3.sediakan 2 buah kuali dengan minyak banyak( minyak nak menggoreng mesti selalu sejuk )

4. gentellah adunan itu seperti bentuk cacing kedalam kuali yg berisi minyak yg banyak. agak2 dah banyak bolehlah goreng kemudian gentel lg adunan kedalam kuali yg satu lg.

ulangi proses tsb hingga adunan habis. tp ingat minyak yg dah di gunakan untuk menggoreng mesti disejukkan dahulu baru boleh digunakan untuk menggoreng semula. itulah sbbnya menggapa mesti ada 2 kuali.

Kerepek bawang


300 g tepung gandum /terigu
75 g tepung ubi kayu/kanji
1 butir telur ayam
180 ml santan ( klu x mau gunakan santan boleh gantikan dengan margerin 50gr )
50gr bawang putih dihaluskan
150gr bawang merah dihaluskan
daun sup/daun bawang ( letak ikut selera klu saya suka letak banya agar lebih wanggi ) hiris sehalus mungkin
secubit garam dan serbuk perasa
minyak goreng

Cara membuat kerepek/ KUE bawang:

1. Aduk tepung gandum/ubi kayu, bawang putih/merah garam dan daun sup/bawang hingga rata.

2. Masukkan telur, garam, serbuk perasa aduk sambil tuangi santan hingga rata. Uli sampai likat

3. Giling tipis adonan. Potong-potong sesuai selera. boleh juga menggunakan mesin membuat mee untuk lagi senang.

4. Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga kering.

5. Angkat dan tiriskan.

Kerepek gunting

Kerepek

  Kerepek ni namanya kerepek gunting klu di Indonesia ada satu jenis kerepek namanya kue bawang. bahan dan cara pembuatannya lebih kurang je. apapun saya memang meminati kerepek ni jom kita layan resepinya...


Bahan2:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
  1. Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
  2. Tuang bahan kisar kedalam tepung
  3. Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
  5. Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
  6. Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
  7. Potong nipis menggunakan pisau/gunting atau boleh juga guna mesin untuk membuat mee
  8. Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
  9. Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
  10. Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
  11. Siap untuk dimakan