About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Saturday, 6 September 2014

Ayam masak beriyani


rsz_ciken_briyani
Sumber : Dapur tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1+ kg), potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca besar kunyit serbuk*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 genggam kismis
1/2 cawn susu sejat IDEAL
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 biji tomato belah 6 (kalau kecil guna 2 biji)
5 camca besar sos tomato JALEN
2 camca besar sos cili JALEN
2 camca besar tomato puree
5 camca besar rata rempah briyani (sebarang jenama)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
5 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan tomato puree dan masak sekejap. Tambah sos cili, sos tomato dan rempah briyan. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, daun ketumbar, kismis, bawang goreng dan sedikit air (anggaran 1/4 cawan), kacau dan biar mendidih dengan api perlahan. Tuang susu cair dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api, hias dengan hirisan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa..

Thursday, 14 August 2014

ayam masak merah CMG

rsz_dsc_3330

Sumber: CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 genggam kacang gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
3 camca besar pes tomato (tomato puree)
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kacang pis untuk hiasan (tak letak)

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 inci lengkuas
1/4 cawan kismis
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato pure dan masak sekejap. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  2. Tambah ayam tadi dan gaul rata2 dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan gajus goreng, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan kacang pis. Boleh hidangkan...

Friday, 1 August 2014

Ayam Ros Pandan

P1260207
Sumber: Dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

Wednesday, 16 October 2013

Kari ayam Nasi Kandar

Sumber: Wattie's HomeMade

Resepi dari blog Mamak Haji. Terima kasih diucapkan buat Mamak kerana sudi berkongsi resepi sedap ini.



Bahan2:

1 Ekor Ayam 

2 Biji B. Besar dihiris (untuk tumis)

2 Biji Tomato 2 biji cili hijau dan cili merah  (dibelah dua)
2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.

250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.

4 sudu besar minyak masak untuk menumis

Garam secukup di rasa.



Perencah untuk ditumis.

25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.

2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)

125gm rempah kari baba’s

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih



Bahan2  untuk dikisar Halus

2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)

4 biji cili hijau.

2 biji bawang sederhana besar.

1 biji tomato

10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.




Cara Penyediaan:

Panaskan minyak  dan masukkan bawang dihiris dan campuran kayu manis,daun pandan, daun 


kari,daun pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai hangus) 

masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini digoreng hingga warna

kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini

mengeluarkan bau yang harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan

 bahan rempah.Masukan air 500ml. Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi kentang masak.

 Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam urat sebelah bawah terputus).

Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya. 

Masukan santan ,tomato ,cili hijau ,cili merah dan garam.

kecilkan api, Kacau rata supaya tak pecah minyak. Apabila gelegak kari ini kali kedua matikan api dan sedia 

untuk hidangkan.

Kari Ayam Mamak Style



Sumber: Wattie's HomeMade


BAHAN-BAHAN
  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • ubi kentang klu nak senang rebus asing siap2 cpt sikit nak masak kari ayam ni. sbb  klu ditumis bersama rempah dan ayam masa yg agak lama jg diperlukan nak tunggu ubi kentang lembut.
  • 3/4 santan atau susu cair
  • garam secukup rasa
Bahan A *dikisar
  • 10 biji bawang putih
  • 3 inci halia - diblender.
Bahan B
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji tomato
  • 2 btg serai diketuk
  • 2 helai daun pandan
Bahan  (Dijadikan pes)
  • 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya)
  • serbuk cili kering ( ikut kepedasan yg dikehendaki )
Bahan D 
  •  1tsp Serbuk lada hitam
  • 1tsp Serbuk lada sulah
  • 1tsp Serbuk ketumbar ( klu nak lg wangi  buat sendiri sangrai lepas tu kisar kering )
  • 1tsp Serbuk jintan manis ( klu nak lg wangi  buat sendiri sangrai lepas tu kisar kering )
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis Bahan A sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan Bahan B. Tumis hingga daun kari agak garing.
  3. Masukkan ayam  tumiskan sekejab untuk hilangkan bau hanyir ayam biarkan  hingga ayam bertukar warna .Pastikan dimasak dengan api perlahan.
  4. bila aroma ayam dah keluar masukan air mengikut kuantiti kuah yg disukai.Tutup periuk dan biarkan air mendidih.
  5. Bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan-C dan Bahan-D.Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.(Ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat.)
  6. Bila ayam dah 3/4 masak barulah masukkan santan/susu cair  lalu didihkan sekali lg,  lalu sesuaikan rasanya. ( sbb apa masukan santan ketika ayam 3/4 masak sbb kita akan didihkan lg sekali lepas masukan santan bila ayam terlalu lama dimasak, ayam akan kehilangan jusnya ) .




Tuesday, 25 June 2013

ayam masak kicap berempah



1 ekor ayam sedikit garam dan kunyit

Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.

Bahan kisar:-
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 inci halia
1 batang serai

Bahan tumis:-
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
1 batang serai - dititik

3 biji kentang - di hiris dan digoreng
2 biji bawang besar - potong bulat
2 sdb kicap pekat
2 sdb rempah kari daging
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan tumis hingga naik bau. masukkan bahan kisar dan masak hingga garing. masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam. jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air. Didihkan.  masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris. biar kuah masak dan pekat. masukkan garam dan gula secukup rasa.

Saturday, 22 June 2013

kari ayam



Sumber: The writer's cooking

Bahan bahannya: 
1 pelepah daun kari
2 Sudu besar serbuk kari ayam
1 batang serai *titik*
1/2 biji bawang bsr dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3biji kentang dibelah empat
sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk di tumbuk:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
5-6 batang cili kering
Caranya: 
  •  Rendam dulu ayam yg dibasuh dengan air cucian beras untuk menghilangkan bau hanyir. 
  • tumiskan bahan2 diatas sehingga harum kemudian tumiskan bahan yg ditumbuk hingga berbau harum dan pecah minyak. kemudian masukkan ayam, biarkan sekejab  gaul dengan rempah td hingga ayam jadi bertukar warna.
  • kemudian masukan kentang( klu nak senang rebus asing kentang hingga lembut) dan air kemudian renihkan hingga kentang lembut dan ayam masak.
  • last kali masukan santan pekat kemudian sesuaikan rasanya kemudian tutup api.  
  • masa untuk menumis biarkan lama sedikit hingga rempah benar2 tanak dan pecah minyak.

Thursday, 24 May 2012

Ayam masak lada hitam dengan sayur campur


Sumber: Dapur ibundo.

1/2 ekor ayam potong kecil
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang merah hiris nipis
3 ulas bawang kecil hiris nipis
1 inci halia dihiris nipis memanjang
3 sudu lada hitam serbuk kasar
kicap cair, agak-agak
kicap pekat, agak-agak
1 batang carrot di potong memanjang
3 batang kacang panjang  dipotong ikut suka
1 batang celery, dipotong kasar
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala merah
sedikit kacang peas
1/2 cube stok ayam
sedikit air

1. Ayam diperap dengan sedikit garam dan lada hitam.  Goreng 3/4 masak.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
3. Masukkan ayam dan kacang panjang dan carrot. Bubuh kicap dan lada hitam.  Kacau dan tambah air.
4. Masukkan bahan-bahan yang lain.
Siap.

Ayam masak lada hitam


Sumber: Dapur ibundo
Bahan2:
1/2 ekor ayam potong kecil , gaul dengan kunyit dan sedikit garam
1cm halia dihiris nipis dan dipotong halus memanjang
2 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
2 biji cili merah dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
sedikit air
daun bawang dan daun sadri dihiris



Goreng ayam separuh masak.  Ketepikan.
Panaskan minyak.  Tumis halia, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan ayam. Bubuh sos tiram, kicap dan sos lada hitam.  Gaul rata.
Tambah sedikit air. Gaul.  Masukkan lada hitam dan cili. Masak hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan bawang besar, daun bawang dan daun sadri.  Tutup api.

Ayam tomyam masak hijau


Sumber: Dapur ibundo

Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa diambil santannya.
2 biji bawang besar (kalau saiz bawang besar bubuh sebiji saja) *
3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
2 biji buah keras *
6 biji cili besar  hijau *
6 biji cili api *
1 helai daun kunyit *
5 helai daun limau purut *
2 batang serai dihiris *
1 sudu besar perahan lemon
3 sudu besar pes tomyam

Cara:
Blender semua bahan yang bertanda *.
Panaskan sedikit minyak.  (Bundo gunakan kuali untuk memasak). Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.  Masukkan bahan yang telah diblender.  Goreng sehingga keluar minyak.
Masukkan ayam. Masak sebentar sehingga air berkurangan.  Masukkan santan. Masukkan pes tomyam dan garam secukupnya.
Masak sehingga kuahnya pekat.
 


 Walaaa.. makan dengan nasi pun sedap.  Makan dengan nasi empet pun okay.  Cicah roti pun kaw..

Ayam ungkep



Bahan :
1 ekor ayam, potong 8

5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 ruas kunyit
1 sdm ketumbar
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh jintan manis
sedikit lengkuas
1 inci halia
3 biji buah keras
(Kisar halus kesemua bahan di atas)

segenggam kelapa parut (lebih pun tak apa)
2 batang serai yang diketuk
garam secukup rasa
air kelapa untuk merebus ayam


cara:

Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk. Leburkan kesemua bahan di atas termasuk air kelapa ke dalam periuk berisi ayam tadi. Air kelapa mestilah sama paras dengan ayam. Rebus sehingga air kering. Tutup periuk dengan penutupnya. Api jangan besar sangat, nanti air cepat kering dan ayam belum empuk lagi. Biar perlahan.

Bila ayam sudah empuk dan air kering, keluarkan ayam. Goreng ayam itu. Sekejap saja, jangan goreng sampai hagus. Apabila kesemua ayam selesai digoreng, goreng pula bumbu yang ada dalam periuk itu sehingga garing Kemudian taburkan di atas ayam goreng tadi.

Wednesday, 12 October 2011

Ayam goreng pandan

Ayam Pandan
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
21/2 sudu kecil serbuk kunyit
11/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
ketumbar*
jintan putih*
garam*
madu**
daun pandan


Cara-cara
Cuci ayam dan toskan
Tumbuk kesemua bahan hingga lumat kemudia gaulkan dgn ayam tsb kemudian perap.
balutkan daun pandan kemas2 kemudian sematkan lidi agar tidak terbuka saaat digoreng.
Goreng sampai coklat keemasan.., dan sedia dihidang

Thursday, 22 September 2011

ASAM PEDAS AYAM KERISIK

Asam Pedas Ayam Kerisik
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-7 kepingan ayam, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar (boleh kurangkan sikit)
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan bahan tumbuk halus dan masak sekejap, tambah cili kisar dan masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana, kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan daun kesom, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah), kacau dan biar mendidih. Tambah jus asam jawa, bunga kantan, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Biar mendididh 4 - 5 minit lagi hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat....hmmm berpeluh.......

AYAM GORENG REMPAH MADU...

ayam


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, kerat 4 bahagian, buang kulit*
1 biji lemon, perah jusnya*
1 camca besar garam*(*diperap 20 minit, cuci dan toskan)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
Garam secukup rasa
2-3 camca besar tepung beras

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
3 camca besar santan pekat (atau susu sejat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam direbus selama 15 minit. Tos dan sejukkan, stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti. Ayam tadi letak dalam satu bekas.
  2. Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam, lumur rata dan tambah garam secukup rasa. Perap semalam 12 jam dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tabur tepung beras pada ayam tadi., gaul rata dan goreng hingga ayam masak dan bahagian luar kuning keemasan. Angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz yang anda kehendaki, boleh hidangkan bersama nasi ayam, sambal, dan supnya....

Tuesday, 20 September 2011

Sup ayam


BAHAN2:
1 ekor ayam,
3 - 4 biji kentang
1 kiub ayam "maggi (optional)
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat 3
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 1/2 camca teh lada hitam biji
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3biji buah keras
sedikit rempah kurma

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong pada saiz sederhana, selalu untuk sup ayam dipotong kecil sedikit, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng.

Wednesday, 7 September 2011

Resepi Ayam goreng berempah

Sumber: Resepi raidah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.