About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Pergedel/ bergedil. Show all posts
Showing posts with label Pergedel/ bergedil. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

Perkedel tauhu



300 gr tahu putih perah airnya kemudian dihaluskan
1 butir telur ayam
daun sup/ bawang dihiris klu suka gantikan dgn daun kari pun ok jg.
bawang merah/putih *
2 sudu tepung gandum
lada sulah/pala serbuk
garam dan serbuk perasa secukupnya
klu nak letak inti ayam/ daging/udang pun boleh jg
carrot disagat
klu suka pedas, tambahkan hirisan cili padi/ merah

Cara membuat:
Campur kesemua bahan jadi satu kemudian Panaskan minyak, Bentuk adunan menjadi bulat agak lonjong dgn menggunakan camca . Kemudian goreng hingga kuning kecoklatan, Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Perkedel jagung


Bahan2;
400 gr jagung manis di tumbuk kasar2
1butir telur di kacau
150 gr tepung beras
4sudu tepung gandum
Seikit lada sulah serbuk
daun sup/daun bawang/ daun limau purut dihiris
boleh letak sikit daun kucai
Bawang merah/putih*
garam dan serbuk perasa secukupnya
klu suka pedas bolehlah tambah hirisan cili padi/merah

cara membuat:
campurkan kesemua bahan, bentukkan pipih kemudian bolehlah goreng hingga garing. dan sedia untuk dihidang sebagai juadah sarapah pagi maupun petang.

Perkedel tempe


Bahan
tempe
daun sup/ bawang dihiris
telur 2 butir: satu untuk dicampur dalam adunan, satu lg untuk celupan.
daging/ ayam cincang tumis dahulu klu x nak ltk pun x apa just tempe sahaja.
bawang merah/ putih*
lada sulah/pala serbuk .Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak:
kukus ataupun goreng terlebih dahulu tempe kemudian lumatkan. kemudian gaul rata dengan daging /ayam cincang yang sudah masak. Masukkan 1 butir telur, daun sup/ bawang, 1 butir telur, garam, merica, pala.
Celupkan satu persatu ke dalam adunan telur; klu nak lg sedap golekan kedalam serbuk roti baru digoreng. sedia untuk dihidang

Pergedel kentang

inforesep-perkedel-kemangi

Bahan2:

kentang goreng dan dilumatkan

boleh letak inti ayam ataupun daging ( tumis sekejab untuk memastikan inti betul2 masak)

bawang putih

1 sdm daun sup/ bawang dihiris tipis

 garam secukupnya

1/sdt merica/lada sulah serbuk

1/2 sdt pala serbuk

1 telur asingkan kuning dgn putihnya.

boleh letakkan daun limau purut/ dain kari jg klu suka

Cara membuat:
  • campurkan kesemua bahan kecuali putih telur
  • Bentuk bulat pipih (kalau mau perkedel padat, celupkan sedikit ke putih telur..)
  • Goreng perkedel sampai warna kuning keemasan dan sedia untuk dihidang.

Bergedil ubi kayu

P1240996

Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan parutan ubi kayu
2 camca besar tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak)
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, didadu
1 pokok kecil daun sup/bawang hiris halus
1 biji cili merah, dihiris
camca besar ketumbar biji/jintan manis dan jintan puith*
1/4 camca teh gula halus
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas dalam satu bekas. Gaul rata2 hingga menjadi bancuhan yang boleh dibentuk. Ambil kurang lebih 1 camca besar adunan, bulat2kan, kemudian tekan leper, letak atas pinggan yang beralas plastik. Buat hingga siap.
  2. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuih menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan. Jangan goreng banyak2, cukup 6 - 8 biji saja sekali goreng, ikut saiz kuali yang anda guna. Hidangkan bersama sos kegemaran. Sesuai untuk sarapan mau pun minum petang...

Friday, 9 September 2011

Perkedel tauhu, bolehla cuba sedap....

Bahan:
Tauhu putih
Carrot di sagat
Bawang merah/putih di tumbuk
1 batang daun bawang, hiris halus
1 sdm bawang goreng, haluskan
1 telur ayam
1/2 camca lada
garam, dan serbuk perasa
1 sdm tepung gandum
minyak goreng
Klu suka bolehlah tambah letak udang, ayam ataupun daging.

Cara membuat:
Tekan-tekan tauhu putih hingga seluruh airnya keluar.
Haluskan tahu lalu campur dengan semua bahan hingga rata.
Bentuk adonan menjadi bulatan pipih.
Goreng dalam minyak panas dan banyak hingga kuning kecokelatan.
Angkat dan tiriskan.