About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Wednesday 16 October 2013

Kari ayam Nasi Kandar

Sumber: Wattie's HomeMade

Resepi dari blog Mamak Haji. Terima kasih diucapkan buat Mamak kerana sudi berkongsi resepi sedap ini.



Bahan2:

1 Ekor Ayam 

2 Biji B. Besar dihiris (untuk tumis)

2 Biji Tomato 2 biji cili hijau dan cili merah  (dibelah dua)
2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.

250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.

4 sudu besar minyak masak untuk menumis

Garam secukup di rasa.



Perencah untuk ditumis.

25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.

2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)

125gm rempah kari baba’s

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih



Bahan2  untuk dikisar Halus

2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)

4 biji cili hijau.

2 biji bawang sederhana besar.

1 biji tomato

10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.




Cara Penyediaan:

Panaskan minyak  dan masukkan bawang dihiris dan campuran kayu manis,daun pandan, daun 


kari,daun pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai hangus) 

masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini digoreng hingga warna

kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini

mengeluarkan bau yang harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan

 bahan rempah.Masukan air 500ml. Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi kentang masak.

 Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam urat sebelah bawah terputus).

Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya. 

Masukan santan ,tomato ,cili hijau ,cili merah dan garam.

kecilkan api, Kacau rata supaya tak pecah minyak. Apabila gelegak kari ini kali kedua matikan api dan sedia 

untuk hidangkan.

No comments:

Post a Comment