About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Wednesday 14 September 2011

Kuih bulan

Nyonya Mooncake
Sumber: CMG

BAHAN KULIT :-)
300 g tepung berprotein rendah (boleh beli kat kedai baking)
220 g sirap kencana (golden syrup)
60 g minyak kacang tanah ( minyak cap helang)
1/2 camca teh alkaline water ( air abu)

BAHAN LAIN :-)
Inti kuih bulan secukupnya ( perisa pandan)
30 g kuaci (tanpa kulit) dipanggang hingga kekuningan
1 kuning telur + 3 titik kicap pekat, kacau rata



CARA MEMBUATNYA :

 UNTUK KULIT :- Satukan sirap kencana, minyak kacang tanah dan alkaline water, kacau hingga semua sebati. Ayak tepung atas papan pencanai, buat lubang di tengah2 tepung tadi dan tuang bancuhan sirap kencana. Gaul rata dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Tabur sedikit tepung, jika perlu. Tutup doh tadi dengan tuala lembap dan biar 30 minit.  

UNTUK INTI :- Gaul inti tadi bersama dengan kuaci panggang hingga rata. Kemudian bahagikan inti tadi kepada 24 bahagian sama besar (30 g setiap bahagian), bulat2 kan.
  1. UNTUK KUIH BULAN :- Doh tadi dibahagi kepada 24 bahagian sama besar (kurang lebih 25 - 30 g, setiap bahagian). Tabur sedikit tepung pada tapak tangan, ambil 1 bahagian kulit, leparkan dan letak 1 bahagian inti, kemudian balut inti tadi dengan kulit, kemaskan. Tabur sedikit tepung pada kuih bulan dan masukkan ke dalam acuan khas. Tekan perlahan acuan tadi sehingga kuih bulan padat dan menghasilkan bentuk sekata. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah diatas kertas minyak. Buat hingga siap.
  2.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 10 minit. Keluarkan kuih dan sapu permukaannya dengan bancuhan kuning telur + kicap pekat tadi. Sambung membakar selama 8 - 10 minit lagi. Bila kuih bertukar kuning keemasan, keluarkan dari oven. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Biarkan kuih 2 - 3 hari untuk mendapatkan kulit yang lembap (masa baru2 keluar dari oven, kulitnya sedikit keras).....

Bentuk acuan tradisonal kuih bulan.

Sejak zaman Dinasti Ming dan Qing, iaitu pada abad ke-14 hingga abad ke-19, semakin banyak acuan kuih digunakan di kalang rakyat China. Antaranya yang paling popular ialah acuan kuih bulan yang mengeluarkan kuih bulan pada Pesta Kuih Bulan tradisional China.
Selain itu, rakyat China juga suka membuat kuih dengan menggunakan acuah kuih pada perayaan tradisional yang penting seperti Tahun Baru China, Pesta Cap Goh Meh dan Pesta Ketupat.

Perkataan Mandarin "Xi" dan "Shou" ini, yang masing-masing bermakna kegembiraan dan panjang umur, sentiasa diacukan pada kuih tersebut.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hello sis . Nak tanya mcm mana nak buat inti dia ??

    ReplyDelete
  3. Hello sis . Nak tanya mcm mana nak buat inti dia ??

    ReplyDelete