About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Sunday, 9 October 2011

TUNA ROLL RANGUP

P1270782


Sumber: CMG

BAHAN INTI :-)
1 tin ikan tuna, toskan
1 biji bawang besar saiz sederhan, didadu kecil
2 pokok kuchai @ 3 helai daun bawang, hiris halus
1 1/2 camca besar mayonnaise
Serbuk lada sulah secukup nya
Sedikit jus lemon

BAHAN2 LAIN :-)
2 biji telur, dipukul sedikit dengan 1 camca besar susu air dan secubit garam
7 - 8 keping roti sandwich Gardenia
Serbuk roti secukupnya, mat guna kaler oren kekuningan
Sos cili + mayonnaise, kacau rata..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Satukan semua bahan2 untuk inti, kecuali jus lemon, gaul rata dan perah sedikit jus lemon dan kacau rata, rasa dan jika ok, ketepikan.
  2. UNTUK TUNA ROLL RANGUP :- Canai sedikit roti sandwich tadi hingga leper. Ambil 1 camca besar penuh inti dan ratakan pada 2/3 bahagian roti, sapu telur pada bahagian depannya (seperti dalam gambar).
  3. Gulung kemas dan ketepikan. Telur tu umpama gam dia. Buat kaedah sama pada baki bahan2 hingga siap. Kemudian celup dalam telur tadi dan golek atas serbuk roti hingga semua bahagian bersalut rata. Ketepikan dan buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, tos dan letak atas beberapa kepingan paper towel. Kemudian kerat dan hidangkan ikut gaya masing2 bersama sos cili + mayonnaise. Selamat mencuba untuk semua....

Sunday, 25 September 2011

Bebola Roti Goreng




















Sumber: Potret kasih

Bahan2:
14 keping roti  menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam/serbuk perasa secukupnya
Udang sederhana ( di potong kecil2 ) minyak utk menumis

Cara penyediaan
1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.

2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .

3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Wednesday, 21 September 2011

roti arab

arab


Sumber: Dapur kayu

Bahan A
5gm yis kering
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air suam

Bahan B
250gm tepung gandum
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu margerin/butter
100 ml susu cair/ aku guna susu segar
Minyak untuk menggoreng(deep fry)

Cara

Bancuh bahan A dalam sebuah mangkuk- ketepikan (10-15 min) biarkan yis kembang

Gaul tepung, gula,garam dan butter hingga sebati, masukkan bancuhan yis(bahan A)..gaul rata.
maskkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli...jika adunan melekit, jangan tambah tepung...biarkan sahaja. Perap selama 1 jam atau hingga adunan mengembang.

Bila adunan sudah kembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.

Canai kesemuanya anggaran setebal lebih kurang 1/4 cm. Susun di atas tray yang telah ditaburkan tepung.

Goreng dengan minyak yang banyak...ketika menggoreng simbah-simbahkan bahagian atas roti dengan minyak panas untuk mengelembungkannya...angkat roti arab bila dah kekuning-kuningan...

Sedap roti arab ni tau. Garing kat luar, lembut di dlm. Dah sejuk pun tetap garing. Nak cuba resepi?? Jom!!..
boleh dimakan dgn apa saja lauk kegemaran anda.

cakoi


Bahan-bahan:

400gm tepung gandum di ayak dgn baking soda
1 cawan air
1 sudu besar marjerin, cairkan
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula
2 sudu teh yis kering bancuh dgn sedikit air suam
½ sudu teh baking soda
1 sudu makan susu pekat manis
1 biji kuning telur
Minyak untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan kesemua bahan kecuali tepung di dalam mangkuk. Gaul sebati.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.Rehatkan doh selama 1/2 jam dan tutup dengan plastik.

3.Canai doh memanjang lebih kurang 1/2 cm tebal dan 10 cm lebar membentuk empat segi.

4.Potong doh lebih kurang 2 cm. Cantumkan 2 potongan bersama.

5.Goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan.

6.Setelah masak, bolehlah dihidang dengan sambal ikan bilis/kuah kacang atau kaya dll.

Friday, 9 September 2011

Popia goreng/ Samosa




Bahan-bahan: (utk 14 ketul kuih)
14 keping kulit popia
1 cawan sayur campur*
1 cawan isi ayam/ daging kisar*
bawang besar dipotong dadu*
kentang di potong dadu ( rebus sekejab )*
caroot/ kubis di hiris halus*
sedikit air( sebagai gam pada kulit popia )
cabai merah/ cili padi ataupun nak letak sedikit lada sulah pun boleh.

Cara-cara:
1. ayam di hiris nipis/ daging kisar
2. bawang merah/putih tumis sampai naik bau
3. Masukkan isi ayam/ daging kisar tumis sehingga masak 
4. Masukkan sayur campur, kentang, carrot/kubis, cabai, garam dan serbuk perasa.
5. kemudian Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
6. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.


Beda Popia goreng dengan Samosa ialah cara melipatnya. klu popia goreng dilipat dengan cara menggulung panjang. klu Samosa dilipat dengan bentuk segitiga

Roti gulung sardin



Bahan bahan:

1 buku roti putih
1 tin sardin
bawang besar - potong dadu
2 biji cili merah klu nak pedas letakla cabai lebih
Sedikit tepung gandum dicampur dengan sedikit air- utk gamkan roti( bancuhan ini jgn terlalu pekat atau cair)
sebiji telur ( bancuh dengan sedikit tepung gandum agar roti tidak menyerap banyak minyak saat digoreng)

CARA 2:
1. Asingkan sardin dengan kuahnya. Dalam mangkuk, hancurkan sardin menggunakan garfu. Bila dah hancur, masukkan sikit je kuah dia.

2. Proses seterusnya, ambik sekeping roti, lenyekkan guna penggelek kayu. Supaya roti tu nipis, tak la tebal sgt semasa nak memakannya nanti. Buat proses yg sama hingga habis semua roti.

3. Kemudian, ambik roti tadi, letakkan inti sardin. Pastu, gulung roti dan gamkan menggunakan bancuhan tepung tadi. Buat hingga habis proses yang sama.

4. panaskan minyak secukupnya. celupkan roti gulung tadi kedalam bancuhan telur kemudian goreng hingga kekuningan.

Klu suka untuk inti roti boleh juga letak sosis, tapi klu saya suka letak sambal ikan bilis sebagai inti.