About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label aneka sambal. Show all posts
Showing posts with label aneka sambal. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

Sambal air asam


rsz_dsc_6430

Sumber: CMG

BAHAN AIR ASAM HARUM RAMPAI :-)
3 biji cili merah*
6 biji cili padi (mat letak 10 biji)*
Sedikit belacan dibakar (mat guna 1/2 inci)*(*ditumbuk atau dikisar halus)
1 biji bawang besar hiris halus
2 biji tomato saiz sederhana, didadu
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
4 tangkai daun kesom, dihiris halus
250 gram asam jawa + 6 camca besar air, ramas dan tapis jusnya
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar "budu" (yang ni mat tambah sendiri)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK AIR ASAM HARUM RAMPAI :- Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Jika menggunakan "budu", garam harus dikurangkan sedikit kerana budu tadi sudah sediakala masin. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar....melelehhh okehh!!.

Tuesday, 28 February 2012

Sambal kicap




 Sumber: Potret kasih

Bahan2:
  • Cili padi 5-10 tangkai [mengikut kepedasan yang diinginkan]
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 sudu gula merah
  • Garam secukuprasa
  • Perasa [Ajinomoto, kalau suka]
  • Sedikit jus limau
  • tambahkan sambal dgn kacang tanah goreng tumbuk lg sedap
Cara membuat sambal kicap
  • Goreng terlebih dahulu cilipadi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cili padi nampak layu sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, so bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.
  • Tumbuk cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah,garam dan perasa, dah siap tumbuk bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
  • Sedia untuk dihidang, sambal ni sesuai untuk dijadikan teman cicah goreng2an ( tahu/tempe/pisang/ cucur sayur dll ) ataupun bihun sup dan kerang rebus.

Sunday, 19 February 2012

Sambal terasi ( sambal belacan goreng )

http://i4.photobucket.com/albums/y104/sicomot/sambalterasi.jpg
Bahan:
cabe merah
cabe rawit
bawang merah/putih
tomat
garam/gula pasir/gula merah
terasi ( Belacan ) bakar/goreng
minyak goreng

Cara membuatnya:

panaskan minyak goreng dalam kuali, goreng cabe merah, bawang merah dan tomat hingga layu, angkat taruh dalam cobek.

tambahkan terasi, garam dan gula, sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidang

Sambal khas padang ( Lado ijo )


Bahan:
  • Cabai hijau besar, buang tangkainya
  • Cabai rawit
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam/gula secukupnya
  • 1 sdm air jeruk nipis
  • 3 buah tomat hijau, hiris tipis

Cara membuat
  1. Kukus cabai hijau hingga lunak. Angkat.
  2. Tumbuk kasar-kasar cabai hijau bersama bawang merah, dan garam.
  3. Perciki air jeruk nipis, aduk rata.
  4. Panaskan minyak, tumis cabai hijau tumbuk, aduk hingga harum.
  5. Masukkan tomat hijau dan gula pasir, aduk rata. Angkat.

Saturday, 18 February 2012

Sambal getuk



 Sumber: Teratak impian
Bahan-bahan
  • ikan bilis
  • cili padi ~ belah dua
  • belacan ~ nak sedap bakar dulu
  • sedikit gula ~ jika suka
Cara-cara
  • Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
  • Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
  • Angkat dan toskan.
  • Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
    Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.
    Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..
  • Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap

Wednesday, 9 November 2011

Sambal Nenas


SAMBAL NANAS HSH
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 tangkai cili merah - buang biji dan potong kasar
  • 1/4 biji nenas madu - ambil empulur lembut sekali, potong kecil2
  • 2 inci belacan yang dibakar
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam kasar secukup rasa
  • sedikit air untuk kisar
Cara-Cara:-
  1. Masukkan semua bahan kecuali nenas ke dalam blender dan kisar kasar sekejap.
  2. Kemudian masukkan nenas yang dipotong2 tadi dan kisar lagi...jangan terlalu halus.
  3. Seimbangkan rasa, dah hidang dengan nasi Mandhi, nasi minyak or nasi tomato pun sedap.

Tuesday, 8 November 2011

Sambal Ijo masakan khas padang.

sambal cabai ijo


inforesep sambal ijo 292x300 Resep Sambal Ijo (Lado)

Nah ini dia sambal khas masakan Padang yang terkenal itu…Sambal Ijo atau sering disebut juga Lado. Mantapp pedasnya!!!

Resep Bahan Sambal Ijo :

  • cabai besar hijau
  • cabai rawit hijau
  • tomat hijau
  • bawang merah
  • Bawang putih
  • garam/gula/penyedap rasa secukupnya
  • Ikan teri/bilis jika suka ( goreng )
  • 1 sudu air limau nipis ( jika suka )

Cara Membuat Sambal Ijo :

  1. Kukus cabai hijau, cabai rawit, tomat dan bawang merah selama 5 menit. Angkat.
  2. Tumbuk kasar campurkan sekali ikan teri goreng
  3. Panaskan minyak, tumis bumbu yg dah di tumbuk hingga layu. Tambahkan garam, aduk rata ( klu x ditumispun x apa )
  4. Angkat dan sajikan.