About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Masakan Indonesia. Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

Jom Masak Rendang jering

Saya ni peminat tegar ulam2an dengan nama jering ni, klu indonesia panggil dengan nama jengkol. saja simpan resepi ni untuk simpanan dan tatapan anak 2kelak. klu masak lauk ni memang makan bertambah2 la jawabnya. makan tak ingat dunia, tak tengok kiri kanan he e e.....

Bahan:
* Jering tua
* 1 ltr santan

Bahan:

* Bawang merah
* Bawang putih
* tommato
* halia
* Lengkuas
* Buah keras
* Kunyit
* Ketumbar
* Merica 10 biji
* Cabai merah/cili padi
* Garam secukupnya.
 * Serai 3 batang diketuk
* Daun limau purut
*bunga lawang/buah pelaga
* Daun kunyit 2 lembar dihiris
* kerisik

Cara memasak:
1. Rebus jering hingga lembut, kemudian ketuk satu persatu secara pelahan agar jering lembut buangkan kulit arinya

2.giling halus kesemua bahan kecuali serai, daun limau purut, b.lawang/b.pelaga, dan daun kunyit serta kerisik kemudian tumis hingga harum.

3. kemudian masukkan jering dan bahan2 lainnya serta santan dan kerisik msk hingga tanak sedia untuk dihidang


jering ni boleh dimasak dengan berbagai cara: boleh buat jering masak lemak cili padi,  jering masak sambal ngan ikan bilis, boleh masak taucho, boleh rebus kosong cicah ngan nyok ( jenis ni terkenal kat johor).

Ni Jering masak sambal ngan ikan bilis Dari dapur Kjee, tengok gambar Kjee ni memang nampak sungguh menyelerakan.



Inilah rupa jering tua yg belum dimasak.



kat malaysia ada satu jenis ulam2an yg rasa dia serupa ngan jering. ada yg panggil dengan nama buah geduaq ataupun buah kerdas. bentuk dia macam kekacang, isi setiap satunya ada 3 atau 4 biji buah kerdas kadang lebih lg.



Sunday, 11 August 2013

Tempe goreng salut tepung


tempe mendoan
Gambar: I love my life

Bahan2:

Tempe di Hiris tipis
daun sup/ daun bawang/ daun kucai dihiris
Tepung gandum
sedikit tepung beras
bawang merah*
bawang putih*
buah keras*
kunyit hidup 2cm*
ketumbar*
lada sulah
garam dan serbuk perasa
letak hirisan cili padi jika suka
air secukupnya


Cara membuat: giling halus kesemua bahan yg bertanda* kemudian campurkan dengan t.gandum dan t. beras kemudian bancuh dengan sedikit air buat hingga agak pekat. letak garam dan serbuk perasa dan bahan2 lainnya. kemudian celup tempe yg dah dihiris tadi kemudian goreng hingga agak garing. sedia untuk dimakan macam tu je atau dijadikan lauk untuk makan nasi.




Tuesday, 16 July 2013

Soto Medan



Bahan2 Soto Ayam :
Ayam
tauge
suun yg dah dicelur
pergedil kentang
bawang goreng
telur rebus
tahu kering
daun bawang dihiris
limau nipis di hiris ( perah dalam kuah soto semasa nak makan jika suka )

Bahan Bumbu Soto Ayam :
lengkuas di ketuk*
serai diketuk*
bawang putih
bawang merah
kunyit
halia
ketumbar 
kemiri/buah keras
daun limau purut*
daun salam*
gula, garam, penyedap  rasa secukupnya
santan secukupnya





Cara Membuat Soto Ayam :
1. giling halus kesemua bahan kecuali yg  bertanda*

2. Masukkan ayam kedalam kuali bersama bumbu yg dah digiling halus tadi bersama serai, lengkuas, dan daun limau purut . kemudian letak sedikit air lepas tu renihkan ayam tadi hingga keluar jus nya sesuaikan rasanya.

3. bila ayam dah masak, goreng ayam tadi sekejab hingga agak garing kemudian siat2 halus

4. didihkan santan bersama jus ayam tadi sesuaikan rasanya.

5. soto dah sedia untuk dihidang bersama pergedil, suun, tauge, telur rebus dll blh dimakan dengan nasi putih sekali. 

Thursday, 11 July 2013

Masakan Indonesia Urap


 Urap ni masakan Indonesia, klu dimalaysia ada juga masakan jenis ni dipanggil kerabu. yg membedakan urap dengan kerabu ialah penggunaan kencur/cekoq di dalam bumbunya. kerabu yg biasa terkenal dimalaysia  macam kerabu pucuk paku, kerabu tauge, dll. tp urap dia menggunakan 3 atau 4 jenis sayuran atau lebih yg dicampur sekali dalam penyediaannya.

 Bahan sayur2an untuk urap :
  • kacang panjang potong dalam 3cm
  • kobis di hiris
  • tauge
  • kangkung
  • daun pucuk ubi
  • celur kesemua sayur diatas secara berasingan , agak2 rangup je x mau lembik sangat.
Resep Bumbu Urap  :
  • cabai merah
  • cabai kecil
  • bawang merah
  • bawang putih
  • kencur/cekur secukupnya
  • 3 lembar daun jeruk purut dihiris
  • sedikit belacan dan asam jawa secukupnya
  • garam dan gula merah secukupnya
  • kelapa muda diparut
Cara Membuat bumbu Urap 
  1. giling halus kesemua bahan di atas kecuali asam jawa.
  2. cairkan asam jawa dengan air kemudian campur dengan bumbu yg dah halus tadi
  3. last kali masukan kelapa + bumbu yg dah halus tadi + air asam jawa + garam dan gula merah secukupnya + daun limau purut.
  4. kemudian masaklah kesemua bahan diatas diatas kuali dengan api yg perlahan hingga tanak. kemudian sejukkan lepas tu bolehlah gaulkan dengan sayur2an yg kita celur td.

Saturday, 26 May 2012

Bakso resepi


BAHAN:
  • 500  gr daging lembu kisar
  • 150  ml air ice
  • 2 butir telur putihnya saja(dari dalam peti ice)
  • 2      sdt garam
  • 1      sdt gula
  • 1      sdt merica( lada putih )
  • 4      siung bawang putih
  • 100   gr tapioka (sagu)
  • serbuk perasa
CARA BUAT:
  • Masukan bawang putih,garam,gula,merica dan air ice dalam blender, haluskan.
  • Kemudian masukan daging sapi giling, haluskan.
  • Tuang kedalam baskom tambahkan tapioka, aduk rata. kemudian simpan sat dalam peti ice dalam 1-2 jam.
  • Panaskan air dalam periuk sampai mendidih,cetak adonan dgn menggunakan tangan atau senduk/camca, bentuk bulat2 masukan kedalam air rebusan sampai bakso mengapung.
  • Siapkan baskom berisi air es,angkat bakso dan rendam dalam air dingin,tiriskan.
  • nak letak backing powder sikit pun boleh 
  • Siap dihidangkan....
  •  tips nak celur bakso agar tidak lembik didihkan air dalam periuk kemudian tutup api, kemudian bulat2kan sampai semua adunan habis kemudian didihkan lagi hingga semua bakso terapung. kemudian rendam bakso yg dah siap celur tadi dalam air ice baru simpan.
  • Cara Membuat Bakso Sapi:
     

Monday, 7 November 2011

Lontong goreng



bahan2:

Nasi impit
udang kering/ikan bilis*
cili kering
bawang besar/merah
bawang putih
udang basah/isi ayam/ daging kisar/kerang
kobis/sawi/tauge
kicap manis/sos tiram/sos ikan
Telur 2-4 biji
Daun sup/bawang dan bawang goreng.
garam
nak letak belacan sikitpun boleh

cara

tumis bwg merah dan bwg putih yang dah di tumbuk halus

masukan cabai kering/udang kering dan masak hingga terbit minyak

masukan udang basah yang sudah di buang kulit/ isi ayam
kacau hingga masak

masukan sawi/ kobis/tauge

masukan nasi impit yang sudah di potong2

masukan kicap manis/garam sesuaikan rasanya

gaul bersama jgn kacau lama sgt nnt nasi impit jadi lembik,angkat

dan sedia untuk di hidangkan

Thursday, 20 October 2011

Tempe bacem

tempebacem-resepmasakantempe

Resep masakan tempe bacem

adapun cara membuat tempe bacem adalah sebagai berikut:

Bahan:
500 g tempe/tauhu, potong-potong
750 ml air kelapa
700 g gula merah
3 sdm kecap manis
1 cm lengkuas/jahe/serai memarkan
2 lembar daun salam
minyak goreng & sedikit asam jawa

Bumbu, haluskan:
6 butir bawang merah

3 siung bawang putih

1 sdt ketumbar di sangrai

3butir kemiri/buah keras

1 sdt garam

Cara membuat:
Taruh potongan tempe dalam panci. Tuangi air kelapa, bumbu halus, dan bumbu lainnya.
Masak hingga air habis. Angkat.
Goreng tempe dalam minyak panas di atas api sedang hingga kecokelatan.
Angkat dan tiriskan.

Wednesday, 21 September 2011

Lontong Sayur



    Lontong sayur ni bukan sekadar boleh dijadikan juadah semasa Hari raya je, tapi untuk dijadikan sebagai makanan harian jg mesti hari hari mau he e.

Alahai Nasip badan, terasing jauh dari kampung halaman. masakan ini adalah kegemaran saya. tengok gambaq pun dan meleleh air liur. nak membuatnya sorang2 apakan daya...jomm layan resepinya.

Bahan-bahan:
Untuk sayur/lodeh boleh letak: Labu jipang/labu siam, kacang panjang/kacang buncis, carrot, kentang, nangka muda, suhun, tauhu kering/sayur fucuk dll.



 Untuk isi dalam kuah boleh letak: Ayam, udang, tauhu/tempe, daging dll

Bahan dikisar:
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai diketuk
1 tomatto
1` lengkuas
1` kunyit hidup
1` halia/jahe
ketumbar/biji rempah, jintan manis/putih

Bahan lain:
Santan pekat (sebiji kelapa), daun salam, garam/gula dan penyedap rasa.

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan didihkan kemudian bolehlah masukan semua bahan2 sayur dan bahan isi kemudian sesuaikan rasanya. masak hingga kesemua bahan tsb empuk.

Lontong sayur ni boleh dimakan dengan letakkan sambal ikan bilis/kacang tanah/tempe/tahu dll.
boleh juga dimakan dengan tauchu empedal/hati ayam dll.

Sesiapa yg berminat bolehlah mencuba...

Tuesday, 13 September 2011

Sekali sekala masak lauk Sambal tempe jadi pembuka selera.



Bahan:
Tempe
Ikan bilis
Kacang tanah
Kentang
Kesemua bahan di atas di goreng hingaa garing ( untuk tempe, tauhu, kentang di hiris nipis2 sebelum digoreng )



Untuk sambal kering bahan2nya:
Cabai merah/ Cili padi buang bijinya, iris serong tipis, goreng kering
Bawang merah di goreng
Bawang putih di goreng
1 cm lengkuas
2 lembar daun salam klu ada
Secubit gula melaka
Sebubit garam
Perahan limau nipis/ asam jawa

Cara membuat:
Tumiskan lengkuas kemudian masukkan cabai, bawang dan campurkan kesemua bahan yg dah di goreng tadi
kemudian letakkan garam, gula serbuk perasa  perahan air limau nipis/ air asam jawa. keringkan dan sedia untuk di hidang
klu nak buat sambal yg basah bahan2 diatas digiling halus lalu di tumis baru campurkan dengan bahan2 yg dah digoreng.