Sumber: Kek lapis.com
Bahan-bahan ( kalau buat kecil2 dapat 400 biji )
Bahan A
1 kilo tepung beras (cap gajah)
50 gm @ segenggam tepung gandum
Bahan B
800 gm gula merah
Air
Langkah Pertama (Bahan B)
Caranya masak air masukkan gula merah dalam periuk dan
letakkan air sama paras dgn gula tadi.masak hingga mendidih dan agak
pekat sedikit. Angkat dan tapis air gula tadi.
Langkah Kedua (Bahan A + B)
campurkan tepung beras dan tepung gandum dlm satu bekas.curahkan air
gula yg masih panas sambil di kacau dgn sudip.Jgn curah sekali
gus,curah sedikit2 sambil dikacau hingga rata.
adunan tadi perlu diperap semalaman
Langkah Ketiga
4 @ 5 jam check adunan..adunan akan keras sedikit,cuma tambahkan 1/2 @
1 cwn air panas dan uli hingga lembut. perap semula.
Langkah Keempat - cara menggoreng
ambil adunan sebesar guli dan letakkan atas sekeping
plastik,leperkan sedikit.guna lidi atau chopstik utk bulatkan di bhgn
tengahnya. angkat dan goreng dgn api perlahan. (minyak dipanaskan terlebih dahulu, kemudian api diperlahan)
semasa menggoreng kuih ini akan kembang sedikit dan timbul di
permukaaan minyak.setelah masak angkat dan toskan minyak. Minyak mestilah btl2 panas klu tak kuih tak kan timbul.
Bahan A & Bahan B yang telah disiapkan terlebih dahulu.
Masukkan Air Gula Merah Panas Yang Telah DiTapis Ke dalam Bekas yang berisi Tepung Beras & Gandum
Setelah dicampurkan dengan air gula merah yang panas, gaul hingga rata seperti gambar di bawah
inilah rupanya. Kemudian diperap semalaman ye.
ditutup dengan tudung periuk dan dibiarkan semalaman (12 jam)
Inilah rupanya doh peneram. Jika terlalu keras, masak air panas dan tambah sedikit demi sedikit dan uli sehingga lembut ya.
No comments:
Post a Comment