
250 gm tepung gandum
2 biji telur
300ml susu segar
Sedikit margerin
60 gm gula/garam
boleh letak jg 1 camca backing powder
CARA MENYEDIAKANNYA:
1) Ayak tepung supaya tidak berketul-ketul. Proses mengayak tepung ini penting utk mendapatkan adunan lempeng yg halus, Ketepikan tepung yg sudah diayak tadi.
2) Masukkan telur bersama 1/2 bhgn susu. Pukul adunan tadi sehingga kembang.
3) Masukkan gula (garam) dan pukul lagi. Selepas gula (garam) larut, tuangkan tepung yg sudah diayak sedikit demi sedikit. Kacau perlahan supaya adunan menjadi sekata dan sebati.
4) Campur baki susu segar ke dalam adunan dan kacau perlahan2. Setelah semua bahan di masukkan, biarkan adunan sebentar.
5) Ambil kuali leper (non-stick) panaskan. Sapukan permukaan kuali dengan marjerin.
6) Tuangkan 1 senduk adunan ke dalamnya. Ratakan dan balik-balikkan sehinggan lempeng menjadi kekuningan. Ulangi sehingga adunan lempeng habis.
7) Boleh dihidangkan dengan Jem kegemaran anda, dengan Kari ayam/daging
adunan ini boleh jg untuk membuat lempeng kelapa/pisang, tuna/sardin, jagung,dsb cuma tambahkan bahan tsb kedalam adunan.
No comments:
Post a Comment