Lontong sayur ni bukan sekadar boleh dijadikan juadah semasa Hari raya je, tapi untuk dijadikan sebagai makanan harian jg mesti hari hari mau he e.
Alahai Nasip badan, terasing jauh dari kampung halaman. masakan ini adalah kegemaran saya. tengok gambaq pun dan meleleh air liur. nak membuatnya sorang2 apakan daya...jomm layan resepinya.
Untuk sayur/lodeh boleh letak: Labu jipang/labu siam, kacang panjang/kacang buncis, carrot, kentang, nangka muda, suhun, tauhu kering/sayur fucuk dll.
Untuk isi dalam kuah boleh letak: Ayam, udang, tauhu/tempe, daging dll

5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai diketuk
1 tomatto
1` lengkuas
1` kunyit hidup
1` halia/jahe
ketumbar/biji rempah, jintan manis/putih
Bahan lain:
Santan pekat (sebiji kelapa), daun salam, garam/gula dan penyedap rasa.
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan didihkan kemudian bolehlah masukan semua bahan2 sayur dan bahan isi kemudian sesuaikan rasanya. masak hingga kesemua bahan tsb empuk.
Lontong sayur ni boleh dimakan dengan letakkan sambal ikan bilis/kacang tanah/tempe/tahu dll.
boleh juga dimakan dengan tauchu empedal/hati ayam dll.
Sesiapa yg berminat bolehlah mencuba...
No comments:
Post a Comment