SWISS ROLL BATIK
Sumber resepi;Mamafami Fotopages
Sumber ; Dapurmamasya
Bahan-bahan : (loyang 8 x 11 inci)
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung (ini sekiranya nak buat swissroll batik/coklat guna serbuk koko jika tidak tak perlu keluarkan)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko - hanya perlu jika nak buat swissroll batik,boleh ganti pewarna.
butter icing secukupnya
Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.
Pastikan adunan dipukul gebus/kembang hingga gini...
Swissroll boleh dicorakkan mengikut kreativiti masing-masing.Ni hasil yg mama buat....
1. Swiss roll batik...
Ambil 2-3 sudu besar adunan yg telah dicampurkan serbuk koko.Paipkan melintang diatas adunan asal.
Gunakan lidi dan ditarik dari atas dan kemudian dari bawah pada jarak yg sama
Siap dibakar, guna api atas dan bawah. Biarkan sejuk sebelum dibalik.
Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan perlahan-lahan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat...jari kena lembut nak gulung kek ni.
Inilah hasil swiss roll batik yg telah siap digulung....
2. Swiss roll polkadot besar....
Ambil 3-4 sudu besar adunan. campurkan pewarna. Buat beberapa tompok besar atas adunan asal.Step seterusnya sama spt di atas.
Inilah swiss roll polkadot ...
3. Swiss roll swirl....
sama spt swiss roll polkadot, cuma utk dapatkan corak ini gunakan lidi utk tarik dari tengah bahagian dot2 berkenaan dan dibuat dlm satu hala...
Hasil swiss roll swirl yg telah siap...
Inipun swiss roll swirl warna-warni
4. Swiss roll swirl batik
Sama spt swiss roll swirl di atas cuma guna serbuk koko. Tompokkan dulu bahagian berwaran koko atas adunan asal.
corak gunakan lidi utk tarik dari tengah bahagian dot2 berkenaan dan dibuat dlm satu hala...
siap dibakar. tunggu sejuk barulah diterbalikkan .
Hasil corak swissroll swirl batik setelah siap...
Lagi swissroll swirl
Ni hasil swissroll yg dipotong utk mkn di rumah. Swiss roll yg pertama dibuat ni... kulitnya ada tertanggal sbb hanya guna api bawah, sepatutnya guna api atas dan bawah.
salam, miss macam mana ya,, nak overcome kulit swiss roll tertanggal even guna oven api bawah sahaja..?
ReplyDelete