About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Wednesday 16 October 2013

Pes Halia dan Bawang putih yg serba guna

 Sumber: Sajian dapur bonda

Bahan-bahan yang digunakan:
Halia dibuang kulit.  Cincang kasar jadikan 1 cawan.
Bawang putih Cincang kasar jadikan 1 cawan
1/4 sudu kecil serbuk kunyit ( kalau x pakai pun x apa).
3/4 sudu minyak masak dan sedikit garam agar pes tidak basi 

Cara-caranya:
Kisar halia hingga lumat dengan minyak dan serbuk kunyit.
Selepas itu masukkan bawang putih dan kisar sehingga lumat dan halus.
Masukkan dalam botol saiz jem dan simpan di dalam peti sejuk.  Ia boleh digunakan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekiranya digunakan dengan cara yang baik.

Nota:
Semasa kisaran atau menggunakan pes tersedia ini, jangan menggunakan tangan.  Gunakan sudu yang bersih. 

No comments:

Post a Comment