About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Thursday, 3 November 2011

Donut inti custard


Resepi : Kak CT Delima
Sumber: Duniaku

Bahan :
  • 280 ml air
  • 300 g tepung roti ( high protein flour )
  • 200 g tepung gandum ( plain flour )
  • 10 g garam halus - secubit
  • 60 g gula
  • 20 g susu tepung
  • 1/2 camca besar baking powder
  • 3 1/2 camca teh instant yeast
  • 2 biji kuning telur
  • 50 g lemak sayur @ shortening
Bahan Kastard :
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar
  • 15 g butter
  • 2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat inti kastard :
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whish dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.

Cara membuat donut :
  1. Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
  2. Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
  3. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
  4. Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
  5. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Boleh lihat cara2nya DISINI.
  6. Selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment