Sumber: Izah Muffin lover
Bahan:
250g tepung roti *ijah guna tepung gandum je
6g instant yeast
50g gula
2 biji kuning telur
100 ml air
50g magerine / butter
1 sudu kecil garam
cara:
Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
*Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
* goreng gunakan api paling kecil.
saya belajar dari chef rosli cara nak buat inti kacang merah sendiri, lebih terjamin dan jimat. Saya sharekan di sini moga2 boleh di manafaatkan oleh orang lain
ReplyDelete500gm kacang merah/kacang hitam, 500gm gula (blh kurangkan), 1/2cwn minyak masak, sedikit garam dan daun pandan.
Cara2nya: rendam kacang, rebus smpi kembang (nak tau dah lembut picit2 kacang). Lps tu air lebihan rebusan dan kacang di kisar halus. Masak kacang dikisar tadi, letak daun pandan dan garam. Masak hingga kering (agak2 la) . last sekali masukkan gula dan minyak. Masak hingga pekat. Siap.. blh nak guna untuk buat inti..
jemput ke blog saya..http://odzyenterprise.blogspot.com/search/label/Lain-lain