Sumber: CMG
BAHAN AIR ASAM HARUM RAMPAI :-)
3 biji cili merah*
6 biji cili padi (mat letak 10 biji)*
Sedikit belacan dibakar (mat guna 1/2 inci)*(*ditumbuk atau dikisar halus)
1 biji bawang besar hiris halus
2 biji tomato saiz sederhana, didadu
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
4 tangkai daun kesom, dihiris halus
250 gram asam jawa + 6 camca besar air, ramas dan tapis jusnya
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar "budu" (yang ni mat tambah sendiri)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK AIR ASAM HARUM RAMPAI :- Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Jika menggunakan "budu", garam harus dikurangkan sedikit kerana budu tadi sudah sediakala masin. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar....melelehhh okehh!!.
No comments:
Post a Comment