4 biji telur
8 biji bawang kecil - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 tangkai daun kari - dikisar
3 sudu makan serbuk kari
sedikit bahan penumis - (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
1 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah - belah 2
santan secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
Cara :
1.
Tumis bahan kisar, bahan penumis dan serbuk kari hingga pecah minyak
dengan api perlahan ( sentiasa kacau supaya tak hangit ).
2. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Bila kuah mula mendidih, masukkan tomato, cili, garam dan kiub ayam dan biarkan seketika.
4. Pecahkan telur satu persatu ke dalam mangkuk kecil, dan tuangkan perlahan2 ke dalam kuah yang mendidih tadi.
5. Kacau perlahan2 dan biarkan seketika dalam 2 minit dan boleh tutup api.
6. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment