About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Friday, 21 October 2011

Apple Puff


RESEPI APPLE PUFF
Source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *3 biji epel - buang kulit dan potong dadu kecil
  • *2 sudu makan gula perang
  • *1/2 sk serbuk cinnamon
  • Pastry puff secukupnya
  • Kuning telur - utk sapuan dan gam
Cara-cara
  • Panaskan kuali. Satukan bahan inti * dan masak sebentar di atas api kecil hingga epel masak. Ketepikan.
  • Sementara itu, panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  • Ambil pastry, potong ikut suka sama size @ terap menggunakan cutter utk hasil yang lebih cantik.
  • Ambil sekeping pastry kelar bentuk bunga. Isikan inti sekeping pastry yg lain kemudian sapukan telur keliling. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Boleh gunakan garfu.
  • Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - kebiasaan hana bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket sbb oven dah panas takot hangus.
  • Sejukkan di atas redai.
THE MAKING APPLE and PINEAPPLE PUFF
potong ikut suka.. hana gunakan cutter bentuk bunga.. isikan inti epel di tengah2
yang nih inti nenas.. sapukan telur di keliling puff.. kemudian telangkupkan dengan puff yg lagi satu yang telah di kelar bentuk bunga or kelar ikut suka! haha.. tekan keliling agar melekat dengan pastry bahagian bawah. gunakan belakang sudu.

boleh juga tekan menggunakan garfu. kemudian susun ke dalam loyang dan sapukan kuning telur dan bakar.


TIPS PUFF YG FLUFFY dan RANGUP
  • Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  • Pastikan kepingan puff berada dalam suhu bilik sebelum digunakan.
  • Semasa membakar seeloknya guna suhu tinggi. kebiasaan hana buat suhu 200darjah celcius dan bakar selama 20-23min (bergantung oven masing2). Tujuannya supaya setiap lapisan nampak terbuka dan rangup.atau jika takut hangus boleh juga guna cara kedua bakar 10min yang pertama (suhu 190-200), kemudian turunkan suhu 180 (jgn buka pintu oven) dan masak hingga keperangan@keemasan.
  • Jika oven ade kipas, ONkan kipas - hana punya oven otomatik `berkipas` bila oven sudah terlalu panas.
  • Pada peringkat pembakaran kedua, turunkan suhu lagi atau kurangkan masa pembakaran dari yang pertama sbb oven dah panas. Ini utk mengelakkan puff anda hangus.
  • Selepas masak biarkan sebentar dalam oven dalam 1-2min baru keluarkan. Sejukkan terus atas redai supaya udara panas keluar dengan sekata dan puff menten rangup dan kering. kalau tidak bahagian bawah puff akan kelihatan lembab.
  • Dah sejuk bleh terus simpan dalam bekas tertutup supaya menten rangup.

No comments:

Post a Comment