BAHAN-BAHANNYA :-)
3 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pelepah daun kari, dilurut
2 keping hirisan nipis halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos cili
Garam jika perlu (mat tak letak)
Sedikit air
1 paket puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
1 biji telur, untuk disapu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masuk rempah kari, sos cili dan juga air, kacau rata dan tumis hingga rempah garing. Gunakan api kecil.
- Masukkan sosej yang didadu tadi. Kacau rata, tuang sedikit lagi air dan biar kering, jika perlu tambah garam. Sejukkan.
- Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 bahagian, 1 bahagian dikelar2, satu lagi letakkan 3/4 camca besar inti, ceduk isi sahaja, minyak diketrpikan. Ratakan dan tutup dengan bahagian berkelar, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu.
- Alih dalam dulang pembakar, sapu dengan telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, jika oven anda ada fungsi kipas, on kan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...
No comments:
Post a Comment