Sumber: Periuk tanah
Bahan-bahan:
Doh A:
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin
1 sudu teh garam
1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais
Doh B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin
Cara membuatnya:
1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk. Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.
2. Bahagikan kepada 4/6/ 8 bahagian. K.An buat waktu malam dan dah mengantuk, jadi K.An bahagikan 4 je... (jumlah pembahagian ini menentukan saiz karipap tau... K.An punya karipap saiz harga 50 sen.
3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan. Uli hingga jadi doh licin. Bahagika juga seperti Doh A (4/6/8 bahagian)
4. Rujuk gambar. Canai doh A dan isikan dengan bebola doh B. Bulatkan. Buat hingga habis.
5. Canai satu bebola doh yang telah diisi doh B anggaran 1 1/2 sm tebal. Gulung kemas. Canai sekali lagi. (doh akan jadi panjang)
6. Gulung sekali lagi. ke arah bujur agar gulungan jadi pendek. Potong guna pisau seeloknya yang bermata gergaji setebal 1 sm.

7. Canaikan dan terbalikkan. ( supaya corak yang terbentuk seperti diingini) Isikan inti secukupnya. (boleh semak resepi inti di post karipap keledek ye)
8. Kelim karipap seperti biasa. Doh sebanyak ni menghasilkan lebih kurang 30-35 ketul karipap.
*** Jika ingin simpan beku karipap, alas bekas dengan plastik dan setiap lapisan karipap. Goreng dengan minyak yang telah dipanaskan ketika karipap masih beku. Perlahankan api atau gunakan api sederhana agar karipap cantik ketika digoreng.

resepi ni sebab lapisan tidak berderai ketika digoreng dan kekal rangup selepas 8 jam..
Klu nak dibekukan bakar dulu dlm oven selama 5-10 menit untuk mematikan tepung barulah dibekukan. karipap tidak akan melekat masa nak digoreng balik sebab dah dibakr terlebih dahulu

No comments:
Post a Comment