About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Monday, 10 October 2011

Karipap Sardin


 Sumber: Periuk tanah

Bahan-bahan inti: (menghasilkan 30-40 biji karipap)

1 tin besar sardin King Cup/ Ayam Brand-asingkan sos tomatonya dengan ikan
2 labu bawang besar dihiris halus
3 ulas bawang putih dicincang
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato dalam tin sardin
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang putih dan tumis 1/2 minit. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sos dari dalam sardin dan ikan sardin. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan pastri:

500 gm tepung gandum
80 gm margerin
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air sejuk yang dicampur sedikit garam

Cara-membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk. Buatkan lubang ditengahnya menggunakan senduk.

2. Masukkan margerin dan minyak masak ke dalam periuk/ kuali. Cairkan di atas api. Bila sudah cair, terus tuang ke dalam tepung dan gaul ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Tambahkan sedikit demi sedikit air sambil diuli hingga menjadi doh. Tambahkan air jika doh masih liat kerana kadangkala tepung berlainan jenis mempunyai kekenyalan berbeza.

4. Apabila siap diuli, canaikan doh dan terapkan mengikut saiz kesukaan. Masukkan inti sardin ke dalam mangkuk dan hancurkan ikan bersama kuahnya menggunakan garpu.

5. Masukkan inti secukupnya ke dalam pastri dan klimkan. Proses ini perlu dilakukan berhati-hati kerana jika inti terkeluar, karipap akan pecah ketika digoreng.

6. Buat proses sama hingga habis doh dan inti. Masukkan ke dalam bahagian beku peti ais dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam. Keluarkan dan goreng karipap dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.

7. Goreng hingga keperangan dan sedia dihidang.
**** karipap yang dibekukan boleh tahan hingga sebulan jika intinya dimasak dengan betul dan tidak terlalu lembab

No comments:

Post a Comment