Sumber: Farra Diaries
Masakan ni memang favorite my husband. masakan ni simple je cuma klu masak daging kunyit ni hari2 pun dia x kisah. jom kita layan resepinya...
Bahan2;
- Daging hiris kemudian gaul dgn serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa
- Bawang besar/putih dihiris
- Cili padi/ cabai merah dihiris
- asam keping ( x letakpun x apa )
- kacang panjang/kacang buncis/bendi
klu nak daging tu liat semasa dimakan caranya tumiskan dulu bahan2 yg di hiris bila dah layu baru masukan daging, kemudian biarkan hingga air dari daging tersebut kering. masa ni bolehlah letak gula sikit lalu biar hingga daging garing kemudian bolehlah angkat. klu cik abg saya suka yg liat klu saya suka yg lembut sbb x larat nak kunyah.
Tapi klu nak daging tu lembut caranya masak daging tanpa minyak hingga kering airnya, tutup kuali agar ia lembut dan cepat masak.
Bila dah kering airnya bolehlah masukkan sedikit minyak dan bahan2 yg di hiris tadi serta asam keping.
Bila daging dah agak garing bolehlah campurkan sayur yg kita suka, masak sekejab aja lg. tp jgn lama sangat nanti sayur tu jd lembik kita nak sayur tu rangup je bila makan. tp klu tak nak letak sayur pun x apa ikut selera masing2...
No comments:
Post a Comment