About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Friday, 24 February 2012

Ikan masak Kicap


IKAN MASAK KICAP PEDAS
resepi : Pak Engku
sumber : Azlita Aziz

bahan-bahan :
  • 4 keping ikan merah
  • 10 ulas bawang merah - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 2 inc halia - kisar
  • 15 tangkai cili merah/cili padi
  • 2 biji tomato belah 4
  • 2 tangkai daun sup/pandan
  • 5 camca besar kicap manis
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • *1 camca kecil biji ketumbar/jintan 2jenis
  • 4 sekawan
  • 200 ml air asam jawa
  • sedikit serbuk kari ikan
Cara-cara :
  1. Gaulkan ikan dgn serbuk kunyit dan garam. goreng sehingga masak. Ketepikan
  2. Tumiskan rempah tumis 4 sekawan dgn daun pandan. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan harum baunyer...
  3. Masukkan pula bahan kisar yang ber tanda *, air asam jawa, kicap manis, gula melaka dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Selepas itu barulah masukkan ikan. masak sehingga pekat kuahnyer.
  5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan garam secukup rasa.
  6. Setelah masak hidangkan dgn taburan daun sup

No comments:

Post a Comment