by: Dari dapur Madiha
Bahan2:
3 tiub tofu telur – dipotong pendek2, letak dlm tapis & lalukan
air paip
2 biji ubi kentang – dikupas & potong wedges
½ biji cili capsicum (optional - ku punya capsicum hijau dah nak masak..hihi..)
2 pokok daun bawang - dipotong2 1 ½ inci
1 ½ cawan air
1 sudu besar rata tepong jagung – bancuh dengan sikit air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos hoisin
1 sudu kecil rata serbuk lada hitam (yg tumbuk/kisar
sendiri) (kalau nak lebih hangat boleh lebihkan)
Garam (jika perlu)
Minyak masak secukupnya
Bahan didadu halus
½ biji bawang besar (kalau saiz kecik letak je sebiji)
1 ulas bawang putih
Cara menyediakan:
1.
Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng
kentang & tofu. Goreng kentang yang
dipotong wedges hingga masak & kekuningan. Angkat & tos. Goreng pula
tofu telur hingga garing kedua2 belah. Angkat & tos.
2.
Kurangkan minyak dalam kuali tadi &
tinggalkan sikit untuk menumis. Tumiskan
bahan yang didadu hingga layu & wangi.
3.
Tambahkan sos tiram & sos hoisin. Masukkan
air & serbuk lada hitam. Bila
mendidih masukkan cili capsicum.
4.
Masukkan bancuhan air tepong jagung & kacau
rata sehingga agak pekat. Tambah garam
jika perlu.
5.
Akhir sekali masukkan daun bawang, kentang &
tofu telur & masak hingga daun bawang nampak layu sedikit. Padamkan api
& bolehlah dihidangkan.
S
No comments:
Post a Comment