About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Wednesday 26 June 2013

Rempah kari homemade



REMPAH GARAM MASALA...
( Sumber CMG )

BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  • SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2 india menjual rempah ratus...

REMPAH KARI KURMA....
( Sumber CMG )

BAHAN2:
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI DAGING/AYAM.....
( Sumber CMG )

BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar hingga halus. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI IKAN.....
( Sumber CMG )

BAHAN2:
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering, goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian


 Resepi Rempah Mamak Haji untuk Kari Ikan 1/2 kg
  •  Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder)
  • 1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder).
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.

 GARAM MASALA ( Resepi Mamak Haji ) 

Bahan2:

4 sudu besar (tbsp) biji rempah/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).

CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sederhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.

No comments:

Post a Comment