About Me

My photo
Penang, Malaysia
Saya tak pandai memasak tapi rajin belajar demi menyediakan juadah untuk keluarga tercinta dengan air tanganku sendiri. Resepi dan Gambar yg ada kat sini saya copy/paste dari berbagai sumber hanya untuk rujukan diri sendiri sebagai sumber inspirasi dalam memasak dan untuk tatapan anak2ku kelak : Ika kamelia, Rania adelia dan Andika putra serta berkongsi dengan sesiapapun yg ingin mencuba, Bukan untuk mencari Glamour dan Publisiti Apapun saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua empunya Resepi dan Gambar kat sini, minta dihalalkan Dunia Akhirat.

Members

Thursday 11 July 2013

Homemade cendol

Cendol
Bahan-bahannya:-
Tepung beras bahan utama

tepung gandum*


tepung ubi*

tepung jagung*

tepung hun kwe*

tepung sagu*

bahan yg bertanda * adalah untuk campuran saja boleh pilih yg mana satu agar cendol lebih licin dan tidak mudah patah

1 camca kecil kapur makan

10-12 helai daun pandan klu x ada letak pewarna hijau pun boleh


3 cawan air


secubit garam


(jika daun pandan anda tidak banyak, anda boleh guna pewarna hijau dan perasa pandan)

Cara-caranya:-

  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan kemudian tapis ambil jusnya sahaja
  2. Masukkan semua jenis tepung, garam dan air kapur kedalam bekas dan masukkan jus pandan sedikit demi sedikit sehingga sebati dan kemudian masukkan baki air.
  3. Tapis bancuhan tepung supaya tidak berketul
  4. Masukkan kedalam kuali dan kacau sentiasa sehingga ia berkilat dan tidak melekat di permukaan kuali.
  5. Sediakan satu bekas yang berisi air sejuk dari peti ice
  6. Masukkan bancuhan kedalam bekas berlubang seperti acuan muruku atau mangkuk yg berlubang dll kemudian tekan kedalam bekas berisi air ice. Buat sehingga habis.
  7. Biarkan ia menjadi betul2 keras didalam air tersebut.
  8. Jika hendak simpan pastikan cendol + air

2 comments:

  1. Resipi cendol anda agak luar biasa...saya nak cuba buat..harap boleh kongsi sukatan bahan2 resipi cendol. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete